Prolog

240 29 4
                                    

"LOUIS tak gila! Mama, Papa tolong!" Suara seorang budak kecik berlayar difikirannya.

Mata dipejam rapat. Lutut dirapatkan ke dada. Kisah dahulu masih menghantui hidupnya. Matanya kemerahan. Air mata mengalir dipipi. Kenapa takdir hidupnya tidak seindah orang lain?

"Mama.. Sakit! Mama jangan! Sakit!" Bunyi jeritan didalam fikirannya itu membuatkan dia mengetuk - ngetuk kepalanya sendiri.

Air mata mengalir deras. Sakit…

"Bunuh diri kau Qashah. Buat benda tu. Bunuh diri kau sendiri." Satu suara menghasut fikirannya.

Qashah menggeleng. Tak. Tak dia takkan bunuh diri. Cukup dulu sahaja sewaktu dia kecil dia cuba ingin membunuh diri. Malah tidak berjaya.

"Diam la! Diam!" Lagi kuat dia mengetuk - ngetuk kepalanya sendiri. Cukup la dia sudah penat mahu menghadapi itu.

Tidak lama kemudian, Bunyi pintu menyentakkan dia. Malah dia langsung tidak berpaling.

"Good morning my boy. How you feeling today? eh, what's wrong?" Soal Doctor Kate atau lebih dikenali sebagai Katherine Aurora. Dia meghampiri Qashah yang sedang duduk di atas lantai sambil mengetuk - ngetuk kepalanya sendiri.

Bekas makanan diletakkan di atas meja solek disebelah katil bujang itu. Dan secepat itu langkah dia menghampiri Qashah dan melutut dihadapannya.

"Qash bagitahu saya kenapa ni? Qash jangan la pukul kepala tu. Sakit nanti. Eh eh tell me. It's okay i'm here." Katherine menarik tangan Qashah dari memukul kepalanya sendiri.

"Louis takut... Mama pukul Louis le-lepastu H-Hael s-suruh b-bunuh diri..." kata Qashah perlahan dan tergagap - gagap. Tetapi cukup didengari.

Katherine tergamam. Ye, dahulunya Qashah adalah seorang happy go lucky malah dia menjadi sebegini setelah dipukul oleh keluarganya sendiri. Hael? Ya, Hael adalah satu suara yang cuba menghasutnya. Atau lebih dikenali sebagai skizofrenia. Dan dia juga menghidapi Dissociative identity disorder atau lebih dekenali sebagai (DID).

Katherina menarik sedikit tangan Qashah menjauhi kepalanya. Tangan itu digenggam lalu dibelai lembut. Air mata Qashah diseka.

"Umm... Louis boleh Kate bercakap dengan Qash? Qash, jom makan. Tokma ada bungkuskan makanan untuk Qash tau. Mesti Qash suka masakan Tokma kan?" Katherine Aurora menukar topik dengan mudah sahaja. Qashah lambat-lambat mengangguk. Katherine menyimpan senyumannya itu.

Dia bangkit dan meja solek itu dihampiri. Makanan yang dibungkus oleh Tokmanya dikeluarkan dari beg galasnya dan dia melutut balik dihadapn jejaka itu. Penutup tupperware dibuka.

Nasi tomato. Berserta ayam masak merah.

"Wow tokma masak nasi tomato la. Kegemaran Qash kan nasi tomato dengan ayam masak merah ni?" Dengar sahaja nasi tomato dengan ayam masak merah terus dia menoleh ke arah bekal itu. Air liur ditenguk perlahan. Matanya sekarang sudah tidak berair malah menatap bekal yang berisi nasi tomato dan ayam masak merah itu.

Dengan pantas Qashah menyeka air matanya.

"Sekarang ni kalau Qash nak makan Qash kena buat apa?"

"Ba-baca doa makan." kata Qashah. Katherine tergelak sedikit mendengar ayat yang dituturkan oleh Qashah

Katherine menghadiahkan senyuman lalu mengangguk

"Okay Good. Now baca sama - sama dengan Kate."

"Bismillahirrahmanirrahim… Alloohumma barik lanaa fiimaa razatanaa waqinaa ‘adzaa bannar, amin.." Serentak mereka berdua. Lalu tangan disapu ke muka.

"Sekarang Louis nak makan sendiri ke nak Kate..."

"Suap!" Pantas Louis memotong percakapan Katherine. Tahu - tahu je dia ni.

"Okay. But, Louis kena janji takmo nangis-nangis dah. Louiskan dah besar jangan la nangis. Malu nanti. Kesian Qash kena layan perangai Louis." ujar Katherine. Qashah mengangguk perlahan.

