LANGIT malam dilihat bagi melepaskan rindunya terhadap isteri kesayangan. Sudah beberapa tahun dia tidak jumpa akan isterinya.
Qashah seakan menyesal. Jika dia tidak ke sana mungkin dia tidak akan kembali ke sini. Tempat yang dibencinya. Hospital Sakit Jiwa.
"I miss you Kate." gumam Qashah.
"I can't sleep without you abang." Ujar Katherine.
Lagit malam dan bintang-bintang kecil dilihat luar balkoni. Dia duduk dikerusi yang sudah tersedia di luar itu.
Apa la yang suaminya sedang buat sekarang. Tidur?
"I miss him Ya Allah." Ujar Katherine seraya itu menggosok perutnya yang sudah mula menampakkan bentuk sedikit.
"Jagakan dia untukku." Kata Qashah.
Masing-masing sukar untuk tidur. Masing-masing juga rindu akan satu sama lain.
꧁༺༻꧂
Keesokan hari, Tengku Qaylin mengambil keputusan untuk ke rumah anak lelakinya. Location yang dihantar oleh Katherine di dalam telefon milik Qasha diseen. Dan location itu diforward ke telefon Qasyah.
Sampai sahaja diperkarangan rumah milik Qashah. Tengku Qaylin dan Qasyah keluar dari perut kereta tersebut. Pintu diketuk.
"Mama?" Sapa Katherine.
"Katherine." Balas Tengku Qaylin dengan tersenyum manis.
"Mama apa khabar?" Katherine menyalam tangan mak mertuanya itu.
"Alhamdulillah. Mama baik je. Katherine? Dengan baby?" Katherine mengangguk
"Alhamdulillah Kate okay. Baby pun okay. Eh jemput la masuk." Pelawa Katherine. Tengku Qaylin dan Qasyah menapak ke dalam.
"Mama jemput la duduk dulu. Kate pergi buat air."
"Eh tak payah la. Susah susahkan je. Katherine tu tengah mengandung." Bantah Tengku Qaylin. Mereka duduk disofa ruang tamu itu.
"Ala apa yang susahnya? Duduk kejap eh Kate pergi buat air." Tengku Qaylin mengangguk. Katherine ke dapur.
"Mama kita buat apa dekat sini?" Bisik Qasyah di telinga Tengku Qaylin.
"Mama ada benda sikit nak cakap dengan Katherine." Balas Tengku Qaylin. Qasyah hanya mengangguk.
"Papa macam mana mama? Okay?" Tanya Katherine yang baru sahaja tiba disitu.
Teh dituangkan ke dalam cawan kaca itu.
"Papa? Alhamdulillah papa okay. Ni Katherine. Dah berapa bulan kandungan tu?"
"Baru masuk 8 bulan ma. By the way tak payah la panggil Katherine. Panggil je Kate ma." Tengku Qaylin mengangguk. Cepat je masa berlalu.
"Umm ye la."
"Mama Kate minta maaf sebab tak dapat jenguk Qasha kat hospital haritu. Macam mana dia dengan baby, okay?"
"Qasha? Alhamdulillah dia okay. Baby pun okay. Sekarang ni dia tengah berpantang tu dekat rumah. Nak ajak dia kesini. Tapi ye la orang tengah berpantang kan? Kena banyak rihat. Nasib si Iskandar tu dapat cuti. Kalau tak dapat tak tahu la macam mana." Katherine tertawa kecil.
"Tak silap Kate, Iskandar pilot kan ma?"
"Haah Iskandar pilot. Kena pergi sana sini la. Tu yang susah tu dia nak ambil cuti. Tapi bagus la sebab dia ada dengan Qasha masa Qasha perlukan dia." Katherine tergamam. Alangkah indahnya jika Qashah pun ada disisinya.
"Kate mama nak tanya Kate boleh? Selama ni Kate ada ke mengidam apa-apa?" Katherine tersenyum lalu mengangguk.
"Mesti la ada mama. Kadang-kadang Kate pergi beli apa yang Kate mengidam tak pun mintak tolong dari keluarga Kate. Ye la Qashah kan takde. So Kate dah biasa buat semua sendiri" Riak wajah Tengku Qaylin berubah. Rasa bersalah pula kerana buat sebegitu.
"Kate ada sakit dekat mana-mana ke? Dan kenapa Kate tak duduk je dekat rumah keluarga Kate?" Soal Qasyah dengan kening sebelah diangkat. Katherine memandang wajah kembar suaminya.
Ya Allah adakah ini hanya kebetulan sahaja? Suara dia. Wajah dia. Sama macam Qashah.
"Sakit tu ada la. Tapi nak buat macam mana? Kate terpaksa la urut sendiri. Lagipun Kate taknak duduk dekat rumah family Kate. Kate taknak duduk jauh dari rumah ni. Rumah ni dah banyak kenangan Kate dengan Qash. So Kate taknak." Katherine tersenyum pasrah.
"Ma can you leave us alone?" Qasyah memberi isyarat. Tengku Qaylin mengangguk.
"Mama pergi dapur kejap."
YOU ARE READING
OG | Katherine : My Beloved Husband
Romans𝔎𝔫𝔬𝔴𝔫 𝔞𝔰 𝔥𝔢𝔯 𝔩𝔦𝔱𝔱𝔩𝔢 𝔩𝔬𝔳𝔢 Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama 𝐐𝐚𝐬𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐧𝐝𝐫𝐞 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬. Seorang jejaka yang dahulunya hapy go lucky tetapi sekarang hidupnya berubah menjadi kesengsaraan. Dipukul, dimaki, dicaci, d...