" Awak tak nak balik ke? "
" Awak halau saya ke, Heeso? "
Gadis ini mengeluh, lantas menggeleng. Tangannya naik mengelus lembut bahu Jihoon.
" Awak dah semalaman kat sini. Jangan risau, saya kan ada. Saya jagakan dia. " Senyum Heeso, dalam kesakitan.
Ah, yang lagi tepat, hatinya yang sakit.
Sejak kejadian mereka pulang daripada Afrika itu, Marie dan Hyunjoo dimasukkan kedalam wad. Keduanya kerana kondisi yang sama.
Teruk dan kekurangan air. Tambahan lagi, Marie baru ditembak, dan kerana itulah, dia dirawat untuk lebih lanjut.
Syukurlah nyawa gadis itu panjang. Cuma masih belum sedarkan diri.
Kerana itulah, Jaemin tegas mengatakan yang dia akan menjaga Marie. Namanya akan tertera sebagai doktor yang bertugas merawat Marie.
Oleh itu, Heeso pula akan merawat Hyunjoo. Sekurangnya mereka berdua sudah terlebih dahulu mengetahui punca keadaan pesakit mereka.
Jihoon mengeluh, mengelus lembut pipi Hyunjoo yang masih terbaring sakit. Selang fius yang menjalar ditubuhnya jelas menandakan keadaan si gadis yang lemah.
" Saya balik kejap ya, Hyunjoo. Nanti saya datang balik. " Bisik Jihoon sebelum dia bingkas bangun. Dia memandang Heeso yang masih berdiri kaku dibelakangnya.
" Tolong jagakan dia ya? Kalau dia dah sedar, telefon saya. Jangan biarkan apa-apa jadi kat dia. " Semuanya dibalas oleh anggukan.
Heeso menggigit bibir bawahnya, memerhatikan tubuh Jihoon yang hendak menapak keluar. Sebelum hatinya mendesak ingin bertanya soalan yang sudah lama bersarang dalam hati.
" Masih ada saya ke dalam hati awak? "
Terdiam. Langkah Jihoon terhenti.
Tangan yang baru mahu menarik tombol, tergendala seketika.
Sebelum helaan nafas kasar Jihoon kedengaran.
" Jangan tanya soalan bodoh diwaktu begini, Heeso. Hyunjoo sakit, saya pun penat, saya tak ada masa nak layan soalan macam tu. "
----------------------
" BODOH! BODOH! BODOH! "
Menunduk. Si gadis menunduk. Air singki dibiarkan terbuka, mengiringi tangisan yang mulai membasahi pipi.
Lantas wajahnya diangkat, memandang pantulan wajahnya di cermin.
Hodoh dan buruk.
" Ah again, Heeso? Setelah kali terakhir kau menangis sebab Jaemin, kali ni kau menangis sebab Park Jihoon?! " Rintih Heeso. Memaki dirinya, berkali.
Bodoh! Bodoh!
Dah tau endingnya akan begini, kenapa beri hati?
KENAPA BUKA PINTU HATI TU?!
" Hey si bodoh. Kau tengok sekarang? Siapa yang sakit? Dia ke kau? Siapa yang menangis? Dia ke kau? " Tawa Heeso. Tawa yang sayu, jelas menandakan hatinya yang berbunga, kembali layu dan membusuk.
" Janji? Percaya pada saya? Percaya pada cinta saya? BULLSHIT PARK JIHOON! " Teriak Heeso.
Ah sungguh jika boleh diputarkan waktu, dia biar sahaja Jaemin memarahinya dahulu. Takkan dia biarkan Jihoon mempertahankannya.
Dan memperlakukannya sebagai seorang puteri.
Kerana akhirnya, hanya Hyunjoo layak bertakhta dihati lelaki itu.
Tangannya memutih kerana mengepal, perlahan mereda. Dia sedang bekerja sekarang, banyak lagi pesakit perlukan perhatian dia.
Lantas, dia mengelap wajahnya dengan tisu. Matanya yang sembap, disapu concealer. Pantas ikatan rambut Heeso dibetulkan, lantas menapak keluar.
YOU ARE READING
1437 / pjh
FanfictionAda sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia memaksa untuk membuang Captain Park Jihoon daripada hatinya. Meskipun dia sudah pun jatuh. " 1437 " - Captain Park Jihoon " Hah? Maksudnya apa...