"IT'S okay, calm down. Kate ada ni. Kenapa mengamuk ni? Kate keluar sekejap je." Ujarnya dengan penuh lembut. Walaupun tercungap-cungap.
Penat. Tadi dihospital ada seorang pesakit memberontak. Lepastu ugut mereka untuk cuba membunuh diri dan apabila lelaki itu tenang sahaja dia mendapat call bahawa dirumah pula.
Rambut coklat lelaki itu dielus perlahan. Dapat di merasakan nafas hangat lelaki itu.
K-Kate gi ane" Tanya Louis.
"Kate pergi kerja sekejap. Tak lama pun Louis. Kenapa ni? Cuba bagitahu Kate. Louis kenapa?"
"Ta-takut. Di-dia nak pukul Louis." Jari telunjuknya menunjuk ke arah Zach Farhan.
Zach tergamam. Ah sudah dia bukannya nak pukul. Dia cuba nak menenangkan saje.
"Louis.. Dia family Kate. Dia takkan pukul Louis. Dia sayangkan Louis as a family."
"L-Louis takut. Kate dah janji takkan tinggalkan Louis. Louis taknak hilang Kate. Louis takut..."
Perlu ke aku beritahu dia Ya Allah? Aku takut jika dia benci aku. Aku sayangkan dia Ya Allah.
"Louis, Kate nak bercakap dengan Qash boleh?" Kata Katherine. Louis mengangguk sebaik sahaja lama dia berdiam akhirnya dia membuka mulut.
"Qash?"
"Ya?"
"Listen here baby boy. As long you with me nobody can't hurt you. And i promise you that i won't leave you by yourself."
"Promise?"
"I promise little star" Dia mempamerkan senyuman manis kepada lelaki itu.
"Kejap, ni dah mandi ke belum? Nampak macam belum mandi je? Dengan rambut serabai. Baik Qash mengaku. Qash dah mandi ke belun?" Qashash menggeleng.
Oupss, Dia lupa nak mandi.
"Haish dia ni. Dah sekarang pergi mandi. Jangan mengamuk dah. Kate ada." Katanya dengan tangan masih lincah mengelus rambut jejaka itu.
"Kate jom mandi." Selamba badak dia je ajak macamtu.
"Ya Allah dia ni. Kate ni perempuan la. Mana boleh mandi dengan lelaki. Ishh la dia ni. Dah pergi mandi. Kate tunggu dekat luar. Lepastu nanti Qash dah mandi dah pakai baju minyak wangi semua. Nanti Qash panggil Kate. Biar Kate sikatkan rambut Qash okay?" Qashah mengangguk. Dia bangkit dan terus berlari ke arah bilik air seperti kebudak-budakan.
"Be careful Qash. Ishh dia ni. Ni abang Zach. Tuala." Zach Farhan mengangguk. Tuala ditangan Katherine diambil. Katherine keluar dari bilik tetamu itu.
Pintu ditutup dari luar.
"So how? Kau nak teruskan ke atau batalkan?" Soal Farah Zahra kepada sepupunya.
"Apa yang terus batal ni? Aku tak faham."
"Ya allah kau ni. Kate, kau ni lupa ke? Kau ni tunang orang Kate!" Kate tergamam. Macam mana dia boleh lupa tentang hal itu?
"A-aku.."
"Fikir balik Kate. Jangan buat keputusan melulu. What about Qashah kalau dia dapat tahu yang tak lama lagi kau akan berkahwin? Dan bukan dia orang tu. Tetapi orang lain. Kau sendiri dah janji dengan dia. Kau janji takkan tinggalkan dia. Habis kalau kau kahwin dengan Doktor Khan what about Qashah? Aku tengok Qashah tu telampau suka dekat kau. Cuba la kau tengok dia sekarang ni. Mengamuk tak tentu pasal cari kau. Dari dia aku nampak yang dia betul-betul sayangkan kau Kate. Aku tahu yang kau pun suka kan dia kan? Just tell him the true before he know everything. Look, aku bukan nak paksa kau putuskan hubungan kau dengan Khan. Keputusan semua dekat tangan kau Kate. Dan apa saja keputusan kau aku sokong. But.. Satu je aku minta. Jangan buat keputusan melulu." Nasihat Farah walaupun ada terselit sedikit bebelnya.
Katherine hanya diam. Dia langsung tidak memberi respon. Hatinya berbelah bahagi. Dia sayangkan Khan. Tapi at the same time dia sayang dan cintakan Qashah. Pesakitnya sendiri.
YOU ARE READING
OG | Katherine : My Beloved Husband
Romantik𝔎𝔫𝔬𝔴𝔫 𝔞𝔰 𝔥𝔢𝔯 𝔩𝔦𝔱𝔱𝔩𝔢 𝔩𝔬𝔳𝔢 Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama 𝐐𝐚𝐬𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐧𝐝𝐫𝐞 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬. Seorang jejaka yang dahulunya hapy go lucky tetapi sekarang hidupnya berubah menjadi kesengsaraan. Dipukul, dimaki, dicaci, d...