18 | 𝑸𝑨𝑺𝑯𝑨𝑯𝑲𝑨𝑻𝑯𝑬𝑹𝑰𝑵𝑬

116 16 0
                                    

PAGI menjelma, Tengku Qaylin menyediakan sarapan pagi. Dan sesekali itu dia termenung.

"Ma are you okay?" Suara seseorang menyentakkan Tengku Qaylin dari termenung.

"Mama okay sayang." Balas Tengku Qaylin acuh tak acuh.

"Betul ke?" Tengku Qaylin mengangguk.

"By the way ma, It's time. It's time to tell me the truth. Kenapa mama benci sangat dengan abang Qashah? Apa salah yang dia buat sehinggakan mama sanggup lakukan benda ni?"

"Mama tak pernah benci abang kamu. Cuma mama buat demi kebaikan dia!"

"Bullshit! Mama tipu! Mama tak rasa sakit yang abang Qash tanggung."

"Kamu ni kenapa Qasha? Dah lah pergi naik atas teman suami. Kan baru hari pertama." Tengku Qaylin menukar topik.

Malas mahu bertengkar dengan anak perempuannya itu.

"Ma cuba mama tengok jam tu dah pukul berapa. Dah subuh dah ma. Is pun baru sambung tidur lepas solat subuh tadi dengan Qasha. Tu yang lepas solat Qasha turun sebab dahaga. Yang mama ni termenung je dari tadi Qasha tengok. Mama fikirkan abang Qashah ke?" Kata Qasha. Air kosong dituang ke dalam gelas kaca itu.

"Nothing. Kan mama dah cakap takde apa-apa." Nafi Tengku Qaylin. Qasha melabuhkan punggunya di atas kerusi berhadapan Tengku Qaylin.

"Ma look. Mama masih benci abang Qashah? Kenapa ma sanggup pukul abang Qashah dulu? Salahkah dia? Dia cuba buat yang terbaik dan cuba lawan skizofrenia dia." Pujuk Qasha untuk tahu kebenaran.

"Ya Allah kan mama dah cakap tadi. Mama tak benci abang kamu!"

"Habis tu kenapa mama sanggup hantar abang Qashah dekat rumah sakit jiwa?!"

"Tak Qasha. Apa yang Qasha lihat tu semua salah! Sebenarnya mama hantar abang kamu ke rumah pakcik kamu. Waktu Qasha pergi hospital sakit mental tu, tu abang kamu baru je masuk situ sebab pakcik kamu yang buat! Apa yang tak faham lagi?" Marah Tengku Qaylin. Suara cuba dikawal supaya tidak membuat bising.

Qasha tersenyum sinis.

"Are you sure mama? You know what mama. Before Qasha dengan Is kahwin. Qasha ajak Is pergi rumah pakcik Ikwan. Lepastu pakcik cakap abang Qasha tak pernah langsung balik situ. Nak tipu pun lain kali pakai otak. Qasha taknak kurang ajar. Tapi mama dah hancurkan hati anak mama sendiri. Ma please. Kalau abang dihantar ke rumah pakcik. Kenapa abang takde dekat sana masa Qasha pergi sana? And macam mana abang boleh kenal dengan kakak Aurora? I mean Doctor Kate. Katherine Aurora. Doctor psikiatri. Mama dengan papa ada sorokkan sesuatukan dari Qasha? Tell me mama." Tengku Qaylin terkaku mendengar anak perempuannya berbicara. Walaupun Qasha dah tahu bahawa abangnya bukan dihantar ke rumah pakcik Ikwan sebaliknya dihantar ke rumah sakit jiwa.

Dia sudah tahu!

"Ma--"

"Sudah la! Kalau Qasha nak tahu. Ye memang mama dengan papa tak hantar pun abang kamu dekat rumah pakcik kamu. Kita orang hantar dia dekat hospital sakit mental!" Qasha tergamam. Sampai macamtu sekali abangnya dibuat sedemikian.

"Sampai hati mama! Apa salah abang dekat mata semua? Selama ni Qasha ditipu la kan? Qasha bodoh. Bodoh sebab percayakan kata-kata mama!" Marah Qasya pula.

Selama ni dia cari abangnya sampaikan pergi ke rumah pakciknya di England.

"Dah la Qasha! Mama, papa dengan abang Andrew kamu tu hantar dia sebab dia berpenyakit!" Mendatar suara Tengku Qaylin.

"Abang Qashah tak sakit ma!"

"Dia sakit Qasha! Dia ada penyakit DID!"

Dang!

Seakan panah petir menyambar dirinya. Disebabkan penyakit DID tu je dia dihantar ke sana? Jijik sangatkah dia jika berpenyakit seperti itu?

"How could you! Disebabkan dia berpenyakit mama dengan yang lain hantar dia pergi sana? How could you ma! You guys are so fake!" Balas Qasha dengan nada mendatar.

Dia berlari naik ke atas meninggalkan Tengku Qaylin yang sudah dibanjiri air mata..

Ya allah berdosanya dia membuat sebegitu kepada anak lelakinya.

Dia nak anak dia balik. Tidak kisah orang nak kata apa pun yang penting dia dapat anak lelakinya kembali.

"Aku benci korang! Sampai hati korang buat macamtu. Qasha nak abang. Abang balik la. Qasha nak abang. Mama dengan yang lain penipu! Qasha benci dia orang!" Marah Qasha di dalam bilik air miliknya.

"Penipu! Korang semua memang penipu! Aku benci korang." Kata Qasha dalam esakan.

Jijik sangatkah abangnya sampai dibuat macamtu? Apa salah abangnya?

Abang balik la. Qasha nak abang. Dah lama kita terpisah. Qasha rindu nak main dengan abang. Qasha rindu nak main dengan rambut panjang abang. Tapi sekarang semuanya dah berubah. Abang dah takkan kembali dekat rumah ni. Rambut abang dah pendek. Dah takde dah rambut panjang abang ataa bahu tu. I miss you so much abang. Katanya di dalam hati.

Kasih sayang adik buat abangnya.

OG | Katherine : My Beloved HusbandWhere stories live. Discover now