14

133 25 8
                                    

PERSIMPANGAN PLUVIO - KOTA HAGRON

Mutiah menyisip teh panas yang disediakan oleh Mirhad dengan berhati-hati. Jangan fikir lelaki itu telah menjadi orang gajinya pula. Mirhad sendiri tawarkan diri untuk sediakan teh ini buat mereka semua.

Sekarang ini sudah tiba fajar dan mereka berada di persimpangan Pluvio. Yang bersamanya tatkala ini ialah Mirhad, Jarrah, Ketua Salloman dan Abelisa Haya.

Tujuannya hanya mahu melawat daerah itu. Tetapi tidak ada sesiapapun tahu inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke Pluvio. Sebelum ini urusannya dilakukan melalui orang perantaraan. Sekejap lagi mereka akan ke Kavanhill pula.

"Sedap ke teh tu?" soal Mirhad sambil menyelesakan diri di tepi Mutiah. Mutiah hanya mengangguk. Jarak mereka masih boleh memuatkan 4 orang jadi tidaklah dekat sangat untuk menimbulkan fitnah.

Abelisa dan Jarrah yang melihat perbualan singkat Mutiah dan Mirhad memandang antara satu sama lain sebelum tersenyum nakal.

"Tuanku nak makan apa? Saya boleh sediakan sebelum kita gerak." Mereka menunggang kuda untuk ke sana. Kenderaan mewah yang sepatutnya mengambil mereka boleh pula rosak di tengah jalan.

"Mirhad, awak boleh panggil saya Mutiah."

Mirhad tersentak. Keningnya terangkat. Tangannya yang baru saja mahu meletakkan cawan di tanah itu beku. Mutiah meneguk liur. Apa jenis respons ni?

"Err... kenapa?"

Mutiah angkat bahu.

"Saya rasa awak dah sebahagian keluarga saya. Memang diorang gelarkan saya sebagai Mutiah. Jadi awak pun tak terkecuali. Sumbangan awak banyak pada Hagron. Saya terhutang budi."

"Tak lama jadi sayang pula, kan?" Jarrah membisik kepada Abelisa. Kedudukannya sekarang ini seakan dia pula dilamun cinta. Dia menerap di tanah dengan kedua-dua belah tangan menongkat dagu.

Mujur Ketua Salloman sedang berada di dalam khemah. Jika tidak ditamparnya punggung Jarrah ini.

"Macam ni rupanya diorang jatuh cinta." Abelisa mengangguk.

"Saya pergi kemas apa yang patut." beritahu Mirhad lalu dia terus bergerak ke arah khemah yang tercacak dengan cawan yang masih berada di tangan. Fikirannya masih bercelaru dengan perkara tadi.

Untuk seketika, dia terhenti. Badannya dipalingkan ke belakang dan Mutiah dilihat. Gadis itu kelihatan tenang. Tak lama selepas itu pandangannya jatuh pada Jarrah dan Abelisa yang melihatnya dengan pandangan mengusik.

Erk!

Tak semenanya tawanya terlepas. Dua ini memang sekepala. Masakan tidak jika Jarrah yang merayu untuk bawa Haya bersamanya. Jarang sekali Jarrah rapat dengan orang lain selain Mutiah dan Tuan Guru Adam Hussein.

Dia menoleh semula lalu meneruskan langkahnya untuk ke khemah.

"Awak..." Mirhad mendekatkan cawan ke mulutnya, senyumannya melebar sebelum titisan terakhir air teh itu dihirup.

*****

PLUVIO

Mereka agak hairan setelah mengesan kawasan yang tenang itu. Pluvio dikenali dengan kehebatan rakyatnya dalam pelbagai jenis pertahanan diri, terdapat pangkalan tentera darat di sini dan perkampungan pahlawan berkuda.

Tetapi anehnya, ia sangat hening semasa mereka hadir selepas subuh tadi sehinggalah matahari tercacak di atas kepala. Bukan itu saja, seorang manusia pun tidak kelihatan.

 AWAKENING (on hold)Where stories live. Discover now