"ABAH, kami balik dulu ye. Insya'allah hujung minggu ni kami balik. Apa-apa abah call je Haikal atau Zulaikha."ujar Haikal usai bersalaman dengan abah mertuanya.
"Iya lah Haikal. Kamu tu baik-baik drive malam-malam macam ni. Jangan bawak laju dalam hujan."pesan Tuan Zarul sambil menepuk bahu menantunya.
Haikal mengangguk sekali tanda menerima pesanan, tubuh isterinya yang leka memeluk sang ibu dipandang sambil senyum kecil. Manja kali.
"Adik, sudahlah. Haikal nak gerak dah tu, nanti kita jumpa lagi."pujuk Puan Khadijah sambil mengusap belakang tubuh Zulaikha. Perlahan Zulaikha melepaskan pelukan sambil menunduk, tangan naik mengesat bekas air mata dipipi.
"Ibu dengan abah jaga diri tau, jangan lupa makan ubat, jaga makan. Adik dah tak ada nak bebel dekat ibu abah. Nanti ibu abah tinggal berdua je."pesan Zulaikha bersama suara serak kerana menangis sebentar tadi.
"Iya! Ibu tahulah, kan ada abah boleh jaga ibu. Adik ni ingat sikit awak dah bersuami. Jaga makan minum suami, jangan balik lewat. Biar Akmal je yang closing kafe setiap hari."pesan Puan Khadijah sambil menggosok lengan si anak. Zulaikha mengangguk kecil.
"Dah, pergi cepat. Hujan pun dah mula nak lebat balik. Tak elok drive hujan-hujan ni. Haikal."raut wajah menantunya dipandang.
"Ye ibu."sahut Haikal. Tubuh Zulaikha ditarik lembut ke sisi dia.
"Jangan drive laju-laju dalam hujan. Jaga anak ibu elok-elok, ada satu je puteri dalam rumah ni. Jangan sakitkan dia pula, kalau Hidayah ada buat salah tegur dia baik-baik. Ye?"pesan Puan Khadijah lagi, wajah si anak dalam pelukan menantunya dikerling.
"Baik ibu, insya'allah. Ibu jaga diri ye, kalau ada apa-apa call je Haikal atau Zulaikha terus."balas Haikal , usai itu dia menyalami tangan Puan Khadijah.
"Dah salam abah?"Haikal menyoal pada Zulaikha. Wanita itu hanya mengangguk kecil bersama sedu tangisnya. Tangan Haikal naik mengusap puncak kepala Zulaikha.
"Ibu abah kami balik dulu ye."ujar Haikal sambil memandang kedua mertuanya.
"Iyalah, hati-hati bawak kereta tu."Pesan Puan Khadijah lagi. Haikal mengangguk sekali.
Mereka berlari anak ke kereta audi milik dia yang diparkir dihadapan rumah mertuanya sambil memayungi diri mereka sehingga selamat masuk ke perut kereta.
Sementelah itu, Haikal menekan hon dan mula memandu ke rumah ibu bapanya di Shah Alam. Perancangan yang sepatutnya pulang petang terpaksa ditunda ke malam kerana hujan lebat yang tidak henti semenjak tengah hari lagi.
SALAM diberi terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke rumah semi-D milik keluarga Haikal. Matanya melilau ke segenap ruang yang kemas teratur dan terasa mewah dengan kombinasi warna yang menawan. Olive and Biege.
"Stellina."seru Haikal dari ruang tamu setelah menempatkan beg bagasi berisi pakaian Zulaikha ditepi sofa. Sedari tadi si isteri masih tercegat depan pintu utama tanpa berkalih.
Zulaikha berdeham memandang sekilas pada Haikal. "Betul ke ni rumah umi?"soal Zulaikha masih tidak percaya walaupun kakinya sudah menjejak masuk.
Terletus tawa Haikal sebelum menarik Zulaikha sehingga ke ruangan dapur, sempat juga dia mengunci pintu rumah. Zulaikha bagai lembu dicucuk hidung hanya mengikut saja langkah sang suami sambil melilau mata.
"Duduk stellina, abang bancuh air."Haikal menolak bahu Zulaikha agar wanita itu melabuhkan duduk dihadapan meja pulau.
"Awak, yang lain dah tidur ke?"soal Zulaikha memandang belakang badan suami yang sedang membancuh air untuk mereka.
"Rasanya dah. Sebelum gerak tadi umi call kata dia masuk bilik dulu."mug berisi coklat panas yang berasap tipis dihulur hadapan sang isteri.
"Terima kasih."senyum kecil diberi sebelum mencicip sedikit air yang masih berasap tipis itu.
"Stellina. Abang naik bilik, hantar barang sekejap."pamit Haikal tanpa sempat Zulaikha membalas. Dia sekadar menghantar susuk tubuh Haikal sehingga hilang dari pandangan dia.
Air coklat panas masih dihirup penuh nikmat tanpa sedar akan adik iparnya yang sedari tadi memerhati tingkah dia.
"Sedap sangat air angah buat tu kak ngah. Nikmat betul ye."
Tersedak dia akan teguran mengejut dari itu, tekak dirasakan perit kerana menelan air coklat panas tanpa sejukkan terlebih dahulu. Tangan segera mencapai cawan milik Haikal yang berisi air suam disisi dia.
"Haida! Terkejut akak."Zulaikha menggeleng kecil melihat sengihan yang diberi Haida.
"Akak baru sampai ke dengan angah?"soalan Haida dibalas dengan anggukan kecil.
"Haida tak masuk tidur lagi?"soal Zulaikha sekadar basa-basi.
"Belum. Masih awal, Kejap lagi nak keluar ride dengan kawan."air suam dalam cawan ditelan habis.
Zulaikha mengerut dahi. "Pukul 10 malam, tengah hujan ni nak ride dengan kawan juga? Umi abi tahu?"
Haida tarik sengih, sebelum menggeleng perlahan. Zulaikha senyum nipis sebelum menghabiskan air coklatnya. Haida yang sedang membasuh cawan dipandang sekilas sebelum menoleh pandangan ke belakang, memastikan keberadaan suaminya.
"Haida."Jejaka yang sudah siap untuk melangkah keluar dapur mengalih pandangan pada kakak iparnya.
"Before 12 malam sampai rumah. Hati-hati."pesan Zulaikha ringkas sambil memberi keizinan pada Haida.
Tidak berkelip mata Haida mendapat keizinan dari Zulaikha. Senyum sinis ditanyang sebelum mengangguk sekali dan berlalu keluar rumah. Zulaikha menggeleng kecil sebelum menuju ke singki dapur.
Jiwa muda, biarlah Haida menikmati apa yang dia minati dahulu sebelum kembali menghadapi dunia yang semakin tenat.
806words
29082024
24Safar1446Hijrah
Done update!Lets read this du'a first before you left this chapter;-
Oh Allah, please stop this genocide by destroyed the z!on!$. Please safe raf@h, khan yun!s, gaz@ and every state on Palestine. Give freedom and winning to Palestine all over again, aamiinn.
Hasbunallah wani' mal wakil✨
Free Palestine🇵🇸❤
YOU ARE READING
My Stellina : Be Mine
FanfictionDia bukan remaja yang bebas. Bukan juga kanak-kanak yang gembira. Dia seorang yang cuba untuk menjadi sempurna dimata orang sekelilingnya. Walau dipandang serong, dia tetap mencuba untuk menjadi yang terbaik. Menjadi yang terbaik untuk Dia atau unt...