Ding! Dong!
Loceng ditekan, lantas air liur ditelan. Tangan yang menggigil sedikit, segera dielus lembut. Jangan gelabah!
Heeso menggigit bibir bawahnya, sebelum pintu dibuka dan terpancul wajah lelaki yang menyuruhnya kesini.
Semuanya kerana cadangan rakan-rakannya dihospital tadi.
" Cuba kau minta tolong anak Pengarah. " Cadang Jaechan, salah satu doktor disini, sama seperti Heeso. Doktor lelaki ni lah yang pertama menyapa Heeso ketika gadis ini baru memulakan kerja. Cuma berbezanya, Jaechan sudah mencapai angka 45 dan masih belum berkahwin.
" Betul tu Heeso! Takkanlah anak dia pun ikut cakap betina tu? " Sokong Surin. Juga salah seorang doktor disini, sudah mencapai umur 40-an dan masih tiada pasangan. Surin sudah pun Heeso anggap sebagai kakak sendiri.
Sama seperti Jaechan yang Heeso anggap sebagai abang.
" Anak dia? " Soal Heeso kembali, lantas mengundang anggukan Surin, Jaechan dan Eunjeong.
Ketiganya bersetuju jawatan Profesor itu diperolehi Heeso. Oleh itu semua turun membantu.
Lantas Heeso pun berjumpa dengan anak lelaki Pengarah hospital ini, dan dia diminta untuk ke rumah dia malam itu.
Kerana hal ini sulit untuk dibicarakan secara terbuka, katanya.
Tanpa banyak songeh, Heeso mengikuti.
Dan kini Heeso didepan rumah agam milik si teruna. Rumah anak Pengarah Hospital, Kim Yubeom.
" Oh Heeso? Masuklah. " Dipelawa, pantas Heeso menapak dan meneliti setiap ukiran cantik dipenjuru rumah. Benar-benar hebat sekali taste Yubeom.
Sama seperti nenek.
" Saya tak sangka awak akan datang. "
" Mestilah. Saya yakin saya layak untuk jawatan Profesor tu. "
Yubeom tersenyum, lantas mempersilakan Heeso duduk. Matanya memandang Heeso atas bawah lantas mengangguk.
" Duduklah, jangan segan. Saya nak buat air dulu. "
" Eh tak apa, saya tak nak ai-- "
" Awak kan tetamu, tugas saya layan awak. Kejap ya. "
Dan langkah Yubeom hilang ke dapur. Heeso menggosok lengannya. Demi jawatan itu, dia tidak malu merayu.
Dia tahu kuasa Yubeom juga lebih kurang dengan Pengarah. Lelaki itu Naib Pengarah, mestilah dia juga sama hebat dengan ayahnya.
Harap Yubeom boleh membantu Heeso.
" Nah, minumlah. " Yubeom kembali, membawa dua gelas air laici. Menurut, Heeso tersenyum.
" Terima kasih. "
" Awak nak saya cakap dengan ayah saya ke pasal permohonan awak? " Soal Yubeom, menyilang kaki memandang Heeso yang sedang meneguk air.
" Saya nak awak tolong usulkan. Awak tahu kan betapa banyaknya jasa saya kat hospital, jadi apa salahnya saya dapat jawatan tu? "
" Ayah saya suka Hyunjoo tu, katanya dia bagus kendalikan pesakit. " Balas Yubeom. Heeso berkerut.
" Bagus? Huh, bagus sangat. "
Haritu pembedahan pun aku selamatkan. Kalau tak mati dah pesakit tu.
" Tapi kalau awak nak saya tolong, kena ada bayarannya. "
" Bayaran? Erm.. awak nak berapa? "
Yubeom tersenyum sinis, lantas tangannya naik..
Mengelus lembut peha Heeso.
YOU ARE READING
1437 / pjh
Hayran KurguAda sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia memaksa untuk membuang Captain Park Jihoon daripada hatinya. Meskipun dia sudah pun jatuh. " 1437 " - Captain Park Jihoon " Hah? Maksudnya apa...