BAB 16

1.1K 153 52
                                    

" Jaemin, janganlah.. Saya rasa-- "

" Jangan membantah. Saya kan doktor awak. "

" Tapi tak perlu sampai macam ni. " Resah Marie.

Sungguh dirinya tidak tenang setelah discharged tadi apabila Jaemin mengatakan dia akan membawa pulang Marie ke rumahnya.

Memandangkan keluarganya di Afrika sudah tiada, Marie tidak ada keperluan untuk kembali kesana. Biarlah Jaemin yang menjaga, sekaligus merawat.

Kerusi roda yang diduduki gadis itu ditolak masuk kedalam rumah Jaemin. Rumah apartment mewah, sesuai dengan diri Jaemin yang terlahir daripada keluarga kaya.

Cuma, Marie segan. Dia hanyalah gadis Afrika yang lumpuh. Siapa dia mahu duduk disini?

" Jaemin, saya rasa elok letak je saya kat rumah kebajikan. Saya sakit, saya lumpuh, akan menyusahkan awak je nanti. " Luah Marie. Jaemin yang sedang mengemas katil Marie memandang sekilas.

" Siapa akan jaga awak nanti? Yang akan rawat awak? "

" Saya dah tiada harapan nak sihat, Jaemin. "

" Awak doktor ke saya yang doktor sekarang, Marie? "

Terdiam. Pandangan tajam Jaemin menusuk ke Marie. Lelaki itu mengeluh, mengemas sedikit katil yang sudah lama tidak digunakan.

Memang rumahnya ada menyediakan tiga bilik. Satu biliknya, satu lagi bilik gym dan yang terakhir bilik tetamu. Wajarlah Marie tidur disini.

" Terima kasih. " Ujar Jaemin. Marie mengangkat sebelah keningnya.

" Kenapa? "

" Sebab sedarkan saya, apa yang perlu saya buat sebenarnya. "

Oh, ketika di Afrika dahulu.

" Awak nampak tak bahagia. Kenapa? " Soal Marie, bersimpuh didepan Jaemin yang masih diikat.

" Obvious ke? "

" Probably. "

" Entah. Saya cuma rasa saya menyiksa Heeso. "

" Tunang awak tu? "

Jaemin angguk. Marie menarik nafas dalam.

" Kenapa dengan dia? Korang gaduh? "

" Gaduh, yelah siapa boleh diam kalau kena paksa kahwin kan? "

Mata Marie membulat, memandang wajah kosong Jaemin. Kelihatan seperti lelaki ini hilang tujuan hidup.

" Kahwin paksa? "

Jaemin menunduk, lantas mengangguk.

" Iya. Kami tak saling mencintai, tapi saya yang paksa dia kahwin. "

" Kenapa? Wasiat? " Risau Marie bertanya.

" Lebih kepada amanat seseorang, yang nak saya jaga Heeso. Awak rasa salah ke tindakan saya? " Jaemin memandang mata Marie yang mulai bergetar.

Sebelum gadis ini tersenyum nipis.

" Jaemin... Menjaga tak semestinya mengahwini. Dan menjaga tak semestinya mengikat dia dengan kita. Seperti mak ayah yang jaga anak, seorang abang yang menjaga adik, dan seorang guru yang menjaga murid. Kesemua konteks menjaga kan? "

Jaemin angguk, masih utuh memandang Marie yang tidak lekang menghulurkan senyuman.

" Awak masih boleh jaga Heeso walaupun bukan sebagai suami. Awak boleh jadi sahabat dia, awak boleh jadi abang dia, dan awak boleh jadi keluarga dia. "

1437 / pjhWhere stories live. Discover now