25

103 23 0
                                    

Mutiah ketika itu sedang menunaikan solat sunat tahajjud sendiri di ruang kecil itu. Kamar tidur utama mempunyai tiga laluan di dalam. Satu untuk ke pejabat Mutiah, satu untuk ke pejabat Mirhad dan satu lagi ialah ruang solat mereka.

Dan ketika dahinya menyentuh sejadah, Mutiah dapat rasakan ada gegaran yang kuat. Ia berterusan selama 8 minit sebelum reda. Yakinlah Mutiah bahawa itulah kesan daripada pergerakan Kaia, ular gergasi itu baru saja melalui bawah tanah istana ini.

Selesai sahaja solatnya, dia terdiam sementara. Ini kali pertama Kaia menyampai syarat seperti itu.

"Kau dalam bahaya."

Itulah apa yang dia dengar semasa dia sedang bersujud. Barangkali kepala Kaia ada di bawahnya.

Tapi bahaya apa yang dimaksudkan oleh ular itu?

Mutiah melipat telekung dan sejadahnya lalu dia melangkah keluar. Suaminya yang baru saja tidur itu dipandang sekilas lalu. Mirhad juga yang kejutkan dia untuk bertahajjud. Lelaki itu tahu rutinnya. Mirhad pula akan solat lebih awal jika dia mempunyai kerja atau undangan sehingga lewat malam.

"Maaf mengganggu kau."

"Ocot mak!" Mutiah hampir terlanggar pintu apabila dia berundur secara mendadak. Wajah Kaia di tepi tingkap itu amat menakutkan. Kus semangat!

"Tak ada cara lain ke kau nak datang?" soal Mutiah setelah dia mendekati Kaia. Nadanya diperlahankan agar tidak mengejutkan suaminya yang enak diulit mimpi indah.

"Ada, tapi ambil masa untuk tunggu pagi." Kaia menunduk menandakan dia ingin meminta maaf.

"Hmm, yalah. Ada apa ni?"

Kaia menatap mata Mutiah, lama. Sehinggakan Mutiah menjeling wajahnya di pantulan tingkap itu. Ada kaki lipas ke terjuntal kat dahi dia?

"Mutiah..." Kaia semakin mendekat.

"Aku nak kau kuat."

Berkerut seribu dahi Mutiah mendengarnya.

"Kuat untuk Mirhad maksud kau?" Yalah, Kaia kan umpama ahli keluarga Mirhad. Takkan tiba-tiba Kaia nak pesan hanya untuk dia. Kan?

Dan.... Dia menggeleng.

Eh?

"Kuat untuk kau, Mutiah. Dalam hidup, tiada istilah kuat untuk manusia. Ia hanya memenatkan dan menyakitkan. Setiap manusia akan mati. Kekuatan itu Allah jadikan untuk kau atasi ujian daripada-Nya. Setiap orang berbeza."

"Ada apa-apa yang jadi ke, Kaia?" Mutiah dipalit rasa bimbang. Tiba-tiba saja Kaia berpesan sebegini rupa.

"Aku tak pasti." Kaia menjatuhkan pandangan. Walaupun dia seekor ular, raut wajahnya tetap boleh dibaca dengan jelas. Kaia memang sedang risaukan dia.

"Aku akan kuat."

Kaia terus mengangkat wajahnya. Entah mengapa, melihat wajah Mutiah membuatkan hatinya tenang. Dia yakin Mutiah akan tunaikan apa yang diperkatakan.

"Terima kasih." ucapnya lalu dia menjatuhkan kepalanya sedikit.

Tatkala tangan Mutiah menyentuh kepalanya, barulah dia mengangkat kepalanya kembali dan bergerak pergi dalam kesunyian malam.

Mutiah menyentuh dada. Ditepuk perlahan demi menenangkan rasa hati yang bergelora.

Kau perlu kuat.

Untuk diri sendiri.

*****

Tetamu.

Seharusnya dia melayan tetamu dengan baik dan penuh adab. Namun tetamunya pada hari ini memang tidak terduga. Malah Ketua Salloman juga berdiri di sebelah kerana terlampau sangsi dengan kehadiran lelaki itu.

 AWAKENING (on hold)Where stories live. Discover now