6

138 32 7
                                    

Kakinya berhenti melangkah apabila mereka berdua sudah tiba di situ. Mutiah yang berada di atas badannya melompat turun. Gadis itu mengenakan jaket berhud kerana pakaiannya agak ketat. Untuk membunuh makhluk sebesar 30 kaki, wajarlah pakaiannya sebegitu. Jika tersangkut di mana-mana, kan susah?

"Kau yakin dengan keputusan kau, Mutiah? Kau tak ada pasukan. Kau sendiri."

"Kau kan ada?"

Jarrah mendengus. Tengah mereng ke apa perempuan ni? Tidak tahukah dia bilangan The Dark Reaper di dalam sana umpama keluasan Ridella jika mereka dibaringkan.

Sepanjang tahun, bilangan itu tidak pernah luak. Malah semakin bertambah, dan kini mencecah beratus-ratus.

"Aku di sini sebab aku yakin. Tak perlu kau risaukan aku." Mutiah cuba memujuk Jarrah. Secekal-cekal dia, sekali ditarik Jarrah boleh terbang dibuatnya.

"Sekurang-kurangnya bawalah pasukan tentera."

"Ini pertaruhan antara aku dan Milady Rossa."

"Tapi dia bawa pasukan tenteranya." Jarrah menunjuk ke arah sepasukan tentera berkuda yang sedang menghampiri gua besar itu. Di sini, The State Of Allagrugous terdapat sebuah perkampungan makhluk raksasa yang sudah hidup ribuan tahun lamanya. Di sini jugalah Delaney of The Night berlangsung.

"Aku tak pernah letakkan syarat untuk tidak membawa pasukan."

"Jadi kenapa kau tak bawa?"

"Kaulah pasukan aku." Mutiah menyenggol tubuh Jarrah dengan senyuman nipis.

"Sabar ajelah aku dengan kau ni. Milady Rossa akan masuk dulu?"

"Nampaknya." Mutiah mengangkat pedangnya apabila tentera dari pasukan Milady Rossa mengisyaratkan bahawa mereka akan masuk dahulu. Sekarang ini makhluk itu mungkin sedang tidur, senanglah kerja mereka. Dapat dekat dia nanti, semuanya yang sudah segar-bugar.

"Kita perlu tunggu ke?" Jarrah menyoal lagi. Entah kenapa, dia rasa mereka perlu ke sana pada waktu yang sama. Tentera Milady Rossa kelihatan lemah di matanya.

"Kenapa kau ta..."

"Arghhhh!!"

Jarrah dan Mutiah tersentak. Mereka memandang pintu gua yang bergegar itu. Beberapa ekor kuda sudah melarikan diri tanpa penunggang di atasnya. Hal itu membuatkan badan mereka berdua terus tegak seakan menghantar mesej yang sama.

Tentera Milady Rossa berada dalam bahaya!

"Cepat, Jarrah!" Mutiah melompat ke atas Jarrah dan serigala hitam itu terus memecut lari.

Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam gua itu, raungan dan bunyi tulang dipatah-patahkan menjamu pendengaran. Mutiah tidak dapat menahan perasaan. Pedang ditarik keluar daripada sarungnya sebelum dia berlari pada kaki salah satu The Dark Reaper.

Baru sahaja makhluk itu mahu menarik Mutiah, Jarrah melompat ke wajahnya dan pada masa yang sama Mutiah memotong kaki berkulat itu dengan pedangnya. Tulang milik makhluk itu senang sahaja terpisah dek ketajaman pedang ini. Gua itu bergema dengan raungan kesakitan The Dark Reaper pula.

Jarrah merenung setiap satu manusia yang masih hidup.

"Pergi selamatkan yang lain!" arah Mutiah dengan lantang.

"Kau?" Jarrah gelisah. Tambahan pula melihat gerakan Mutiah yang cukup tangkas semasa melompat dari satu The Dark Reaper ke satu lagi. Setiap tubuh yang disinggahnya pasti akan ditusuk dengan pedang sehingga mereka menjerit kesakitan.

"Aku akan tunaikan janji aku!" Mutiah menendang wajah makhluk itu lalu menikam matanya. Jarrah pula bergerak pantas demi menyelamatkan manusia yang masih bernyawa dan sipi-sipi antara hidup dan mati.

 AWAKENING (on hold)Where stories live. Discover now