16

105 25 6
                                    

Keesokan harinya, tubuh Abelisa lesu kerana dia telah mencuci setiap longkang yang ada walaupun yang ditugaskan kepadanya hanya sepanjang 16 meter saja. Semuanya sebab amarahnya yang hampir meletus kerana kehadiran Sultan Riyadh di kota itu. Maka di hari yang mulia ini, dia diberikan cuti atas sebab sakit.

Hoho, ini sangat awesome.

Dia tak berehat di atas katil malah dia memilih untuk setia di tempat kegemarannya iaitu di atas beranda pondoknya itu. Berhadapan pondok itu pula merupakan sebuah lorong untuk ke kolam air terjun. Dia tak pernah ke sana. Tetapi dari sini, memang dia sudah nampak dan dengar air terjun itu.

"Jarrah, buatkan air."

Dan atas sebab kelemahan fizikalnya pada hari ini, Jarrah pun tak ada mood nak ke mana-mana. Sejak Abelisa muncul, hanya gadis itu yang menjadi tempat untuk dia melepak. Mutiah sudah sibuk kembali. Dia sunyi faham tak?

Tentang kecederaannya tempoh hari, tak usah risau. Dia sudah menerima rawatan di Al-Fakhira atas saranan Bonda Lita.

"Air apa?" Jarrah melangkah masuk ke dalam. Bergegar sedikit pondok itu.

"Air suam. Elok-elok, jangan bagi jatuh bulu kau." pesan Abelisa.

"Ingat aku jahat sangat ke nak bagi kau tercekik? Mati tu pun banyak kerja tau? Dah hidup menyusahkan aku, mati pun nak menyusahkan aku."

Abelisa ketawa saja. Alasan! Padahal kalau dia tak ada, Jarrah yang berpotensi untuk meroyan.

Tak lama selepas itu, tawanya hilang. Jarrah juga turut melangkah keluar. Tanah yang bergegar ini sangat menakutkan semua orang di situ. Batu kerikil terlompat-lompat. Manusia yang berdiri terhuyung-hayang hendak berjalan.

Abelisa terus bangun melihat situasi itu.

Vroom!!

Sebuah jet pejuang melintasi kota mereka.

Vroom!!

Vroom!!

Semakin lama jet itu semakin banyak.

"Kenapa tu?" Mutiah di dalam istana itu turut beredar untuk memeriksa keadaan.

"Arghhhh!" Mendengar jeritan itu, semua mata tertumpu pada satu jet yang sedang menuju ke arah mereka dengan kelajuan maksima.

"Kenapa dia nak langgar kita?"

"Itu bukan jet."

Jarrah memandang Abelisa yang nampak tenang.

"Itu bom."

BOOM!

Dan bom itu meletup sebelum ia sempat tiba di tanah Hagron. Semua orang terkejut dengan apa yang baru sahaja mereka lihat. Ada gelombang yang seakan melindungi tanah ini. Abelisa tahu tentang itu.

Dia bergerak sedikit ke hadapan dan dari situ dia dapat lihat Mutiah yang sedang mengawal gelombang itu di tempat yang agak tersembunyi.

That's my mother!

"Kau nampak tenang untuk perkara yang mengejutkan seperti tadi. Kau siapa?" Jarrah sudah ragu-ragu dengan Abelisa.

Abelisa mengusap kepala Jarrah.

"Air aku."

"Sumpahlah kau elak soalan aku?" Jarrah berdecit geram. Cawan putih di tangannya diserahkan kepada Abelisa.

"Aku yakin dengan permaisuri, Jarrah. Aku tahu dia tak teragak-agak melawan setiap perkara yang bakal memusnahkan tanah ni."

Jarrah terdiam.

 AWAKENING (on hold)Where stories live. Discover now