4

71 0 0
                                    

Mesyuarat Ahli Lembaga Hantu-Hantu Sedaerah.

"Yang baik itu datangnya dari Tuhan, yang jahat itu datangnya dari kita sendiri."

Mukadimah mesyuarat pada malam tadi.

"Teruskan," Kata ketua Lembaga

"Apakah kita boleh menerima kedatangan musuh ketat kita yang selama ni anti-hantu, terutama dengan anak buah saya sendiri iaitu si Cipon a.k.a pocong ke dalam kumpula hantu ini?

Selama hayat kita menjadi hantu, beliau adalah seorang lelaki yang amat tegas dan juga tidak suka berkompromi jika hantu-hantu membuat kesalahan.

Ada yang suka menyampuk anak cucu dia, ada yang suka mengilai tak tentu pasal sebab putus cinta dan ada yang suka mengganggu bayi yang baru di lahirkan untuk memamamh uri mereka. Adakah layak dia jadi sebahagian dari hantu?"

Sinis, tegas dan bersahaja Melah membuka persoalan pada bahagian ketua hakim Lembaga Hantu ketika  mesyuarat.

Persoalan macam mana Tok Mudim nazak ni masih tidak terjawab. Siasatan masih di jalankan oleh pihak polis Lembaga. Agak serius kes ini kerana tiba-tiba sahaja mereka mendapat panggilan untuk menerima seorang lagi ahli penting dalam Lembaga.

"Who cares about lelaki yang suka potong anu lelaki tu?" Dengan sleng orang puteh, Makcik Langsuir mempersoalkan.

Maaflah, Melah dan Makcik Langsuir memang tak sekufu dan sependapat meskipun mereka sama-sama perempuan. Cemburu dan iri hati itu adalah jurang mereka. So, faham-faham jelah.

Melah buat pekak telinga. Dia tahu siapa yang layak untuk ikut serta kumpulan hantu ini. Orang seperti Tok Mudim sangat-sangat tak layak kerana beliau baik orangnya.

"Yang Hakim Lembaga, izinkan saya mengutarakan pendapat saya."

Kesepian Melah dan sikapnya yang tak ambil kisah apa yang Makcik Langsuir katakan sedikit sebanyak menjentik ego sekumpulan langsuir yang berada di luar kawasan perbincangan tergempar ini.

"Silakan."

"Tok Mudim adalah seorang lelaki tua yang jahat! Selalu mencederakan orang-orang lelaki dengan memotong zakar mereka. Saya selalu melihat Tok Mudim melakukan hal-hal sebegitu demi memuja kekuatannya sendiri.

Dan orang jahat macam dai, sepatutnya berada di alam kita. Terseksa antara kematian dan kehidupan. Terapung diantara langit dan bumi. Bukankah itu siksaan yang bagus sehingga terjadinya kiamat?"

Wah, Makcik Langsuir nampaknya tak nak mengaku kalah!

Suasana hening bertukar bising. Keadaan makin tak terkawal.

Melah dan Makcik Langsuir saling menjeling dan berjuih lidah.

'Persoalan siapa yang tikam Tok Mudim masih tak terjawab.'

Melah memang risau kiranya Cipon terlibat dalam kes ini. Kalau Cipon terlibat, habislah daerah ini akan di ketuai oleh Langsuir tu. Habislah kampung ini akan di ganggu dengan kemunculan dia yang tak berbadan merayap sana sini dengan usus yang terkeluar macam tu.

Uweeeeekkkk!

Semua mata terarah pada Melah yang tiba-tiba mengeluarkan suara bagaikan orang sedang muntah.

"Mengapa dengan kamu?" Tanya Lembaga.

Langsuir dapat menghidu sesuatu yang bernada sinis tentang perbuatan Melah itu. Matanya bertukar hijau menyala memandang Melah.

"Maafkan saya." Ucap Melah.

MELAH 2019Where stories live. Discover now