7

143 27 12
                                    

Matanya perlahan-lahan dibuka. Cahaya malap menyentuh iris biru gelap itu. Dia terus bangkit dari pembaringan. Tetapi kerana kecepatan mengubah posisi itu, kepalanya terasa berpusing.

Sebaik sahaja matanya tidak lagi berpinar, dia terus menganalisa tubuh badannya. Kakinya berbalut sebelah. Dia tahu mengapa. Ada torehan yang besar dari lutut hingga ke buku lali disebabkan kuku The Dark Reaper yang cuba menangkapnya. Sebelah tangannya pula patah, dan kepalanya berbalut kerana pendarahan teruk. Masih dia ingat betapa terbatasnya penglihatannya kerana darah yang mengalir tidak henti-henti ke wajahnya.

Sungguh sadis.

"Dah bangun, sayang?"

Mutiah mengangkat pandangan dan kelihatan Jarrah sedang berdiri dengan dua belah kaki sambil berpeluk tubuh. Seekor Jarrah memang boleh berubah rupa. Selalunya dia akan berdiri 4 kaki seperti serigala biasa. Dan di lain masa, dia akan berdiri seperti ini. Fizikalnya juga sedikit berubah. Terdapat otot berketul di perut dan bicepsnya kelihatan jelas. Sejujurnya Jarrah yang 'dua kaki' ini lebih menakutkan kerana dia hampir menyerupai manusia.

"Apa kau sayang-sayang? Ingat sweet ke?"

"Sweet lah tu. Manis lagikan bergula nak dibanding dengan mulut kau yang berbau tu. Kembang kuncup hidung aku bernafas dalam bilik ni." Jarrah menutup hidungnya dengan wajah penuh redha.

"Kalau tak sakitkan hati aku, apa yang kau buat?"

"Hidup seperti biasa. Makan dan minum secukupnya."

Ya Allah, dia punya menjawab tu!

"Apa yang jadi semalam? Aku... lupa." Akhirnya Mutiah membuka mulut tentang semalam. Jarrah memandang raut wajah bimbang itu. Dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di situ. Kedua-dua belah sikunya direhatkan di atas peha sambil memajukan tubuhnya ke hadapan.

"Kau dah bunuh 995 The Dark Reaper. Dah jadi kolam darah dan nanah dekat situ. Ada lagi beberapa saja yang tinggal tapi aku tak pasti berapa." Walaupun anggarannya 1000. Tetapi pasti ada saja yang tersembunyi.

"995?!" Mutiah terperanjat. Banyaknya!

"Yalah. Kau tikam, dah jatuh aku pijak sampai mati. Jadi secara tak langsung akulah yang bunuh. Tapi kau yang menazakkan dia. Ada satu tu menggelupur sampai aku tak sanggup nak pijak jadi aku baling je biar mampus kat situ."

Bibir Mutiah terherot sedikit kerana tidak percaya. Wah macam mana nak tenang macam Jarrah?

"Kau rasa yang tinggal akan kacau Hagron? Diorang mungkin berdendam."

"Tak, jangan risau. Aku ada."

"Uuuuu cair kita dengar." Mutiah meletakkan tangan di dada. Matanya melihat Jarrah dengan pandangan mengusik.

Jarrah terus menepuk dahi. Ini sakit ke tidak ni? Berbalut hampir satu badan tapi mulut tu becok semacam. Ada jugak dia ikat kat pokok luar tu. Mana tahu kejap lagi berlari pulak budak ni.

"Bila aku nak sembuh?"

"Bila kau rasa kau akan sembuh?" Jarrah membalikkan soalan. Bukan tubuh dia, manalah dia nak tahu.

"Hmmm..." Mutiah menggoyangkan tangan. Wuarghhh sakit!!!

"Mungkin dalam seminggu?" Jarrah memberikan pendapat. Kesian pula tengok muka nak nangis tu.

"Macam mana kalau aku tak ada tangan?" Air mata Mutiah sudah bertakung. Bimbang kekurangannya bakal membinasakan pemerintahan Hagron L Casa yang masih baru ini.

"Yang aku nampak sekarang ni kaki ke?"

"Jarrah! Ey, kau tunggu jap!" Mutiah terus mencapai bantal berdekatan lalu dibaling ke arah Jarrah. Serigala itu automatik berubah bentuk lalu melompat keluar dari jendela.

 AWAKENING (on hold)Where stories live. Discover now