Welcome to Dunia Melah

47 0 0
                                    

BAB 1

RAMBUTNYA yang panjang mengurai disisir dengan jari-jemarinya yang berkuku panjang. Sesekali rambutnya tersekat di skala tiga. Di sisirnya lagi dengan jari untuk menguruskan kekusutan di kepala, dia jadi geram!

            “Cipon! Tolonglah aku ni. Dari tadi kau asyik tengok aku je sikat rambut.” Omel Melah.

            Hampir satu jam juga dia cuba leraikan kekusutan itu namun kelihatannya, makin bersimpul rambutnya.

            “Alahai kau ni Melah. Nak aku kata bongok nanti kau marahkan aku. Aku ni mana boleh guna tangan aku. Kau tak nampak ke kain ni ikat aku macam mana.”

            Cipon berdiri menghadap Melah. Menunjukan tubuhnya yang terikat dengan kain putih dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

            “Alah, tolonglah aku Cipon. Guna mulut kau pun tak apalah. Sakit sangat dah kepala aku ni hah. Rambut aku tak boleh lerai.” Melah masih tidak putus asa memaksa sahabatnya membantu.

            “Kalau bukan kau yang tolong, siapa lagi nak tolong aku..” dengan nada yang sedih Melah berkata.

            Cipon memandang Melah. Tercuit juga hatinya untuk membantu. Tetapi apa yang dia boleh lakukan dengan keadaan dia sekarang?

            “Hm, yelah. Tapi apa aku kena buat untuk tolong kau Melah? Aku tak boleh guna tangan aku untuk bantu tapi aku boleh guna otak aku walaupun aku tak berapa nak cerdik.”            Tangan Melah berhenti menyisir rambut. Mendengarkan kata-kata Cipon bukan membuatkan dirinya gembira tapi makin merasa sebal.

            Melah terbang dari dahan pokok ara turun ke bawah bersama Cipon. Dengan mata yang merah saga mulut berbau dia bersuara.

            “Kalau tangan ku tak boleh guna kau cakap, otak kau masih boleh berfungsi kan?” Cipon angguk beberapa kali dengan toncet atas kepala.

            “Jadi kau gunalah otak kau tu untuk fikir macam mana nak tolong aku!”

            Sempat Melah mengilai ketawa. Marahnya bila Cipon tidak dapat tangkap kata-katanya.

            Cipon masih tenang. Tidak sedikit pun dia takut dengan Melah yang sengaja ketawa begitu untuk menakutkan orang yang lalu lalang.

            “Kau nak aku buat macam mana?” tanya Cipon lagi sekali.

            “Ya ALLAH! Tadi kau cakap otak kau berfungsi!”

            “Melah kau sebut ALLAH?!” jerkah Cipon.

            “Eh, mana ada!” bidas Melah. Hilang amarahnya bila sudah tertangkap.

            “Ya, aku dengar kau sebut Tuhan.” Balas Cipon tak puas hati.

            “Mana ada! Kau salah dengar tu! Kaukan dah lama tak korek telinga tu.”

            “Em, ye ke aku salah dengar?” tanya Cipon kembali.

            “Ha lah! Habis tu? Aku salah lah sekarang?” tanya Melah tak nak kalah juga.

            “Tak lah juga salah.”

            “Dah tu?”

            “Dahlah.” Cipon malas nak layan dah.

MALAM yang dingin. Abang Vem masih bersembunyi di dalam rumah kosong. Biasanya waktu macam ni ada je orang yang singgah berteduh walau di langit bulan mengambang.

            Gedebuk!

            Bunyi sesuatu yang kuat jatuh ke tanah. Terkejut Abang Vem.  Dia menoleh ke belakng kerana bunyi itu datang dari hutan belakang rumah ni.

            “Vem! Oi Vem!” Suara jembalang tanah memanggil.

            Sayup-sayup suara memecah hening malam. Abang Vem tidak menghiraukan segala apa yang bukan mengganggu waktunya. Dia masih duduk menung menunggu kedatangan sesiapa sahaja yang datang ke mari.

            Ini tempat barunya selepas dia di usir oleh manusia dari satu kampung. Dan dia masih belum jumpa tempat tinggal yang kekal untuknya beristirehat dan melakukan kegiatannya menghisap darah sebagai sumber nutrisi dalam badan.

            “Vem! Vempire! Oii!” kuat kali ini suara Jembalang tanah memanggil.

            Abang Vem menoleh. Namanya di panggil dari belakang. Dia terkedu. Setahunya tiada siapa yang tahu nama dia dan tidak di ketahui identiti sebenar. Jadi siapa yang memanggilnya di balik hutan? Pastinya dia tahu akan identiti Abang Vem.

            Suara garau dari hutan kecil itu merengus tak sudah. Abang Vem dengan berhati-hati mendekati. Takut juga kalau dia akan di apa-apakan.

            “Vem, kau ada bawa makanan lebih?” suara garau itu bertanya.

            Belum cukup hampir dekat dengan suara itu, Abang Vem terhenti langkah kaki.

            “Aku pun tengah cari mangsa untuk makan. Aku lapar.” Jawab Abang Vem.

            Sebenarnya dia juga takut dengan pemilik suara garau itu. Sudahlah wajahnya tidak kelihatan, yang dengar cuma suara kasar macam tu bercakap dari jarak yang agak sedikit jauh juga.

            “Kau boleh carikan makanan untuk aku?” tanya jembalang tanah, masih belum perkenalkan diri.

            Abang Vem kehairanan. Tidak pernah lagi sepanjang hayat dia ada orang minta dia carikan makanan untuk dimakan.

            “Darah?” tanya Abang Vem.

            Mana tahu orang yang meminta tolong juga mahukan darah sebagai makanan untuknya meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba ni.

            “Daging.” Jawab jembalang tanah dengan nada garau seperti biasa.

            “Manusia?” aju Abang Vem lagi.

            Jembalang tanah merengus. Abang Vem terkedu mendengar. Suara sebesar itu kedengarannya bukan biasa-biasa. Mahluk apakah itu?

            “Aku tak nak manusia lagi. Aku nak binatang yang dah di sembelih.”

            Lagi terperanjat Abang Vem mendengarnya. Apa jenis mahluk dekat hutan dia ni, minta binatang yang di sembelih untuk makan?

            “Memilih pulak.” Omel Abang Vem perlahan, takut suaranya di dengari ke telinga mahluk pelik dekat hutan.

MELAH 2019Where stories live. Discover now