33

116 19 6
                                    

"Apa yang kamu karutkan ni?!"

Safiah menunduk. Jarang dia dapat tengkingan daripada Mutiah tetapi berita yang diterima amat tidak masuk akal. Dia juga bingung dengan tindakan Sultan Riyadh yang mengarahkan semua bayi perempuan dibunuh.

"Saya tak bohong, tuanku. Bayi di Ridella selamat. Mereka sedang buru Hagron L Casa. Saya tak nak kata ayahanda tuanku sendiri nak serang tuanku. Tapi..."

"Saya kenal ayahanda saya, Safiah." balas Mutiah. Tegas sekali sehingga Safiah mengetap bibirnya. Gentar untuk berbicara lagi.

"Saya kenal dia." Mutiah menggenggam cadar.

"Saya tahu itu apa yang dia akan lakukan."

Terkejut dengan kata-kata itu, Ketua Salloman yang dari tadi berdiri di sebelah hendak membuka mulut mahu membantah. Baginya, Sultan Riyadh memang lelaki yang baik. Namun mengapa dikatakan sedemikian rupa oleh anaknya sendiri?

"Mak... maksud, tuanku?"

Mutiah menghela nafas kasar. Sejak kehilangan Abelisa, dia hanya menjalani kehidupan seperti biasa. Sedih itu sudah tentu ada tetapi dia tahu Abelisa akan membesar sebagai seorang gadis yang kuat dan sihat. Mirhad pula tidak henti-henti memberikannya kata semangat.

"Panggil kakak-kakak saya."

"Kenapa? Kami ada." Akhirnya terluah juga kata daripada mulut Ketua Salloman. Apa yang dilakukan oleh permaisuri mereka ini aneh betul. Tak dapat dihadam oleh otaknya yang kian lemah dek usia.

"Mereka akan tolong saya memantau orang atasan. Kamu sendiri tahu betapa ramai yang hormatkan Subhiya dan Cassandra."

Ketua Salloman mengangguk saja. Benar, jika hendak dibandingkan. Subhiya mempunyai banyak pengaruh dalam Ridella dan barangkali lebih berkuasa daripada Sultan Riyadh sendiri jika digabungkan dengan Cassandra.

Subhiya seorang arkitek. Namun binaannya bukan untuk ekonomi sesebuah kerajaan semata-mata. Dia membina saluran ke bawah tanah untuk tujuan kajian orang luar contohnya Al-Fakhira kerana Ridella kaya dengan hasil bumi yang eksotik. Sebuah bangunan besi kedap bunyi untuk menjalani hukuman berat bagi pesalah. Dan itu bukan bangunan biasa, ia menara 55 tingkat yang terapung yang dibawahnya merupakan penjara yang menjadi mimpi ngeri untuk para banduan yang disabitkan kesalahan membunuh.

Subhiya memang pantang dengan pembunuhan yang disengajakan. Malah dia tidak suka menyaksikan pembunuhan di hadapan mata. Berbeza dengan Cassandra yang akan membunuh sesiapa saja yang menerima hukuman bunuh dengan tangannya sendiri.

Cassandra tidak akan peduli dengan rakyat yang ada di depan mata, tetapi dia akan bertindak terlebih dahulu jika ada yang disyaki hilang dari radar. Jika ada seorang rakyat daripada 10,000 yang ditawan, dia akan abaikan 9,999 orang itu dan nescaya dialah orang pertama yang pergi menghancurkan pihak lawan tanpa sebarang bantuan untuk menyelamatkan seorang itu.

4 tahun sebelum ini, Cassandra pernah mengkuburkan 457 orang tentera musuh dengan tangannya sendiri kerana telah membunuh 2 orang anak buahnya. Disebabkan itu Cassandra ditakuti orang luar.

"Sultan Riyadh dah tiba ke Kavanhill." Tiba-tiba Safiah memberitahu apabila dia mendapat pemberitahuan melalui earpiece yang dipakai.

"Kavanhill?" Menghairankan. Sepatutnya mereka terus ke Kota Hagron.

"Saya akan ke sana."

"Tak boleh, Mutiah. Kamu masih dalam tempoh berpantang." kata Bonda Lita sebaik saja dia memasuki ruang itu.

Mutiah menghela nafas kasar. Lama dia berfikir. Berkerut-kerut dahinya.

Pap!

Matanya terbuka.

 AWAKENING (on hold)Where stories live. Discover now