38

8 1 0
                                    

Suka untuk saya ingatkan, yang saya dah tinggal cerita ni setahun lebih. Saya pun dah lupa jalan cerita malah saya kena baca balik dan saya sendiri macam terlupa apa yang jadi. Jadi, saya kekok nak mula semula. Moga masih ada manfaat.

•••

9 TAHUN BERLALU

Aseef kini sudah membesar dengan jayanya. Dan sudah tentu sebagai kanak-kanak lelaki yang normal, tubuhnya sentiasa dipenuhi calar angkara bermain. Tahap kebuasannya mengalahkan kakak-kakaknya.

Buktinya, sekarang ini dia berada di Errodian. Ha! Mesti tertanya kan apasal jauh sangat dia merantau dari istana Hagron.

Dah sekolah dia menetap di situ. Jadi apa kaitan sekolah dengan buas?

Tak ada pun, saja ja.

Aseef dan Amelia berlainan sekolah. Tetapi mereka juga disediakan bilik khas di tempat masing-masing. Seperti asrama tetapi tidak berkongsi. Alasan mengapa Aseef tidak berkongsi bilik adalah kerana semasa dia sedang tidur, kebarangkalian untuk dia terbang itu amat tinggi. Akan muncul sayap berwarna hitam sebaik saja dia memasuki alam mimpi. Mahu tercirit roommates Aseef kalau mereka berkongsi bilik.

Amelia pula? Tidak ada sebab. Hanya kerana Aseef diasingkan, dia juga memilih untuk duduk berasingan. Lagipun bilik mereka mempunyai kawalan yang ketat. Pasti pelajar lain akan berasa pelik dan kurang selesa.

Adelisa pula sudah berada di tahun awal di institusinya. Tetapi bukan di Errodian. Adelisa dihantar ke Forgury yakni institusi pengajian yang khas untuk waris-waris diraja.

Amelia dan Aseef? Bukan Mirhad dan Mutiah tidak mahu mendaftarkan mereka sekali. Tetapi mereka sendiri menolak. Aseef yang secoet itu pun berani menyuarakan bantahannya. Mereka mahu hidup seperti orang lain selagi boleh. Sudah mereka maklum kehidupan diraja itu seperti apa, jadi apa salahnya mereka bersuka ria dulu.

"Haih..." Adelisa mengeluh. Di hadapannya sekarang ini ada sepucuk surat perlantikan jawatan.

Jawatan apa? Entahlah, dia dah malas hendak peduli. Selama beberapa bulan dia di situ rasa dah berbuih mulutnya mengatakan dia tidak mahu apa-apa jawatan. Lagipun dia rasa dia hanya dipilih kerana statusnya sebagai anak raja Hagron L Casa.

Siapa saja akan lepaskan peluang untuk mendekati pewaris Hagron?

"Allahuakbar! Allahuakbar!"

Laungan azan zohor itu menyedarkan Adelisa daripada termenung. Ditarik beg telekung berwarna maroon itu sebelum dia meletakkan surat tersebut ke bawah meja. Kakinya melangkah untuk keluar dari kelas.

Kerajaan Forgury ini walaupun kerajaan yang majoritinya beragama Kristian tetapi mereka masih menyediakan surau dan laungan azan bebas berkumandang. Itulah antara salah satu sebab ayahandanya tidak kesah menghantarnya ke kerajaan barat ini.

"Eh, kau Adelisa kan?"

Baru beberapa tapak Adelisa keluar dari kelas dia sudah ditegur seseorang. Pelajar lelaki itu diperhati. Kulit wajah putih, mata dan berambut coklat. Kacak.

Tapi anak siapa ni?

Dan sudah termaktub dalam kamus seorang Adelisa untuk tidak melayani sembarangan orang, dia cuma menunjukkan wajah tidak berminat dan menyambung langkah untuk ke surau. Pelajar lelaki yang bertag nama Umair Izdihaar itu pantas memaparkan riak hairan.

"Sombongnya, aku nampak macam nak mengorat ke?" Dilihat wajahnya di cermin nako itu.

Hm, muka tak gatal pun.

Dia bukan tahu pun muka gatalnya macam mana. Tapi sungguh, dia tak ada niat yang tak baik. Dia kenal gadis itupun kerana Adelisa ialah anak kepada Mutiah, maknanya Adelisa pewaris Hagron L Casa. Dia pula pewaris kerajaan Al-Qarni.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 5 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

 AWAKENING (on hold)Where stories live. Discover now