Bab 5

24 0 0
                                    

BAB 5

LENDRA meneruskan kerja-kerjanya. Khemah sudah siap di pasang. Banner kedainya juga sudah siap di gantung di hadapan khemah.

            Sekarang sudah masuk jam sepuluh pagi. Di tapak penjaja ini ramai anak muda dan peniaga lain mencari rezeki dengan berjualan makanan siang dan malam.

            Setiap pagi tiap kali hendak membuka gerai memulakan perniagaan, ada sahaja duit syiling seposen dekat tapak gerai. Hari-hari terpaksa Lendra kutip, duitkan tak nak buang. Mungkin pelanggan ada yang membeli ada tercicir wang syiling.

            “Mak buat bubur apa hari ni? Banyak tak mak masak?” tanya bos, selaku abang ipar dan tuan gerai ini.

            “Boleh tahan jugalah. Bubur dalam dua puluh mangkuk, nasi himpit lima belas. Tu jelah.” Jawab Tipah, adik ipar Lendra.

            Lendra duduk seketika. Usai bahagian kerjanya selesai, dia ambil tempat untuk tarik nafas dan kembalikan kestabilan oksigen dalam otaknya yang kurang.

            “Taufufa berapa tong hari ni?” tanya angah pula.

            “Hari ini kurang sikit. Dalam enam puluh liter. Tiga tong. Tapi tong kecil tu tak penuh.”

            “Makin lama makanan kita jual  ni makin tak laku banyak ea. Semalam ada dua tiga orang datang gerai mengadu taufufa kita masam. Tak boleh makan.” Adu angah sambil tangan tidak berhenti buat kerja-kerjanya.

            Lenda mengambil sebatang rokok R-e merah lalu di sua ke mulut dan api dihidupkan dan bakar hujung rokok hingga asap berkepul keluar dari mulutnya.

            Otaknya berselirat dengan banyak persoalan. Sejak kebelakangan ini perniagaan yang di usahakan jualan turun dengan mendadak. Tidak seperti pada awal jualan lalu. Perlahan-lahan memperkenalkan pada orang.

            Dan apabila sudah stabil, orang mulai kenal produk makanan mereka tiba-tiba ketika waktu kemuncak perniagaannya berada di atas keutungan turun mendadak, sehinggakan apa yang di jualnya boleh dikira hanya berapa ratus ringgit sehari. Kadang untuk dapatkan gaji pekerja juga tidak lepas.

            “Dik, makanan ni dah basi. Semalam akak beli pagi, tengahari tu nak makan dah tak boleh makan. Bau pun basi ni dik.”

            Lamunan Lendra lenyap seperti asap rokoknya yang menebal tadi hilang dibawa angin. Dia melihat seorang pelanggannya datang dan mengadu tentang makanan yang mereka jual.

            Keluhan perlahan namun cukup tergambar di raut wajah yang hampa. Hati perlu kuat dan sabar. Ini ujian. Entah di mana silapnya dalam masakan mereka sejak akhir ini, seringkali mendapat aduan daripada pelanggan. Dan mereka akan menggantikan makanan yang telah di beli dengan yang baru.

            Kadang terasa malu. Asyik pelanggan datang dan komplain tentang produk makanan mereka. Bukan datang untuk membeli lagi.

            “Maaf kak.. em, kami gantikannya ya. Maaf sangat-sangat.”

            Lendra berlalu meninggalkan gerainya kepada dua orang pekerja yang telah diamanahkan untuk jaga. Hatinya benar-benar telah diragut perasaan semangat yang dikumpul bersama kesabaran.

            Angah mengerling susuk lelaki yang baru melepasi mereka di hadapan pelanggan yang menunggu pulangan kembali makanan yang dibeli semalam kerana sudah basi.

            Allahurabbi.

            “Tengok ada je orang datang komplain lagi. kenapa ea?” Tipah mengomel sendirian.

MELAH 2019Where stories live. Discover now