9

141 28 21
                                    

Mutiah tidak menyangka sebaik sahaja dia tiba ke istana, dia akan menerima tetamu yang tidak pernah dikenalinya.

"Mereka dari Icemere." Itulah apa yang Ketua Salloman khabarkan kepadanya.

Mana mungkin dia tidak tahu tentang kejadian di Icemere? Mereka diserang sehingga berpuluh-puluh bangunan roboh dibom, keluarga terpisah sesama sendiri, ibu kehilangan anak, suami kehilangan isteri, peniaga kecil mahupun besar mengalami kerugian yang dasyat. Siapakah yang menyerang mereka? Empayar jiran mereka sendiri, Tuliemo.

Barangkali mereka yang dia bakal bertemu ini rakyat dari Icemere. Seluruh kerabat diraja mereka disahkan sudah meninggal dunia akibat gas beracun.

"Assalamualaikum," sebaik sahaja Mutiah melangkah masuk ke dalam, matanya terus tertancap pada seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan.

Ini bukan yang langgar dia semalam ke?

"Waalaikumussalam." balas lelaki yang berada di dalam ruang tamu itu. Wajahnya sedikit penat berbanding adiknya yang tersenyum manis.

"Kamu berdua apa khabar?" soal Mutiah sambil berjalan ke arah sofa bertentangan. Dalam masa itu, tidak sekalipun pandangan matanya jatuh ke bawah seakan dia terlupa dengan apa yang dipijaknya tatkala pandangannya bertemu iris biru kehijauan itu.

"Sihat!" jawab kanak-kanak itu dengan wajah gembira tak terkata.

Mutiah tersenyum manis lalu pandangannya jatuh semula pada si abang. Lelaki itu hanya mengangguk mengatakan dia baik-baik sahaja. Melihat raut wajah yang jelas tidak cukup rehat itu, hatinya dipagut rasa bimbang.

"Kamu berdua dah rehat?"

"Kami sebenarnya nak minta tinggal di sini... sebagai rakyat tuanku." Tidak berselindung lagi, lelaki muda itu terus memberitahu tujuannya. Dia risau sekejap lagi dia akan jatuh pengsan kerana pandangan matanya sudahpun berbalam.

"Boleh saya tahu kamu berdua dari mana?"

"Icemere."

"Kamu rakyatnya? Ada pengesahan diri ataupun surat kelahiran. Saya perlukan itu sahaja. Yang lainnya biar saya uruskan." Kalut-kalut dia menerangkan. Risau masa yang diambil menyebabkan lelaki itu semakin penat.

"Ada..." Lelaki itu menggeledah beg sandang yang dibawa. Apabila tangannya sudah menghulurkan fail itu, tiba-tiba matanya tertutup rapat dan dia terjatuh di situ.

"Abang!"

Mutiah menelan liur. Eh eh kau, penat aku cakap laju-laju.

Ketua Salloman yang melihat situasi itu pantas mendukung lelaki itu. Walaupun usianya sudah lanjut, kekuatannya tetap seperti jejaka perkasa.

"Saya bawa dia ke bilik tetamu."

"Baik," Mutiah memandang kanak-kanak perempuan yang nampak tak keruan setelah abangnya pengsan. Berdasarkan pemerhatiannya, pasti mereka berdua ini hanya ada satu sama lain.

"Adik pun boleh pergi rehat." katanya tenang.

Kanak-kanak itu terus menunduk sebelum berlari keluar mengikuti jejak Ketua Salloman. Air matanya sudah berjuraian kerana ketakutan yang amat. Kehilangan abangnya akan menyebabkan dia bakal sehelai sepinggang di sini.

Mutiah yang menyedari kebimbangan di wajah itu pantas menahan rasa sedih. Pasti abangnya yang menjaga dia siang dan malam tanpa rehat. Icemere di utara dan Hagron L Casa di selatan. Jaraknya tidaklah dekat kalau berjalan kaki.

Berat sungguh ujian mereka.

Mutiah menyelak fail yang dibawa. Namun nama di dalam sijil kelahiran itu sangat mengejutkannya.

 AWAKENING (on hold)Where stories live. Discover now