BAB 9
“KEBELAKANGAN ini kita mendapat pelbagai aduan dari banyak pihak yang menyatakan kita ada membuat onar di kampung mereka. Adakah benar apa yang di sampaikan kepada saya, wahai sekalian ketua bagi setiap hantu yang tinggal di kampung ini?”
Bahang obor yang terpacak pada setiap penjuru kawasan ini menjadi makin membara panasnya. Bagaikan lahar yang mengalir pada tubuh mereka, sehinggakan ingin lari dari sini kerana tidak tahan dengan situasi tegang yang sukar di ramal selepas ucapan presiden hantu.
“Kami ada mendapat aduan juga dari anak buah kami yang, mungkin ada hantu lain yang datang ke mari untuk mengacau bilaukan kampung sini.”
“Betul apa yang Luan kata, tuan presiden. Luan dan anak buahnya selalu kerap kali mendengar suara-suara hilaian dan tangisan bayi. Namun tidak dapat kami tembusi pemilik suara itu.” Bentara menyokong apa yang di katakan oleh ketua Vempire, Luan V.
Presiden masih berpeluk tubuh membelakangi anak buahnya. Bagi setiap ketua hantu yang di lantik untuk menjaga keamanan demi kehidupan mereka terjaga di kampung ini. Mesyuarat ini perlu dilakukan agar mereka kekal selamat tanpa ada gangguan.
“Habis tu, kau orang diamkan aja ke perkara ini merebak sampai ke kampung sebelah?” Suara garau presiden hantu menaikan simbolik hantu pada setiap mereka.
Kain Luan V ternaik mencanak ke langit begitu juga dengan Bentara, ikatan pada atas kepalanya yang kendur tiba-tiba menjadi tegang terpacak seperti rambut Sheta, isteri presiden yang duduk di sebelah kerusi presiden hantu.
“Kanda, janganlah begitu tegang sangat. Lihatlah rambut dinda yang terpacak begini kerana emosi kanda yang melampaui.” Rungut Sheta sambil cuba menarik rambutnya kembali turun dari udara.
YOU ARE READING
MELAH 2019
FantasyAssalamualaikum, salam ramadhan. Kali ini sketsa Melah kembali mencuit hati pembaca serta pengajaran setelah hampir setahun lebih mendiamkan diri. Semoga ramadhan kali ini memberikan sepenuhnya makna dan pengertian buat kita, insan yang lemah ini.