12 | 𝑸𝑨𝑺𝑯𝑨𝑯𝑲𝑨𝑻𝑯𝑬𝑹𝑰𝑵𝑬

124 18 0
                                    

"SAYANG are you okay?" Bisik Iskandar pada Qasha yang seakan termenung itu.

"O-okay." Qasha hanya berkata itu.

"Dia datang ke?" Tanya Iskandar. Seraya itu mengukir senyuman pada tetamu-tetamu yang hadir.

"Entah la. I tak tahu. I tak rasa yang dia akan datang. Ye la lepas apa yang jadi dulu. But trust me I need him with me." Ujar Qasha perlahan tetapi cukup didengari oleh Iskandar. Dia memandang Qasha disebelahnya.

Mahu je dia mengesat air mata wanita itu tetapi dia malu kerana semua tetamu-tetamu memandang mereka.

"I know. It's okay you have me. Mungkin dia busy. Ala jangan risau nanti dia mesti datang." Qasha hanya mengangguk. Dia harus kuat.

Dia berharap sangat akan abangnya datang pada saat dia bahagia.

Iskandar kembali menghadap tetamu-tetamu. Dan tidak semena-semena matanya tertacap pada dua orang yang berada di pintu masuk dewan hotel itu. Dia terukir senyuman.

"He's here." bisik Iskandar disebelah telinga Qasha. Qasha mengangkat wajahnya memandang Iskandar.

Iskandar kembali memandang pintu masuk dewan itu. Qasha juga turut menoleh ke arah pintu dewan hotel itu.

"A-abang?" Qasha bangkit. Iskandar hanya membiarkan. Dia tahu wanita kesayangannya rindu terhadap abang kandungnya.

Mereka semua terut memandang Qasha yang turun dari tangga pelamin itu.

Dia mendekati pintu dewan. Perlahan. Seakan tidak kuat untuk terus ke pintu itu.

Qashah menghampiri adik perempuannya yang sudah terhenti di tengah-tengah dewan hotel itu. Mata mereka semua tertacap pada sosok seorang lelaki bersuit hitam.

"Do you miss me?" Soal Qashah dengan senyuman manis

"A-abang. Abang!" Tubuh Qashah segera dipeluk erat. Leher lelaki itu dilingkari dengan tangan Qasha.

"A-Andre?" Serentak mereka bertiga.

Semua disitu terkejut melihat si pengantin perempuan memeluk lelaki yang entah siapa itu.

Katherine tersenyum. Baru sekarang si jejaka itu berani untuk menunjukkan mukanya kepada ahli keluarganya setelah beberapa tahun menghilangkan diri.

"Qa-Qasha rindu abang. Qasha ingatkan a-abang tak datang." Ujar Qasha dalam pelukan seorang abang. Qashah mengosok perlahan berlakang tubuh adiknya bagi meredakan tangisan.

"Shh don't cry. Abang kan ada dengan Qasha sekarang ni. Tak nak la nangi-nangis dah. Tak cantik adik abang ni kalau nangis. Stop crying now my Little Princess." Qasha tergelak kecil. Lama tak dengar panggilan itu.

Ibu jari Qashah naik menyeka air  mata adik perempuannya. Iskandar turun dari pelamin dan menghampiri Qasha.

"Abang datang sini bawak Kakak tak?" Qashah mengangguk bagi pertanyaan adik perempuannya.

Qashah menoleh ke arah belakang. Dia memberi isyarat kepada Katherine. Katherine faham dan dihampirinya Qashah.

"Kakak Aurora!" Qasha pantas memeluk Katherine yang berbaju kurung moden bewarna hitam itu.

"Ya Allah Qasha. Habis kedut nanti baju Qasha tu." Qasha tergelak kecil. Tidak hiraukan semua yang memandang mereka.

"Kak Aurora cantik la. Cemburu Qasha."

"Ala buat apa nak cemburu? Qasha tu pun apa kurangnya? Cantik. Orang kata macam bidadari." Ujar Katherine bersama senyuman manis.

"Ishh kakak ni malu Qasha" Katherine sudah tergelak kecil. Serupa betul muka dia dengan Qashah. Qashah versi perempuan.

"A-Andre?" Panggil Tengku Qaylin. Mereka menghampiri Qashah.

Qashah melangkah setapak kebelakang tetapi dihalang oleh Katherine.

Dia tahu Qashah cuba mengelak.

"Andre. Mama rindu Andre." Tengku Qaylin memeluk anak lelakinya secara mengejut. Qashah langsung tidak membalas pelukan itu.

Malah dia meleraikan pelukan itu.

"I'm not Andre." Kata Qashah dengan mata terpejam.

Tengku Qaylin seakan tergamam dengan tindakan anak lelakinya.

"Andre. Mama rindu Andre. Jangan la buat mama macam ni. Mama rindu nak peluk anak mama." Kata Tengku Qaylin. Air mata sudah mengalir.

"Aku bukan anak kau lagi." Ujar Qashah. Tengku Qaylin terkaku.
Sampai macamni sekali kah layanan anaknya kepadanya?

"I'm not your son anymore, Tengku Qaylin. Remember that."

OG | Katherine : My Beloved HusbandWhere stories live. Discover now