3

209 43 5
                                    

22 TAHUN KEMUDIAN, ISTANA RIDELLA

Sultan Riyadh menyemak halaman kertas yang terkandung ribuan patah perkataan. Mahu saja dia muntah sekarang. Sejak semalam, tidak putus-putus semangatnya berurusan dengan kementerian dari pihak Al-Fakhira.

Al-Fakhira terkenal dengan kehandalan mereka dalam ilmu perubatan. Pada musim sejuk yang lalu, seorang pengkaji tumbuhan liar menjumpai sebatang pokok yang disyaki ekstrak daunnya dapat dijadikan penawar bagi penyakit kulit. Oleh itu, mereka mahu meminta keizinan untuk mendapatkan pas keluar masuk ke Ridella tanpa had untuk memendekkan tempoh kajian mereka.

"Ayahanda..."

Sultan Riyadh mengangkat pandangan. Mutiah yang memakai persalinan serba koko itu melangkah masuk dengan senyuman.

"Ada apa?" Jujur dia katakan, dia bencikan Mutiah kerana takhta. Tetapi ada sedikit rasa kasih kerana gadis itu masih anak kandungnya.

Selepas kejadian yang hampir meragut nyawa Mutiah 22 tahun yang lalu, dia tidak lagi berani berbuat apa-apa. Mutiah dijaga dan dididik oleh seorang wanita yang katanya berasal dari kampung berdekatan hutan liar itu. Namanya Marlita Arwa.

Manakala Maryam pula tidak dibenarkan keluar dari istana ini semenjak itu. Selepas menyusukan Mutiah selama 2 tahun, Maryam membenarkan Mutiah untuk dijaga oleh Bonda Lita iaitu adik bongsu kepada Tuan Guru Adam Hussein kerana baginya di sini nyawa anak perempuannya itu seakan berada di hujung tanduk.

"Ada pasukan pahlawan dekat luar. Diorang macam dah cedera teruk." beritahu Mutiah. Dia tidak tahu apa yang terjadi kepada mereka. Apabila dia bertanyakan kepada kakak-kakaknya, semuanya kata hal itu biasa saja.

Biasa? Cedera sehingga ada yang tangannya terjuntai menunggu masa untuk putus, biasa apa macam tu?

"Oh, mereka tu baru balik dari peperangan. Kamu tak perlu risau." Sultan Riyadh kembali fokus pada kertas-kertas yang bertaburan di atas meja.

"Peperangan apa?" soalnya ingin tahu.

"Delaney of The Night."

Dahi Mutiah berkerut seribu. Natang apa tu?

"Bila kamu sampai?" Sultan Riyadh pula bertanya. Hairan dia melihat wajah keliru anaknya itu. Apa yang difikirkannya sampai macam tu?

"Pagi tadi." Mutiah memang akan pulang ke Ridella pada setiap hari sabtu. Itu syarat yang Sultan Riyadh sendiri letakkan kerana dia mahu tahu keadaan Mutiah. Bukan kerana bimbang, hanya... ingin tahu.

"Dah jumpa bonda?"

"Belum."

"Pergi jumpa." Memang niatnya mahu menghalau. Anehnya Mutiah ini, ketika kecil tidak dinafikan dia sering dimarahi oleh Sultan Riyadh. Marah yang sebenar-benarnya marah bukan seperti Maryam yang marahnya untuk mendidik. Tetapi Mutiah tak pernah mengabaikan ibu bapanya dalam setiap perkara.

"Baik."

"Ti'ah!"

Mutiah terperanjat. Dada diusap perlahan. Nasiblah dia muda lagi. Sia-sia je mati katak kat sini.

"Kenapa kamu hormatkan aku?"

"Huh?" Mutiah hairan. Apa jenis soalan tu?

"Jawab." Sultan Riyadh terfikirkan perkara itu sudah lama. Bolehkah jadi ada muslihat yang tersembunyi di sebalik kebaikan yang ditunjukkan?

Argh! Dia pun tahu Mutiah itu bukan dia!

"Kehormatan itu sesuatu yang tinggi nilainya dan hanya diletakkan pada orang yang layak. Ibu bapa ialah orang yang Ti'ah sayang. Sekalipun rasa hormat ini hilang, kita sebagai seorang muslim diajar bercakap dengan sopan, merendahkan suara, tumpukan perhatian dan berwajah manis semasa orang bercakap dan dididik untuk menggunakan bahasa yang enak didengari semasa berkata-kata."

 AWAKENING (on hold)Where stories live. Discover now