21 | 𝑸𝑨𝑺𝑯𝑨𝑯𝑲𝑨𝑻𝑯𝑬𝑹𝑰𝑵𝑬

115 16 0
                                    

"GOOD morning Germany!" Jerit Katherine. Lama dia takdatang ke German untuk bercuti berseorangan. Namun kini dia bukan berseorangan malah berdua.

"Good morning darling." Terhinjut kedua-dua belah bahu Katherine apabila disapa dengan suara garau dari arah belakang.

Tangan Qashah naik melingkar dipinggang Katherine.

"Ishh abang ni terkejut Kate. Nasib phone ni tak jatuh tau." Qashah tersengih disebalik wajahnya yang menyorok dibelakang leher isterinya.

"Sorry. What are you doing?" Tanya Qashah dengan senyuman di pagi hari.

"Nothing, just duduk dekat sini. Ambil angin pagi. Now Kate nak tanya abang pula. Abang dah makan ubat belum?" Soal Katherine pula.

"Sayang masih ingat abang sakit ke?" Senyuman mula pudar dari bibir jejaka itu. Katherine terus memusingkan tubuhnya menghadap Qashah.

"No. No. I mean abang kan kena makan ubat. Kata nak sembuh" Pujuk Katherine.

"Andre tak sakit. Andre tak gila la!" Suaranya mula mendatar.

Katherine tergamam. Dia cuma tanya je.

"I know but i'm just ask you. That's all." Kata Katherine.

"I'm sorry. I'm sorry i can't." Tangan turun dari melingkar pinggang isterinya.

"What?" Kening sebelah diangkat. Katherine mengejar langkah suaminya ke dalam.

"I can't. I'm not perfect for you. Abang tak sempurna untuk Kate. Kate tak patut kahwin dengan abang. Abang tak sempurna. Lama-lama nanti abang akan masuk juga dalam hospital tu balik." Kata Qashah dibirai katil. Katherine melutut dihadapan Qashah.

Tangannya diraih. "Tapi Abang sempurna dekat mata Kate. Kate taknak abang masuk situ lagi. Sebab tu Kate tanya abang dah makan ubat belum? Kate sanggup berhenti kerja untuk jaga abang. Dari awal sampai la akhir. Sebelum kita kahwin Kate dah berhenti kerja. Kate cakap dekat uncle yang Kate taknak kerja dah. Walaupun berat untuk tinggalkan pekerjaan tu tapi Kate tak kisah yang penting abang ada. Tu je abang." Ujar Katherine bersama air mata bertakung.

"You think i'm perfect?" Katherine mengangguk.

"You are perfect abang." Sapa Katherine tersenyum manis.

"But why? Kenapa Kate berhenti kerja? Bukan kah Kate suka tolong orang? Maksud abang. Kate suka dengan pekerjaan Kate?" Qashah mengangkat kening sebelahnya bagi mengajukan soalan.

"You know, Kate buat semua benda ni untuk abang. Untuk kita...."

Flashback
12:35

"You are the best doctor ever Kate. But kalau itu yang Kate nak.. Baiklah uncle terima." Kata Zaquan Idris.

"Terima kasih uncle. Kate buat semua ni untuk Qash. Kate sayang dia. Jadi senang la lepasni. Setiap hari Kate boleh awasi Qash. Takdelah dia nak mengamuk kalau Kate pergi kerja kan?" Zaquan mengangguk betul.

"Betul tu. Apa pun kalau Kate nak kembali bekerja, Sangat dialu-alukan. Uncle faham situasi Kate. Kalau Kate pergi kerja mengamuk pula dia nanti. Tapi kalau Kate duduk rumah jaga dia. Mungkin boleh kurang kan dia dari ingat kisah-kisah dahulu. Senang cerita Kate ni doctor private untuk dia. Bekerja dari rumah sahaja. Lagi-lagi nanti. Lepas kahwin. Jaga dia sampai dia betul-betul sembuh." Terang Zaquan Idris.

"Alright uncle. Terima kasih sebab faham Kate. Sayang Uncle." Balas Katherine. Senyuman dibalas senyuman.

"Sayang Kate juga. Eh uncle masuk kerja dulu. Dah lambat."

"Ouu okay-okay. Sorry ganggu uncle."

"It's okay princess." Kata Zaquan.

End of Flashback

"So macamtu la cerita dia. Jadi disebabkan tu la Kate nak abang makan ubat. Kate nak abang cuba kawal. Jangan memberontak. Abang ingat lagi tak before kita kahwin? Setiap malam abang selalu memberontak. Abang pukul kepala abang sendiri. Abang cuba buat kerja gila. And Kate selalu cuba tenangkan abang. Lepas Kate bagi abang makan ubat. Abang jadi tenang. Betul tak?" Qashah mengangguk. Betul apa yang dikatakan isterinya. Jika tidak malam-malam dia akan memberontak.

"So Abang dah makan ubat ke belum?" Soal Katherine balik. Qashah menggeleng. Mulutnya seakan terkunci.

"Okay kejap Kate ambil ubat." Katherine bangkit dan bergegas kemeja solek.

Dia mengambil ubat dan air mineral.

"Nah makan ubat." Kate menyerahkan ubat dan air kosong kepada Qashah.

Qashah seakan ragu-ragu untuk makan. Tetapi dia nak sembuh. Dia taknak dimasukkan kembali ke hospital sakit mental itu.

OG | Katherine : My Beloved HusbandWhere stories live. Discover now