19

106 26 6
                                    

"Boleh... tuanku ulang?" Mirhad yang sedang mengenakan pakaian senaman itu mengerutkan dahi. Tadi dia keluar untuk berjoging. Pulang sahaja ke istana, telinganya disajikan dengan pemberitahuan yang dia perlu bertarung dengan sepasukan pengganas.

Adakah ini mimpi? Kalau ya, tolonglah bangkit!

"Saya minta maaf." Mutiah pula hilang cara mahu sampaikan kepada Mirhad. Dia cuba untuk tidak menampakkan bahawa itulah syarat yang ditetapkan untuk lelaki itu menjadi suaminya. Mirhad tidak tahu tentang itu. Entah-entah kalau diberitahu, lagilah dia menolak.

"Kenapa tuanku rasa saya dapat kalahkan mereka?" Mirhad mendekati Mutiah. Anehnya, Mutiah tidak berganjak untuk kali ini. Mirhad dapat membaca bahasa tubuh itu, gadis ini nekad dengan keputusannya.

"Saya tak rasa, saya yakin dengan keputusan ni." Saya yakin dengan awak. Ayat terakhir itu dibiarkan bersambung dalam hatinya saja.

Mirhad menatap lembut wajah itu. Dia pasti ada sesuatu yang disembunyikan. Sebenarnya dia tidak ada masalah untuk mengalahkan mereka walaupun rupa mereka itu masih tidak diketahui. Dia juga yakin dengan kebolehannya. Tetapi dia juga tahu kuantiti mereka yang ramai. Dan seperti apa yang Mutiah sampaikan, nampaknya dia perlu bergerak sendiri. Adalah juga rasa gemuruh tu.

"Baik, saya terima."

Mutiah hanya mampu tersenyum. Dia tahu dia telah meletakkan Mirhad dalam bahaya. Tetapi ada benarnya juga kata-kata Sultan Riyadh, bukan daripada segi Mirhad perlu setaraf dengannya untuk menjadi pendamping hidupnya. Tetapi Mirhad perlu lebih daripadanya untuk menjadi sultan kepada Hagron L Casa.

"Saya pasti ada sebab lain yang tuanku sembunyikan daripada saya." Tiba-tiba Mirhad bersuara sambil mengelap peluh di lehernya menggunakan tuala kecil.

"Awak akan tahu selepas segalanya selesai."

"Selepas saya menang maksud tuanku?" 

Mutiah terkedu. Mirhad yang sedang mengemas peralatannya tidak langsung nampak gelisah. Malah dia seperti tidak risaukan apa-apa. Wajahnya juga kembali segar selepas ditiup angin.

Lelaki ini, ada sembunyikan sesuatu?

*****

LAPANGAN ERRODIAN

Percaya atau tidak, Mirhad sudah tiba ke sini berseorangan. Hanya sebilah pedang dan seekor kuda perang sahaja yang dibenarkan untuknya. Di hadapannya pula, sudah dipenuhi dengan pasukan Errodian yang menerima khabar bahawa ada lelaki yang akan menawan tempat mereka. Jika Mirhad menang, Errodian akan menjadi milik Hagron L Casa. Itu apa yang dia tahu. Apa yang dia tidak tahu, dia bakal diangkat menjadi sultan sebaik sahaja kemenangannya diumumkan. 

Pengganas ini bukanlah penduduk Errodian yang sebenar. Mereka juga orang asing yang berlagak seperti Errodian itu kepunyaan mereka. Disebabkan kekuatan mereka, penduduk tetap di sini terpaksa mengalah. Ada juga penduduk yang berjaya melarikan diri ke Pluvio kerana itu daerah terdekat dengan Errodian.

Disebabkan itu mereka di hadapannya ini digelar pengganas.

"Uh! Uh! Uh!"

Mirhad tidak tahu itu petanda apa. Namun ianya seperti arahan apabila pasukan sana tiba-tiba diam dalam barisan yang mula nampak teratur sekelip mata. Takjub sebentar Mirhad jadinya.

"Kau sudah bersedia?!" laung salah seorang pengganas itu.

Mirhad mengangkat pedang, mengatakan dia sudah bersedia. 

"Serang!!"

Pedang yang diangkat tinggi tadi diturunkan semula. Dia cuma berdiam diri di situ. Apabila mereka semakin hampir, tanah itu tiba-tiba bergegar. Setiap kuda terkaku di tempatnya. Ada yang berpatah balik dan dimarahi oleh penunggang di atas. Mereka mendongak ke langit apabila ada beberapa buah helikopter muncul dari bukit seberang.

 AWAKENING (on hold)Where stories live. Discover now