21

99 26 0
                                    

Yelah tu 1 minggu. Kerja saya berlambak dan saya ingat sampai berminggu-minggu nak siapkan. Rupanya 2 hari je. Hantu kerajinan apa yang masuk ke dalam badan saya ni😌 dan saya rasa penulisan saya dah lain. Lepas tamat nanti saya cek balik. For now, happy reading!

•••

Tepat jam 12 malam, dia sudah termenung di tengah hutan itu. Abelisa menggigit bibir. Rasa resah mula menyelinap ke dalam hati. Berkali-kali istighfar diulang tetapi sepertinya ada satu perkara aneh yang menahannya untuk pergi.

Apakah ia?

"Tenang, Abelisa. Semua orang akan lupa kejadian ni termasuk kau." Gelombang bercahaya berwarna biru itu dipandang. Di sebalik lingkaran itu, terbentang jalan sunyi di Bukit Nelor. Dia datang pun dari sana jadi dia akan pulang ke sana.

"Okey!!" Kaki sudah semangat memijak tanah, tiba-tiba ada derapan tapak kaki yang kuat dari belakangnya seakan mengejar. Pergerakan Abelisa terkunci. Tatkala dia menoleh, Jarrah sudah semakin hampir dengannya.

Alamak.

Dengan pantas gelombang itu ditutup semula. Brek Jarrah ni bukan kuat sangat, tak pasal-pasal dia yang terpelanting ke dalam gelombang tu.

"Kau nak pergi mana?!" tempik Jarrah di hadapan muka Abelisa. Bertungkus-lumus dia mencari gadis ini di istana. Mirhad kata Abelisa pulang ke rumahnya. Dia pergi ke sana tanpa rasa was-was. Tetapi anehnya, rumah itu sudah kosong!

"Jarrah, aku..."

"Kau tak tahu ke macam orang gila aku cari kau? Kau datang sini, kau bagi aku sayang kau. Sekarang, kau nak balik ke masa depan?"

Dug!

Abelisa terpempam. Jarrah tahu?

"Jangan tunjuk muka terkejut tu depan aku. Bukan aku seorang saja yang tahu pasal perkara ni." Jarrah melangkah ke tepi. Dan mata Abelisa menangkap dua sosok tubuh yang sedang menatapnya penuh kerisauan.

Mirhad dan Mutiah.

Abelisa terdiam. Tidak tahu apa yang perlu dia bicarakan. Patut ke dia 'hai' sekarang?

"Abelisa..." Mutiah mengambil langkah terlebih dahulu ke arah gadis itu. Tangannya menyentuh kedua-dua belah pipi Abelisa dengan perlahan sebelum sebuah kucupan diberikan pada dahi Abelisa.

Abelisa masih seperti tadi. Kaku dengan riak bingung. Kalau diletakkan sebelah patung lilin pun orang takkan sedar.

"Saya tak tahu apa yang berlaku sehingga kamu perlu datang dari masa depan untuk berjumpa dengan kami tapi..." Air muka Mutiah berubah. Dia betul-betul terkilan selepas mengetahui Abelisa merupakan anak kandungnya dari masa hadapan.

"Kami sayang kamu sangat-sangat."

Abelisa menelan liur. Macam mana mereka tahu?

"Kami mungkin akan lupa kamu," Mirhad melangkah ke hadapan. Wajahnya tidak keruh malah terpancar senyuman yang indah. Menunjukkan bahawa dia senang bertemu dengan Abelisa.

"Tapi saya nak kamu tahu yang kamulah penyeri hidup kami. Kamu pelajar kegemaran kami berdua."

Abelisa hanya membalas senyuman lelaki itu. Namun ada rasa bersalah pula yang hinggap.

"Saya minta maaf sebab dah permainkan semua orang."

Mutiah terus menggeleng menidakkan penyataan itu.

"Kamu tak mainkan sesiapa, Abelisa. Saya faham kamu tak nak kami risaukan asbab kedatangan kamu ke sini." Mirhad tolong jawab bagi pihak mereka berdua.

Abelisa menggaru kepala. Aih, dari mana diorang dapat informasi ni? Takut pula! Entah-entah dia duk kutuk Sultan Riyadh pun mereka tahu. Huhu. Ampunkan anakandamu, bondaku.

 AWAKENING (on hold)Where stories live. Discover now