BAB 7

1K 136 4
                                    

" Jihoon! Awak! "

Berlari, mengejar langkah si pemuda. Heeso sungguh tidak terniat membuat Jihoon begini.

" Heeso? "

" Ji! Saya dengan Jaemin bukan macam apa awak fikir. " Balas Heeso. Jihoon memandang lantas mengangkat sebelah kening.

" Apa pun yang jadi, saya tak kisah, Heeso. Kita kan sahabat, kalau awak bersedih, saya akan sentiasa dengan awak. "

Oh benar.

Mereka kan sahabat.

Seketika, Heeso menepuk kepalanya.

Apa yang dia fikir? Jihoon suka dia? Bullshit. Sedangkan dia tahu hati Jihoon sudah dimiliki.

Bodoh Kim Heeso.

" Ha--haah. Betul. Kenapa awak lari? "

" Saya tak lari, saya nak jenguk kawasan ni. Nampak pelik sebab tak ada penduduk yang kesini. " Balas Jihoon, memasukkan lengannya kedalam poket.

Meninjau kawasan sekitar gua ini.

Tanah yang mendap, dan kawasan yang seakan mahu runtuh.

Menimbulkan tanda tanya Park Jihoon.

" HEESO! HEESO! " Satu teriakan menyentak mereka berdua. Lantas mengundang perhatian sebelum dua sosok tubuh menghampiri mereka.

" Heeso! Lari mana? Penat I cari. " Balas Jaemin, tercungap. Disisinya berdiri seorang wanita, turut sama menarik nafas.

" I ada je ni. "

" Cuba jangan degil. Kenapa kejar lagi Jihoon ni, huh? "

" You nak gaduh lagi ke, Na Jaemin? " Mata si gadis tajam menatap Jaemin yang kini mengomel.

Penat nak berbalah.

Jaemin ni tak penat ke?

" I tak nak gad-- "

Terhenti bicaranya apabila Jihoon mengangkat tangan. Wajah serius menjamah pandangan mereka berempat sebelum Jihoon pantas menarik tubuh Heeso, Jaemin dan Marie menyorok dicelah batu besar.

" Shhh... " Bisik Jihoon. Meskipun bingung, mereka bertiga menuruti, memikirkan yang Jihoon pasti tahu sesuatu.

" Mereka dah pergi? "

Suara asing menyentak indra pendengaran mereka. Kesemua membulatkan mata, masih membisukan diri.

" Ya boss. Beberapa orang kami dah bunuh. "

" Bagus. Lelaki tu. Mati? "

" Kami tak jumpa dia, boss. Lelaki tu, Park Jihoon. "

Kesemua tersentak. Nafas Jihoon berubah sesak. Dia menahan nafas, cuba mengawal detak jantung yang mulai menggila apabila namanya disebut.

" Kurung semua pelarian tu. Jangan lepaskan seorang pun! Dan lelaki tak guna tu, cari dia sampai jumpa! Bunuh dia, cincang dia, sampai mati! "

" Baik boss! Berkenaan kapal pihak Korea-- "

" Tembak dengan peluru berpandu. Sekarang. "

Sebelum dua suara itu, berjalan, melepasi kawasan Jihoon dan kumpulannya menyorok.

Mata Jihoon membulat, mengawal pernafasannya yang mulai tidak teratur.

Apa yang terjadi ni...

" Siapa dorang? Pahal dorang nak tangkap kau?! " Jaemin bersuara, memarahi Jihoon.

Pantas lelaki tentera ini membekap mulut Jaemin.

" Diam! Jangan bising. Jangan sebab kau, kita mati! " Bisikan kuat, menyapa pendengaran Jaemin. Kali ini, lelaki Na akur. Dia pantas mendiamkan diri.

1437 / pjhWhere stories live. Discover now