Heeso bersiul kecil. Hari ini merupakan hari cutinya, menandakan dia boleh bersuka ria seketika. Dapatlah gadis ini melupakan bau ubat buat seketika.
Dior dan Prada?
AH SERONOKNYA!
Sudah lama dia tidak mencuci mata, dapatlah dia membeli koleksi baharu dipasaran.
Lumrah seorang wanita untuk menyukai barangan sebegini? Heeso tahu.
Tapi bukan dirinya, berharap pada duit lelaki untuk membeli. Ini duit hasil titik peluhnya bekerja. Jadi, hanya dia yang layak untuk berbelanja.
Dan juga untuk dua anak buahnya.
Oh, bercakap berkenaan dua kembar itu, Heeso jadi rindu!
Dia pasti akan menelefon kakaknya untuk pulang. Ingin sekali dia mencubit pipi tembam mereka.
Sedang asyik Heeso menapak dibahu jalan, tanpa disedari, seseorang berlari pantas daripada belakangnya, lantas meragut kuat beg tangan dibahunya.
Terkejut, Heeso kaku seketika.
B--beg dia baru kena ragut ke?
PAP!
Kepala si gadis diketuk, sebelum Heeso meraih kesedarannya.
" TOLONG! TOLONG! PERAGUT! "
Ha baru reti nak minta tolong!
Aduh macam mana ni? Kad pengenalan, duit, kad kredit semua dalam tu!
Dalam kekalutan, bahu si gadis ditepuk, sebelum seorang pemuda pantas berlari mengejar langkah si peragut.
Namun, ayat terakhir yang diberi pemuda itu membuatkan jantung Heeso mulai berdetak normal.
" Kejap, saya kejar peragut tu. "
------------------------
" Nah beg Cik-- Doctor Heeso? "
Membulat mata si pemuda, sebelum Heeso juga turut tergamam.
Memandang tanpa kelip penyelamatnya hari ini sebelum Heeso menunduk hormat. Mengucapkan terima kasih.
" Terima kasih sebab selamatkan beg saya, Captain Jihoon. "
Captain Jihoon.
Sahabat Jeno rupanya.
Syukurlah dia ada, selamat duit aku.
" Eh panggil Jihoon je, kita bukan dalam kawasan perang. " Balas si pemuda, tersenyum manis.
Mengecilkan matanya.
Aww, pemuda ni ada eyesmile rupanya.
" Ba--baik, Jihoon. Terima kasih banyak sebab tolong saya. Tak tahulah apa jadi kalau beg ni hilang. " Keluh Heeso, menggeleng perlahan.
" Cuba awak check. Ada barang hilang tak? "
Heeso berkerut, lantas membuka begnya, memastikan tiada yang hilang.
Duit, telefon, kad...
" Semua ada! " Ceria Heeso. Jihoon yang memerhati tersenyum kecil.
" Syukurlah. Lain kali, jalan elok elok. Beg tu kalau boleh, kepit. Jangan biarkan menghadap jalan, bahaya. "
" Baik, Captain. Menurut perintah. " Seloroh Heeso. Jihoon menggeleng dan menghembus nafas.
Sesak nafas dan penat juga.
Berlari mengejar peragut tadi.
Melaporkan pada polis lagi.
Sungguh, Jihoon tak dibayar untuk semua n--
YOU ARE READING
1437 / pjh
FanfictionAda sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia memaksa untuk membuang Captain Park Jihoon daripada hatinya. Meskipun dia sudah pun jatuh. " 1437 " - Captain Park Jihoon " Hah? Maksudnya apa...