Jihoon memerhati sekeliling, sementara si gadis mandi dibiliknya. Matanya menjelajah setiap gambar yang terpampang diatas rak.
Mengikut penelitiannya, seperti ini apartment baharu. Ataupun, Heeso merupakan seorang yang sangat pembersih.
Sebelum matanya terpaku pada satu gambar. Gambar keluarga.
Ada si ayah, si ibu, dan dua anak gadis yang masih kecil dipegangan. Jihoon tertawa kecil.
Pasti ini keluarga Heeso.
Dia tahu ayah Heeso dahulu merupakan seorang Captain unit Air Force, sama seperti dirinya. Tanggungjawab berat yang digalas menyebabkan orang sekeliling terpaksa berdikari tanpa pertolongannya.
Kerana itu, Jihoon menyenangi sikap Heeso kini. Lebih matang, dan cepat memahami keadaan. Berkat kerana kehidupannya sebagai anak pegawai tentera.
Lantas matanya melihat beberapa keping nota yang dikepilkan pada peti sejuk. Ada beberapa notis dan bayaran bil elektrik yang Jihoon yakini Heeso tampal disini.
Sebelum matanya melihat satu notis yang bertarikh hari ini.
20 Oktober.
Notis Pemberitahuan Pembetulan Paip Air dan Penutupan Saluran Air buat Sementara.
Jihoon berkerut. Penutupan saluran air? Tapi Heeso elok je mandi tu?
BYURRRR!!
" SIAPA YANG MATIKAN AIR NI?!!! "
Jihoon tertawa, dan menggeleng kecil.
Haih, Heeso, Heeso.
--------------------
" Muncung je gitu, kesian ramen. " Usik Jihoon. Heeso yang membungkus kepalanya dengan tuala, menjeling tajam wajah Jihoon yang tertawa sambil mengaduk ramen.
Aish macam mana dia boleh lupa harini akan ada penutupan saluran air?
Tak pepasal masa mandi tadi, air tiba-tiba mati.
" Jihoon! Awak tutup air saya eh? " Kerut Heeso. Memakai baju sementara tuala membalut rambutnya yang basah.
" Saya? Hehehe, ni lah. " Lantas notis dihulur. Mata Heeso membulat, lantas bibirnya dikemam.
Aduh, dah tampal kat peti sejuk pun boleh lupa!
Tak pasal pasal dah malu.
Segera Heeso mendengus, dan mendadak berlari ke peti sejuk, sebelum tangannya menarik dua botol air mineral yang masih sejuk.
Lantaklah kalau sejuk pun!
" Eh, tak nak didihkan dulu ke air tu? Kan sej-- "
" DIAMLAH PARK JIHOON! " teriak Heeso lantas berlari ke bilik air, menghiraukan Jihoon yang kini tertawa kencang. Menyenangi kekalutan Heeso.
" Dah okay ke hati tu? " Soal Jihoon. Heeso mengangkat keningnya.
" Hati saya? Pasal air tu ke? "
" Taklah. " Jihoon meletakkan chopstick diatas ramyeon yang dimakan. Sebelum matanya tunak memandang Heeso yang seakan keliru.
" Mata awak bengkak masa saya ambil awak. Mesti sebab kes kat hospital. Kenapa? "
Heeso terpana. Tidak menyangka hal sekecil itu pun dititikberatkan oleh Jihoon.
Menyentuh sedikit hatinya.
" Tak ada apalah, Ji-- "
" Saya pernah janji nak jadi bahu awak bersandar kan Heeso? Cerita je, saya nak tahu juga apa yang dah melukai hati kering Doktor Heeso ni. " Sengih Jihoon. Heeso mengeluh.
YOU ARE READING
1437 / pjh
FanfictionAda sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia memaksa untuk membuang Captain Park Jihoon daripada hatinya. Meskipun dia sudah pun jatuh. " 1437 " - Captain Park Jihoon " Hah? Maksudnya apa...