" Mama! Papa! Kami dah pul-- " terhenti langkah Ji dipintu. Mengundang kerutan Heeso dan Hea yang baru mahu menapak masuk.
" Ji? Kenapa? " Soal Heeso, lantas memandang kearah yang diperhatikan Ji. Sebelum terasa kerongkongnya perit.
Diruang tamu, duduknya tiga insan disitu.
Heena, suaminya, dan..
Nenek.
" Dah tak ingat balik, Kim Heeso? " Tegas suara nenek bersuara. Heeso menelan liur, sebelum dia menyuruh Ji dan Hea naik kebilik mereka.
Ini perbincangan dewasa, rasanya Ji dan Hea tidak sesuai mendengar.
" Nenek buat apa kat sini? "
" Huh, kau boleh tanya? "
" Yelah, nenek yang halau Heeso. Apa yang nenek buat kat sini? "
" Heena ajar kau jadi kurang ajar macam ni ke? " Pantas Heeso mendengus. Lagi-lagi, salahkan akak.
Nenek sedar tak semua ni sebab salah dia?
" Jangan salahkan kakak. Nenek yang paksa Heeso jadi camni. " Dengus Heeso, masih berdiri tegak.
" Heeso, hormat nenek. " Tegur Heena. Heeso menggeleng.
" Dah lama sabar, kak. Kali ni tak boleh diam. "
" Kau nak aku benci kau macam mana aku benci Heena ke? " Kasar nada nenek. Heeso mengangkat bahunya.
" Terpulang. Yang hilang keluarga tu, nenek. "
" Tak sangka sejak jantan ni masuk keluarga aku, semuanya hancur. " Sinis nada nenek, tepat memandang suami Heena.
Hwang Booji.
" Maafkan saya, nek. Tapi ni kan hal Heeso, saya dengan Heena tak ada kena mengena. "
" Tak ada, kau kata? Lepas kau dah ambil cucu sulung aku, kau nak ambil cucu bongsu aku pulak. Syaitan! "
" Nenek! Dahlah hina suami Heena! " Teriak Heena. Sungguh lama dia memendam. Apa salah suaminya di mata nenek?
Hanya kerana dia miskin?
" Melawan lagi, Heena. Biar satu dunia tahu kau cucu derhaka. "
" Nenek pergilah balik daripada buat hal kat sini. " Dengus Heeso. Nenek tersenyum sinis. Matanya tajam memandang figura yang sedang berdiri didepannya.
" Siapa Captain Jihoon? "
Kaku, Heeso terdiam seketika. Sebelum nafas dihela.
" Dia hilang sama dengan Heeso kat Afrika dulu. Sama dengan Jaemin juga. Kenapa? Apa lagi nenek nak tahu? "
" Aku tahu benda yang kau tak tahu, Heeso. Jangan berangan nak ada perasaan kat dia. Kau tahu betapa celakanya anggota beruniform ni kat keluarga kita! "
" Jangan samakan semua tentera dengan mendiang papa, nek! Tak semua orang macam papa. Lagipun, papa kan dah menyesal. Kenapa nak ungkit lagi orang yang dah tak ada? "
" Kenapa aku ungkit? Sebab papa kau punca anak aku mati! Papa korang, Captain Air Force unit kesayangan negara kononnya! Sampai korbankan keluarga! " Nenek menghentak tangannya. Heeso memejam mata cuba meneutralkan detak jantung yang menggila.
Seakan amarah menggila, ingin sahaja dia memarahi nenek.
" Nenek tahu kan jodoh tu apa? Kita tak ada hak nak melawan. Macam nenek paksa Heeso dengan Jaemin, kalau takdir kata tak, kitorang takkan bersama. "
" Cuba mainkan takdir sebab nak cover kesalahan kau putuskan pertunangan? "
" Nek... " Kesal Heeso. Lelah dan penat.
YOU ARE READING
1437 / pjh
FanfictionAda sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia memaksa untuk membuang Captain Park Jihoon daripada hatinya. Meskipun dia sudah pun jatuh. " 1437 " - Captain Park Jihoon " Hah? Maksudnya apa...