31 | 𝑸𝑨𝑺𝑯𝑨𝑯𝑲𝑨𝑻𝑯𝑬𝑹𝑰𝑵𝑬

129 15 0
                                    

"A-ABANG?"

Benarkan apa yang dilihatnya ini sekarang? Lelaki yang berbaju hoodie hitam dan berseluar jeans hitam itu adalah suaminya? Qashah Andre Louis.

"Hey sayang." Air mata gadis itu akhirnya jatuh lagi sekali.

Dia melangkah ke arah isterinya yang berada di atas katil wad itu. Tubuh kecil itu dirangkul erat. Katherine membalas pelukan suaminya. Rindu. Sangat rindu.

"A-abang.." Sapa Katherine bersama tangisan.

"Shh… abang ada. I'm here with you right babygirl? Stop crying. Abang ada depan sayang ni. Jangan la nangis. Abang tak suka la." Dikesat air mata dengan ibu jarinya. Dia menahan sebak.

"Kate ingat abang--"

"Ye sayang. Abang datang sekejap je. Thanks to uncle Zaquan dengan Zach sebab bagi abang jumpa sayang. Don't be sad. I'm here with you." Katherine menggeleng. Dia mengeratkan lagi pelukan.

"Stay sini dengan Kate. Kate nak abang." Bantah Katherine.

"Tak sayang. Abang tak boleh stay sini dengan sayang. Abang just--" ujarnya tahan sebak.

"Taknak! K-Kate nak abang. Hisk, hisk. Kate da-dah lama tak jumpa abang. Jangan la hisk pergi. Kate nak abang. Kate perlukan abang. Please don't leave me with our baby." Ujarnya nafas tercungap-cungap. Dia mahukan lelaki itu berada disampingnya. Tapi kenapa dia kena berjauhan dari lelaki itu.

Lekaki itu suaminya.

Qashah Andre Louis segala-galanya.

Qashah Andre Louis little starnya.

Tapi sanggup keluarga mertua membuatnya menderita.

"Sayang, abang ada beli ni untuk sayang dengan baby." Qashah terpaksa menukar topik. Dia tidak mahu isterinya kembali sedih. Senyuman itu adalah senyuman pahit tetapi dia harus tetap senyum.

Baju baby dan bunga yang baru dibelinya tadi dihadiahkan kepada isterinya.

"B-bunga?" Kata Katherine. Dia meyeka air mata.

"Yup. Abang beli bunga sebab sayangkan suka bunga. And baju baby for our little princess." Ujar Qashah. Sekilas pun dia tidak memandang keluarganya disitu.

Zach menghampiri unclenya dan mendakap tubuh kecil itu. Mahu sahaja dia mengomol pipi pau itu.

"Qash. Anak kau." Diserahkan Raline kepada Qashah.

Qashah tersenyum bahagia sebelum mengucup dahi anak perempuannya. Dia seakan tidak percaya yang dia tengah mendakap anaknya.

"Assalamualaikum sayang daddy." Sapanya kemudian mencium dahi anaknya.

Air mata jantannya akhirnya mengalir jua. Katherine mengukir senyuman.

"You are so cute. Raline Hope Qayson my little bunny." Diusap-usap pipi gebu kemerahan Raline.

"Thanks sayang." Dia mengucup sekilas dahi Katherine.

"Umm what about kalau kita semua pergi luar dulu. Kita biarkan dia orang." Kata Zach. Semua disitu turut mengangguk.

"Kate aku dengan yang lain pergi luar tau." Katherine hanya mengangguk.

Mereka semua keluar dari bilik wad itu. Qashah langsung tidak memandang wajah kedua-dua ibu bapanya. Dia hanya sempat memandang wajah Qasha.

Qashah bangkit kembali dan duduk bersandar disebelah isterinya. Dia melentokkan kepalanya di bahu Katherine.

"Sayang, terima kasih sebab sanggup bertarung nyawa melahirkan anak kita. Abang tak tahu nak balas jasa sayang macam mana. Abang dapat belikan sayang bunga dengan baju baby je tadi sebab abang nak cepat kesini. Terima kasih sayang. I love you so much." Katherine tersenyum manis. Tangannya mengenggam sebelah tangan suaminya. Satu lagi tangan suaminya memegang baby.

"I love you so much abang. Abang datang sini pun Kate dah bersyukur sangat sebab abang datang. Walaupun nanti Kate berpantang tanpa abang, hari-hari Kate boleh berkomunikasi dengan abang. Kate boleh call uncle takpun Farah ke. Lepastu nanti bila kita call Kate boleh tunjuk baby buat apa." Qashah hanya mampu tergelak kecil. Sudah hilang rasa sebaknya tadi.

"Sayang nak tahu sesuatu tak?"

"Apa dia?"

"Disebabkan abang nak keluar dari situ abang selalu ingat pesan sayang. Selalu makan ubat bila doctor suruh makan ubat. Walaupun abang kadang-kadang tak dapat kawal dari memberontak. Suara-suara tu buatkan abang memberontak sayang. Tapi Zach ada. Alhamdulillah kadang-kadang Abang rasa tenang bila dia ada sebab abang kenal dia. Kalau tak abang asyik nak sayang je yang tenangkan abang." Beritahu Qashah seakan kebudak-budakkan.

Katherine sudah tergelak.

Ya Allah macam mana la keadaan suaminya disana semasa dia tidak lagi bekerja disitu?

"Alright abang. I love you"

"love you too and love our baby too." Pipi gebu Raline dicium bertalu-talu bagi melepaskan rindu.

OG | Katherine : My Beloved HusbandWhere stories live. Discover now