15 | 𝑸𝑨𝑺𝑯𝑨𝑯𝑲𝑨𝑻𝑯𝑬𝑹𝑰𝑵𝑬

137 17 0
                                    

RAMBUT lelaki itu diselak sedikit ke belakang telinga. Kemudian dia memandang raut wajah lelaki itu.

"Qash are you okay?" Tanya Katherine. Dahi dikerut.

"Okay, kenapa?" Katherine menggeleng.

"Takdelah Kate tengok Qash asyik diam je dari tadi. Dari dalam kereta lagi Qash diam je. Cuba bagitahu Kate. Qash masih fikir pasal tadi ke?"

Qashah mengangkat bahu bagi soalan yang dituju.

"Entah la. Qash tak tahu nak cakap macam mana. Qash sayang dia orang tapi dia orang? Qash tak suka sakit kan perempuan lagi-lagi mama Qash. Tapi Qash terpaksa. Qash masih takut dengan kisah dulu. Benda tu menghantui hidup Qash sampai sekarang." Terang Qashah. Laut biru menjadi tatapan untuk memandang. Kini mereka berada di pantai Port Dickson.

"Kate tahu bukan mudah untuk lupakan. Kalau Qash nak tahu Kate nampak je happy dekat luar tapi dekat dalam? Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kate dulu kan selalu mengalah. Kate rasa hidup ni dah tak bermakna lagi. Lagi-lagi lepas Kate hilang orang yang paling Kate sayang. Arwah mama Kate. Dia meninggal depan mata Kate." Kata Katherine dengan senyuman pahit.

Menggenangkan kisah dahulu.

"Boleh Qash tahu arwah mama Kate meninggal sebab apa? And nama arwah mama Kate apa? Sorry kalau soalan tu terlampau sakit bagi Kate. But it's okay kalau Kate rasa tu sangat private. Qash taknak push Kate." Soal Qash berhati-hati.

Tidak mahu melukai hati wanita itu.

Hidung Katherine sudah kemerahan. Matanya berkaca.

"It's okay. Arwah mama meninggal sebab kena langgar. Dia kena langgar depan mata Kate. Masatu umur Kate baru 4 tahun. Dan disebabkan kemalangan tu la Kate selalu salah kan diri Kate. Kalau lah Kate tak lepaskan tangan mama mungkin semua ni tak akan terjadi. Tapi Kate degil juga nak pergi pantai..."

"Kate lepaskan tangan mama lepastu Kate lari. Kate tak perasan ada kereta. Lepastu mama perasan mama terus tolak Kate. Tapi mama pula yang kena langgar. Darah yang keluar buat Kate takut. Takut jika Kate kehilangan mama. Tak lama selepas tu mama koma. Tapi tak lama pun. Dia meninggal 1 minggu lepas kejadian itu. Kate rasa bersalah sangat. Daddy yang membesarkan Kate. Walaupun Kate membesar tanpa mama. Tapi Kate ada Daddy. Dia la yang selalu ada dengan Kate" Sambung Katherine panjang lebar. Matanya yang berkaca turut mengalir ke pipi.

Kenapa takdirnya tidak seindah orang lain? Mereka sama-sama rasa menderita. Perit.

"Kate, i'm sorry. Qa-Qash tak bermaksud pun nak buat Kate menangis. Qash minta maaf." Qashah gelabah. Katherine hanya menggeleng dan tersenyum tawar.

Dia pantas menyeka air matanya. Tidak mahu menampak lemah dihapan 𝑄𝑎𝑠ℎ𝑎ℎ 𝐴𝑛𝑑𝑟𝑒 𝐿𝑜𝑢𝑖𝑠.

"You know what? Kate la orang pertama yang Qash nampak kuat menghadapi ujian. Kate masih lagi tersenyum walaupun dalam kesedihan. Kate nak cover kesedihan Kate. Mungkin Kate boleh cover kesedihan depan orang lain. Tetapi bukan dengan Qash. Qash kan ada dengan Kate. Look at me baby. No metter what, life must go on. No metter how sad you were, you still can be happy. You have me. Am i like a bestfriend to you?" Kening sebelah diangkat dihujung ayat.

Katherine menggeleng.

"No. You not my bestfriend. But you are My love, my soul and my heart. I love you Qashah Andre louis." Kata Katherine. Mata mereka bertembung lama.

"You just kidding right? Come on Kate. Qash ni apa je yang ada? Bodoh. Tak handsome pulak tu. Gila. Banyak lagi lelaki dekat luar sana tu yang Kate boleh sayang." Kata Qashah. Tangannya menggengam dihujung sudut suitnya.

"No. It's not. Kate cakap benda yang betul. Kate sayang dan cintakan Qash. Kate nak kahwin dengan Qash." Qashah tergamam.

Maafkan aku Kate. Aku tak layak untuk kau Katherine Aurora. I'm not enough for you.

"Please Qash? Kate cintakan Qash. Dan Kate janji Kate takkan tinggalkan Qash. Will you marry me Qashah Andre Louis?"

OG | Katherine : My Beloved HusbandWhere stories live. Discover now