Langkah diatur menuju pulang ke apartmentnya. Hari ini, Heena dan anak-anaknya akan berkunjung ke apartment Heeso.
Ya, benar kata Jihoon dahulu. Apartment baharu.
Kerana Heeso telah membeli ruang apartment baharu sejurus kakaknya diceraikan. Semuanya kerana dia ingin membantu saudara kandungnya itu.
Dan juga melepaskan diri daripada nenek.
Oleh itu, satu unit apartment dibeli, dan perlahan diisi gadis ini. Dia berjanji sebaik sahaja rumahnya selesai kelengkapan, dia akan mengajak Heena serta anak saudaranya tinggal disini.
Bukan bermaksud membelakangkan nenek, tetapi Heeso hanya mahu kakaknya mencapai ketenangan. Ji dan Hea pasti keliru, wajarlah Heeso membantu.
Dan harini apabila dia mendapat tahu kakaknya akan singgah, segera Heeso membeli beberapa keperluan. Seperti aiskrim, jajan dan beberapa biskut. Semuanya untuk dinikmati Ji dan Hea.
Usai gadis ini melangkah, dia menapak masuk kedalam sebuah cafe, tujuannya hanyalah mahu membeli secawan kopi americano kesukaannya.
" Americano satu. " Senyum Heeso. Semasa menunggu, dia berpaling seketika, sebelum matanya membulat.
Segera dia memandang kehadapan kembali, mengharapkan dua insan itu tidak menyedari kehadirannya.
" Ni duit kau. "
Bak!
Lantas selembar sampul dipenuhi wang dicampak diatas meja.
" Saya tak nak duit Puan. "
" Huh? Kau bodoh ke? Kau dahlah miskin, bila aku bagi duit, pahal tolak? " Tawa si perempuan.
Heeso tekun mendengar, setiap bait perkataan. Kerana dia mengenali dua insan dibelakangnya ini.
Sangat dia kenali.
Kerana mereka ialah...
Nenek dan bekas abang iparnya, Hwang Booji.
" Heena okay? Anak-anak saya.. mereka okay? " Lirih Booji. Dan terdengar gelak tawa nenek.
" Pahal nak tahu lagi? Kau dah tak ada hak. "
" Saya masih ayah kepada Ji dan Hea. Wajarlah kalau saya rind-- "
" Tak payah. Kau amik duit ni, dan jauhkan diri daripada cucu dan cicit aku. Sesuai perjanjian kita. "
" Tapi Puan.. "
" EH KAU TAK FAHAM BAHASA KE, HWANG BOOJI?! "
" Saya faham, Puan! Mengikut perjanjian, tak ada dinyatakan saya dilarang menjenguk anak-anak saya. Apa lagi Puan nak?! Saya ikut apa Puan nak, saya ceraikan Heena sebab saya takut Puan akan buang dia daripada senarai sebenar ahli keluarga! Saya tak nak isteri saya jadi cucu derhaka. Tapi.. Puan dah melampau dengan melarang saya dekati Ji dan Hea! "
" Ji dan Hea masih cicit aku, Booji! Kau cuba nak melawan?! Kau nak aku bawa kes ni ke mahkamah? Kau nak kena saman? Hidup dalam hutang sampai mati?! "
" Salah ke.. saya nak melawat anak-anak saya? " Booji merayu. Lirih suaranya, memohon kepada wanita ini untuk berjumpa Ji dan Hea.
Dua anak kembarnya itu.. sungguh Booji rindui.
" Aku tak nak dengar alasan. Ambil duit ni, dan berambus daripada keluarga aku. "
" Americano dah siap. "
Heeso tersentak. Pantas dia memandang kembali cashier yang sedang menghulurkan air, lantas dibuat bayaran. Gadis ini menelan liurnya.
Jadi ini lah puncanya...
Pantas gadis ini menapak pulang ke rumah. Dia ingin berjumpa Heena.
Kakaknya perlu tahu segalanya.
YOU ARE READING
1437 / pjh
FanfictionAda sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia memaksa untuk membuang Captain Park Jihoon daripada hatinya. Meskipun dia sudah pun jatuh. " 1437 " - Captain Park Jihoon " Hah? Maksudnya apa...