35

85 17 6
                                    

Beberapa tahun sudah berlalu, Amelia Azzahra kini mencecah usia 4 tahun manakala Adelisa sudah menginjak ke usia 3 tahun. Kedua-dua membesar dengan baik sekali. Tiada sakit yang tuhan turunkan sehingga memudaratkan mereka. Syukur.

"Saya tolonglah." Mirhad datang dari belakang mencapai sikat di tangan Mutiah yang kini berhadapan dengan cermin. Selamba badak dia saja rampas sikat orang macam tu.

"Perlahan sikit tau." pesan Mutiah dengan riak yang sudah berkerut.

"Selamani kuat ke saya sikat rambut awak?" Pergerakannya terhenti. Rasa bimbang menyentuh hati.

"Tak, tapi tangan awak kuat. Risau juga saya pun." Mutiah sengih saja apabila Mirhad mencebik.

"Haihlah, ingat apa tadi." Seterusnya mereka diam membisu. Si suami menyikat rambut sang isteri. Si isteri diam memandang raut wajah suaminya melalui pantulan cermin.

"Ampun tuanku..."

Kedua-dua mereka menoleh ke arah pintu. Kelihatan seorang wanita berusia sedang menatang dulang yang mempunyai segelas air sejuk.

"Ini minuman untuk tuanku permaisuri." katanya sambil menghulurkan dulang tersebut.

"Itu bukan susu."

"Ya, tapi ada seseorang hadiahkan minuman ini untuk tuanku. Katanya elok untuk merawat masalah dalaman."

Mutiah hanya mengunci mulut. Dia membiarkan saja Mirhad pergi mencapai dulang itu sebelum menutup kembali pintu kamar mereka.

"Dia bukan dayang istana." Itu perkara pertama yang keluar dari mulut Mirhad.

"Minuman ni ada kandungan asid hidroklorik." Itu perkara kedua.

"Dia siapa? Dan apa motif dia nak bunuh saya?" Soal Mutiah secara terus. Yalah, kalau asid diberi takkan nak buat cuci gigi pulak kan?

Mirhad terdiam. Dia cuba mencari jawapan tetapi otaknya kosong. Setelah meneliti minuman itu dia tiba-tiba meminta izin untuk keluar. 2 minit kemudian, Mirhad tiba di ruang belajar milik Layla.

"Adik."

"Siapa tu?"

Mirhad terkaku di hadapan ruang itu. Penuh buku. Penuh almari. Penuh kertas. Celah mana dia nak nampak Layla ni?

"Abangmu."

"Abangku? Siapa abangku?"

"ABANGLAH!"

Pak!

Seperti nangka busuk, Layla jatuh dari salah sebuah almari dengan sebatang pencuci habuk di tangan.

"Abang jerit kenapa?! Gegor tahu tak! Sakit dah punggung orang. Kalau senget macam mana? Jatuhlah mas kahwin. Aishhhh susah ni." Bebel Layla seorang diri dengan tangan yang diangkat seakan mengira sesuatu.

"Apa yang adik mengarut ni?"

"Adik mengarut abang kesah pulak? Abang mengarut tu orang tak kacau pun. Huh! Pergilah kamu dengan pancarobamu." Terus dibalingnya bulu ayam di tangan ke arah Mirhad.

"Adikkkkk..." Penat Mirhad nak melayan karenah adiknya. Baik dia pergi tengok isteri kalau macam ni. Sejuk mata memandang. Yang ini? Fuh, serabut.

"Apa lagi abangku?" Layla mencekak pinggang. Tak lama lagi dia cekak leher Mirhad pula kalau asyik mengganggunya.

"Adik tahu pengamal ilmu hitam dalam kawasan ni?"

"Uiiiiiii..." Terus terundur Layla ke belakang dengan mata terjegil besar. Terkejut betul dengan soalan abangnya.

"Tahu ke tidak?"

"Tahu tu tahu, tapi abang nak buat apa? Hapuskan dia orang?"

"Hmmm..."

"Apa yang hmmmm? Macamlah adik faham. Cepuk kang!"

"Memang akan hapuskan pun. Tapi kena ada cara. Nanti bagitahu abang ya?" Mirhad mengenyit sebelah mata sebelum mengundurkan diri tetapi tak sempat pintu ditutup, Layla memanggilnya kembali.

"Ai ai ai Mirhad Yasser, semua benda dalam dunia ni berbayar tau."

"Apa kemaruk duit sangat kau ni?"

"Bukan kemaruk, ini namanya bisnes!" Muka bangga Layla tayangkan. Yang Mirhad, sudah menggeleng kepala.

"Dalam mimpi ya cik Layla?"

"Tak mahulah mimpi adik ada abang. Penatlah gini asyik-asyik muka kerek ni aje orang nampak."

"Ish! Abang tak bagi anak-anak abang main dengan Layla nanti kang!"

"Ha ugut-ugut! Bagitahu Kak Ti'ah!"

"Bagitahulah, dia bini abang bukan bini adik!"

Dan begitulah...

Pergaduhan mereka yang tidak pernah bertemu kata damai.

*****

"Dua tiga kucing berlari..." Layla memutar-mutar rantai besi di tangannya sambil menghampiri sebuah rumah yang kelihatan usang. Dari jauh, sudah kelihatan asap-asap putih di keliling rumah itu walaupun masih siang.

"Empat lima..."

"MeoOWwWw!!"

"Woi kucing ni tak lari ke?!"

Hilang terus pantunnya. Dasar kucing tidak bertauliah. Nasib dia tak ada sakit jantung.

Layla meneruskan perjalanannya yang tergendala oleh kucing liar tadi. Baru beberapa langkah hendak tiba, pintu rumah itu sudah dibuka. Dan keluarlah seorang wanita tua yang bongkok tubuhnya.

Wanita itu yang berikan minuman bahaya tersebut semalam.

"Siapa kamu?" soal wanita tua itu terlebih dahulu.

Layla hanya tersenyum manis.

"Boleh saya masuk, mak cik? Hauslah." Dengan wajah tidak tahu malunya, dia meminta dirinya dijemput.

Wanita itu pada mulanya agak was-was, namun dia tetap membuka ruang. Layla berjaya memboloskan diri ke dalam. Wanita itu juga masuk semula demi melayan tetamu.

Namun...

Selepas beberapa minit...

Kelihatan tanah di kawasan perumahan itu membeku dan ais tersebut naik menyelaputi rumah usang tersebut. Dalam sekelip mata ia dihancurkan kerana suhu yang terlampau rendah.

PRAK!

Hancur.

"Walla!" Layla tersengih lebar seakan dia baru saja memperlihatkan aksi silap mata. Wanita tua yang beku berkecai di tanah itu dipandang sebelah mata sahaja sebelum dia melangkah pergi.

Ya, Mirhad suruh bagitahu. Tetapi semasa dia hendak pergi kepada abangnya pagi tadi, dia nampak Mirhad kusut dengan perkara lain. Dia pun bertindak sendiri.

Lagipun, wanita itu bukan cari pasal dengan abangnya saja. Tetapi kakak iparnya juga. Jadi, kenapa tidak dia yang lakukan sesuatu. Kan?

•••

Saya senanya dah lupa cerita ni macam mana. Saya tulis berdasarkan nota yang saya dah buat dulu. Hahahahaha harap masih faham. Maaf sebab saya lambat update dan ambil masa hiatus yang lama.

 AWAKENING (on hold)Where stories live. Discover now