Tanpa mereka sedar ada 2 mata yang memerhati mereka dari sudut yang dekat dan terlihat senyuman di wajah mereka.

Nasi disuakan ke dalam mulut Qashah menggunakan sudu. Tiga suapan sudah membuatkan lelaki itu tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.

Katherine tersenyum cair. Lesung pipit lelaki itu yang membuatkan hatinya cair. Tak terkira sudah kali keberapa dia menyuap lelaki itu makan. Kalini dia membuat seperti kapal terbang mahu mendarat.

Seperti seorang ibu menyuap anaknya. Tengah dia menyuap lelaki itu tiba-tiba pintu diketuk.

Tuk, tuk, tuk.

Katherine dan Louis mengalihkan pandangan.

"Sorry. Did we bother you miss Kate?" Kening sebelah diangkat. Senyuman terukir sehingga menampakkan gigi putihnya,

"Terkejut aku kau ni. Nak ape ye miss Farah?"

"I want to talk to you right now! can?" Katherine mengangguk.

"Umm.. Qash makan dulu. Kate pergi luar kejap. Sekejap je lepastu Kate datang balik." Qashah mengangguk perlahan. Senyuman mula pudar tatkala wanita itu mahu keluar sekejap.

Kate bangkit dari melutut dan berlalu pergi meninggalkan Qashah. Sebaik sahaja dia keluar, mula la usik mengusik diantara satu sama lain.

"Kau suka dia eh?" Usik Farah Zahra iaitu sepupu kepada Katherine Aurora.

"Hishh kau kau ni. Mana ada. Aku kan kerja sebagai doctor jadi itu memang tugas aku lah." Balas Katherine dengan nada tidak puas hati. Ada je nak mengusik. Geram je lihat.

"Ye lah tu. Dalam banyak-banyak pesakit kan abang Zach nampak yang ni Kate paling rapat. Qashah…Andre..Louis. Sedap namanya." Kata Zach Farhan merangkap  kepada abang sepupunya juga.

"Huh mula la nak usik Kate sekarang ni? Tu perempuan tu dari tadi pandang je abang Zach. Suka la tu." Kini giliran Katherine pula mengusik abang sepupunya.

"Kan... Aku pun perasan perempuan tu asyik pandang je abang aku. Sekeh kang." ujar Farah tidak puas hati. Bukan dia taknampak abang dia diperhatikan oleh susuk wanita yang entah dari mana. Nak kata kerja situ tak sebab pakaian dia bukan pakaian kerja.

Kang ada yang kena sekeh kang.

Katherine dan Zach serentak tergelak. Dan dengan secara tiba mereka dikejutkan dengan bunyi seseorang.

"Dr. Kate! Pesakit bilik nombor 225 cederakan diri!" Jerit salah seorang nurse disitu.

"Qashah." Gumam dia perlahan.

Dia terus bergegas secepat yang boleh untuk ke bilik Qashah. Yang lain hanya mengikutinya. Sampai sahaja mereka disitu. Terlihat 2 orang nurse cuba sedaya upaya untuk menenangkan Qashah yang sudah tidak terkawal itu. Dengan sekali pandang Katherine terkaku seketika apabila melihat Qashah menoreh tangannya sendiri sehingga mengeluarkan cecair darah yang pekat. Semua disitu turut terkejut melihat keadaan Qashah sebegitu.

Katherine menghampiri Qashah setapak demi setapak.

"Qash letakkan pisau tu. Please. Put the knife down Qashah." Kata Katherine.

"Jangan biarkan dia ambil pisau tu. Bunuh diri kau Qashah. Dia jahat. Dia cuba untuk sakitkan kau macam yang lain."

Qashah menggeleng.

"Tak! Tak! Diam! Diam!" Semakin lama semakin tidak terkawal. Katherine cuba menghampiri Qashah. Dan akhirnya pisau ditepis oleh Katherine. Dan tubuh Qashah ditarik masuk kedalam dakapannya.

Menenangkan jejaka itu bukan la mudah. Semua disitu terkaku setelah melihat apa yang dilakukan oleh Katherine. Bagi mereka terlampau senang untuk menenangkan jejaka itu. Dan rahsianya hanya perlukan Katherine Aurora disisinya.

Tubuh jejaka itu dipeluk erat. Dapat rasakan rasa menggigil seluruh tubuh Qashah. Rambut coklat pekat itu dielus lembut. Katherine memeluk erat tubuh tegap Qashah. Dan akhirnya semua menjadi tenang.

OG | Katherine : My Beloved HusbandWhere stories live. Discover now