Bab 3

25 0 0
                                    

BAB 3

PAGI menjelang, suasana hening yang mendamaikan jiwa. Menyuburkan tanaman yang sedang tumbuh elok.

            Ketika ini ada yang sedang berpusu-pusu menyiapkan diri untuk pergi kerja, ada juga yang sedang menunggu waktu untuk tidur setelah bersengkang mata berjaga di malam hari.

            “Awal kau bangun Wahid.” Sapaan Teja tidak di hiraukan.

            Aroma jemput bilis membuat perutnya berkeroncong. Apatahlagi bila ia di hidang bersama dengan sambal tumis sebagai pencicah jemput bilis. Memang keenakannya terasa kini.

            “Aku mungkin balik lambat kut malam ni. Kau tak payah masakan untuk aku. Aku beli je dekat luar.” Pesan Teja kepada adiknya.

            Wahid diam seribu bahasa. Tiada langsung reaksi daripada lelaki itu selain bunyi cicipan mulutnya mengunyah jemput bilis yang hidangkan oleh abangnya.

            “Kalau kau lapar, kau panaskan je lauk dalam esbok.” Sambung Teja lagi. Tapi di bawa angin lalu pergi.

            “Kau tidur lena malam tadi?” soalan pertama sejak awal pagi adiknya menemaninya di dapur.

            Teja terjeda seketika dengan soalan itu.

            “Aku tak tidur dari malam tadi.” ujar Wahid. Kunyahan di dalam mulutnya terhenti. Dia sambung cerita.

            “Malam tadi aku dengar macam-macam suara. Macam-macam bunyi yang pelik-pelik dekat luar. Aku keluar bilik, jengah dekat tingkap tapi tak ada apa-apa dekat luar sana.”

            Teja langsung tidak mencuit makanannya, minuman yang terhidang juga di pandang sepi. Sepenuh perhatian di berikan kepada cerita adiknya tentang malam tadi.

            “Lepas tu aku masuk bilik nak sambung tidur. Tapi tak boleh juga.” Cerita Wahid terhenti beberapa detik sebelum dia menyambung semula.

            “Lepas tu, aku dengar bunyi suara bayi menangis. Sayup-sayup. Makin lama makin perlahan. Mula-mula tu aku dengar jelas gila suara budak menangis. Lama-kelamaan suara tu makin jauh.”

            “Lepas tu apa kau buat?” tanya Teja.

            “Lepas tu aku tak dapat tidur. Sampai ke pagi ni, mata aku perit sangat. Kepala aku sakit, bang.” Adu Wahid.

            “Kau nak aku bawa pergi klinik tak?”

            Wahid gelengkan kepalanya.

            “Aku okey je, taklah sakit teruk. Cuma aku nak tidur ja bang. Kepala aku tak boleh tahan dah dengan malam tadi. Jadi seram aku nak lelap malam-malam kalau kau tak ada ni... macam mana?”

            “Hm, kau nak aku teman kau ke?”

            “Yalah bang. Habis tu tak akan aku nak duduk sorang-sorang dekat rumah ni?”

            “Selama ni elok je kau melepak sampai tengah malam. Aku tak teman kau pun kau boleh je start motor keluar dengan kawan-kawan. Elok je.”

            “Itu lainlah, bang. Kau ni pun.” Bengang Wahid bila terbayang malam nanti dia sendiri di rumah tanpa abangnya yang terpaksa kerja pulang lewat sedikit malam ini.

            Teja meneruskan sarap. Beberapa hirupan Milo panas turun ke anak tekak. Hangat yang menyegarkan.

            “Kau tinggal dulu dekat rumah Tok Haji. Nanti petang aku balik kerja aku singgah sana.” saranan Teja mengejutkan Wahid.

            “Tak pernah-pernah kau minta tolong dengan orang tua tu, apasal hari ni kau nak aku duduk dengan dia pula?” Wahid bertanyakan soalan yang tiba-tiba mengundang emosi.

            Sudahlah akalnya tidak boleh berfikir dengan baik sebab tidak cukup tidur, matanya makin perit nak buka. Tapi perut minta di isi pula. Tambah lagi dengan abangnya yang tiba-tiba memetik nama Tok Haji pagi-pagi begini. Lagilah dia tak boleh fikir dengan waras sangat.

            “Wahid kau kena ingat. Air yang di cincang tak akan putus. Okay?”

            “Memanglah air yang di cincang tak akan putus, tapi kau lupa ke yang orang tua tu tak suka kita?” memerah muka Wahid tahan amarahnya.

            Nada suaranya meninggi. Kenangan lampau teringat kembali dalam kamus memori hidupnya. Tidak mungkian semudah itu dia melupakan rotan yang melantun pada kulitnya sehingga berbirat dan berdarah.

            “Eh bang, aku lebih rela tak tidur semalaman daripada kena menghadap orang tua tu. Kau ingat senang-senang ke aku nak lupakan apa dia buat dulu? Sakit dia masih terasa sampai sekarang.”

            “Sudah-sudahlah tu. Benda yang lepas kau nak dendamkan kenapa. Dia buat pun bukan saja-saja tau. Dia buat semua tu sebab nak kita ni pandai mengaji. Jadi manusia, ada ilmu. Bukan suruh jadi bingai, tak beradab tak berilmu.” Balas Teja.

            “Dah tu sekarang kau nak lebihkan orang tua tu? Sebab dia sayang kau? Tu pasal kau back-up dia, bukan adik kau sendiri ke bang?”

            “Wahid, kau jangan melebih Wahid.” Tegur Teja bernada keras tapi mendatar.

            Dia tahu jika abangnya bersuara begitu itu adalah amaran dari Teja kepadanya kerana keterlanjuran tutur kata Wahid sendiri. Tapi emosi lebih menguasai diri Wahid dari pemikiran waras, mulutnya lebih laju berkata dari akal yang sepatutnya berfikir sebelum bicara.

            Wahid bangkit dari duduknya. Bunyi seretan kerusi dan lantai simen bergesel membuatkan bunyi ngilu di dada.

            “Aku tak akan betah cakap kau bang kalau apa yang kau suruh tu tak ada kena mengena dengan orang tua tu!” Wahid berlalu terus ke kamarnya tempat dia beradu.

            Hatinya benar-benar di serang rasa sakit hati, marah, benci dan segala macam emosi bercampur menjadi satu di dalam dada.

            Teja menghantar pemergian adiknya dengan menahan kemarahan yang kian membuak. Bibinya di ketap kuat sehingga gigi atasnya menggigit bibir bawah agar ia tidak dapat di buka dan menyakiti lebih lagi.

            Jika di bawa perasaan, mungkin lagi besar kes ini. Diam adalah pilihan terbaik untuk waktu ini dari membetah kata-kata orang yang sedang di amuk rasa amarah dan kebencian. Di sinilah api sedang di marakan.

MELAH 2019Where stories live. Discover now