BAB 39

1.1K 145 64
                                    

Malam tanpa bulan. Tanpa bintang. Hanya kegelapan tanpa disinari sebarang cahaya.

Jelas sekali tidak dapat menutup raut kekesalan dan kegusaran dihati nenek. Wanita berusia ini dalam diam menangis diatas katil, mengenangi nasib diri.

Yang riak, sombong dan bongkak.

Sehingga memakan diri.

Akibatnya, dia kehilangan Heeso, dan meragut nyawa Heena, dua cucu kesayangannya, yang sangat dia jaga dan sayangi sejak kecil.

Menjadi ibu tunggal sewaktu usia ibu Heena dan Heeso baru sahaja 5 tahun jelas merubah watak nenek. Wanita ini lebih bengis dan memilih soal lelaki.

Dia ditinggalkan suami kerana wanita lain.

Sejak dahulu, nenek berada dibelakang atuk. Menyokongnya, memberi modal, segalanya dilaksanakan, hanya untuk menyaksikan perniagaan yang dijalankan suaminya berjaya.

Dan syukur, perniagaan milik atuk berada dipuncak kejayaan. Menjadi salah satu usahawan terkenal membuatkan atuk alpa dan leka.

Alpa untuk memuja wanita yang sentiasa menyokongnya.

Iaitu nenek.

Lantas atuk curang, demi wanita lebih muda, meninggalkan nenek sendiri setelah diceraikan. Kerana itulah hati wanita ini seakan beku dengan lelaki.

Lelaki yang dia sokong, akhirnya menghampakan.

Satu kemalangan meragut nyawa atuk, menyebabkan dia meninggal ditempat kejadian. Lantas kesemua harta jatuh ke tangan nenek, sebagai waris terdekat.

Dan sejak daripada itu, nenek menyambung perniagaan itu, membesarkan anak tunggalnya, iaitu ibu Heena dan Heeso.

Mengharapkan anak gadisnya bahagia, namun sebaliknya selepas sahaja dia memilih seorang ketua anggota Air Force sebagai suami.

Ya, sama seperti Park Jihoon.

Pada mulanya semua biasa. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Heena dan Heeso. Namun, selepas sahaja Kim Hechul memperoleh jawatan ketua Air Force, dia mulai leka dan sibuk.

Sehingga dia ditangkap sedang tidur bersama wanita lain.

Heena dan Heeso tahu, itu merupakan perangkap. Mereka tahu ayah mereka tidak akan curang. Tetapi, ibu tidak tahu.

Sehingga ibu pergi, meninggalkan mereka selamanya.

Disusuli ayah yang tidak dapat menerima kenyataan.

Kedua insan itu pergi, meninggalkan Heena dan Heeso dalam dunia gelap ini.

Ditemani nenek.

Yang mulai berubah kerana kehilangan anak gadis yang paling dia sayangi. Sehingga menjadi seperti sekarang. Mengekang dan mengawasi.

Tanpa menyedari, perbuatannya ini jelas memakan cucunya untuk menjadi lebih menderita. Menjadi lebih sakit.

Nenek mengerling kesisi, memandang tiga sosok tubuh yang utuh menjaganya.

Booji, Ji dan Hea.

Meskipun dia punca isteri serta ibu mereka pergi, masih tiga insan ini utuh menjaga dan merawat. Kerana itulah nenek tahu, disini wujud cinta sejati.

Meskipun Heena sudah pergi.

Cinta Booji masih sejati.

Nenek mengesat air matanya yang tumpah. Dia mengeluarkan pen dan kertas yang dijumpainya berdekatan meja sisi.

Perlahan jari tua itu menulis, satu persatu bait yang sudah lama ingin dia sampaikan.

Sehinggalah usai, kertas itu dilipat, mengundang perhatian satu anak kecil yang terjaga sedari tadi.

1437 / pjhWhere stories live. Discover now