BAB 6
MESYUARAT yang telah berlangsung selama satu jam setengah berhenti. Waktu diberikan selama satu jam untuk berehat di berikan kepada guru-guru dan panitia yang terlibat sama. Waktu untuk mereka mengerjakan solat, makan dan rehatkan mata dan minda.
“Cikgu Mama.” Satu suara memanggil dari belakang.
Wanita anggun itu menoleh. Guru idaman pelajar menengah atas mendatangi Cikgu Mama dengan seulas senyuman.
“Ya cikgu.” Sambut guru itu seadanya. Tidak berlebihan dalam pertuturan kata.
“Cikgu nak ke ruangan rehat ke? Boleh saya join cikgu sama?” ujar Cikgu Hamidi, teg nama yang tertulis.
Hanya anggukan dari Cikgu Mama sahaja cukup membuatkan cikgu lelaki itu beriang rasa. Lama dia memendam perasan pada guru muda ini. Namun ianya tidak mudah yang di sangka-sangkanya.
Mendekati guru muda ini selain dari perihal hal ehwal sekolah dan anak murid, jangan bermimpilah dapat bercakap begini dan makan bersama.
Di dalam perjalan mereka menuju ke kantin, Cikgu Hamidi cuba memancing pertanyaan peribadi dengan Cikgu Mama. Namun seperti kebiasaannya cikgu muda itu hanya tersenyum dan mendiamkan diri sahaja dari menjawab sebarang pertanyaan dari Cikgu Hamidi.
“Cikgu nak makan apa? Boleh saya tolong ambilkan untuk cikgu.” Cikgu lelaki ini ingin menghulurkan bantuan.
“Tak mengapa cikgu. Saya boleh ambil sendiri.” Penolakan dari Cikgu Mama.
“Cikgu nak minum apa? Saya tolong belikan.” Tidak putus asa juga Cikgu Hamidi cuba mendekati wanita yang di impikan ini. Mencari pelbagai alasan bagi mendapatkan perhatian dari wanita itu.
Sungguh, Cikgu Mama sungguh anggun. Kerana sikap jual mahalnya itu jugalah dia menjadi igauan Cikgu Hamidi, yang sudah menduda lima tahun itu.
“Cikgu,” langkah kaki mereka terhenti.
Suara Cikgu Mama kedengaran tegas memanggil Cikgu Hamidi. Dia rimas dengan sikap yang di tunjukan oleh guru berkenaan.
Tidak perlu berlebihan dalam pergaulan antara mereka. Yang terang dan nyata, mereka berdua guru dan berlainan jantina. Tidak usah membawa perasaan peribadi kedalam kerja. Dia tidak suka.
“Boleh tak kalau cikgu jaga tingkah laku cikgu? Saya tahu kalau cikgu ada menyimpan perasaan pada saya. Cuma saya harap cikgu tidak mencampurkan urusan peribadi dan kerja. Saya rimas.”
Cikgu Hamidi terdiam. Tercalar sedikit ego lelakinya dengan kata-kata Cikgu Mama. Namun ada benarnya juga. Dia memang susah nak sembunyikan perasaan pada wanita itu. Keayuan dan keanggunan Cikgu Mama telah memikat jiwanya sejak pertam kali melihat wanita itu di sekolah ini.
Ini pun baru kebelakangan ini dia beranikan diri mendekati. Melihatkan ketegasan Cikgu Mama dalam mengajar, sikap Cikgu Mama yang comel dengan pelajar kelasnya sungguh seronok memandang tanpa jemu.
Entahlah, mungkin inilah yang dikatakan cinta. Apa sahaja yang di lihat oleh mata pada insan yang kita suka, semuanya cantik dan comel meskipun dia sendang naik singa marahkan pelajar. Aduhai!
“Maafkan saya cikgu.” Ucap Cikgu Hamidi.
“Cikgu, kita ni dekat sekolah. Banyak mata yang memandang. Dengan kelakuan cikgu tadi yang macam budak-budak, saya jadi rimas. Nak marah tapi kita ni dah besar panjang cikgu.
YOU ARE READING
MELAH 2019
FantasyAssalamualaikum, salam ramadhan. Kali ini sketsa Melah kembali mencuit hati pembaca serta pengajaran setelah hampir setahun lebih mendiamkan diri. Semoga ramadhan kali ini memberikan sepenuhnya makna dan pengertian buat kita, insan yang lemah ini.