Malam 1 Ramadhan

481 2 0
                                    


"Assalamualaikum... Bagi menyempurnakan titah perintah kebawah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, setelah di perkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengistiharkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, enam haribulan Mei dua ribu sembilan belas. Sekian, wassalamualaikum..."

Pengumuman dibuat di kaca televisyen yang Tok Mudim buka. Orang tua ni memang biasanya pukul lapan malam memang buka siaran TV1 untuk tengok berita.

Pengistiharan telah pun di umumkan. Berlonjak bahagia Cipon mendengarnya. Macam biasa, dia perlu segera berjumpa dengan Melah. Hutangnya dengan Melah masih belum langsai lagi. Oleh kerana esok dah mula puasa, jadi dia fikir dia ingin bermaafan dengan Melah.

Dia telah pun berjanji dengan dirinya sendiri, yang dia akan tunaikan permintaan Melah tak kiralah apa pun yang berlaku. Demi persabahatan yang terjalin, dia akan usaha lebih gigih untuk dapatkan apa yang Melah inginkan.

Puas dia terkinja-kinja menghendap dari tingkap rumah Tok Mudim. Orang tua tu masih lagi ralit memandang televisyen yang sedang memaparkan video tentang serangan di Gaza.

"Masha Allah... kasihannya mereka." Meniti di lidahnya mengucapkan rasa kepiluan yang di lihat.

"Melah, seharusnya kau bersyukur kerana masih hidup di zaman ini. Lihatlah Melah! Lihatlah! Mereka di sana, mati bagaikan nyawa tiada nilainya..." Kata Cipon penuh kesyahduan.

"Siapa tu?!"

"Alamak! Orang tua tu dengarlah."

Terkitai-kitai Cipon cuba melarikan diri. Dengan pakaiannya yang sendat dan mengikut bentuk tubuhnya, dia cuba melarikan diri.

Belum pun sempat dia meloncat dari setapak ke setapak, Tok Mudim lebih pantas keluar menjengah ke tingkap tepi  televisyennya.

"Allah! Kau!"

Cipon buat muka terkejut. Bukan terkejut melihat orang tua itu yang berwajah bengis tetapi... terkejut melihatkan sesuatu yang di pegang oleh orang tua itu.

"Tok... saya dah sunat." Kata Cipon.

Seraya dia terus meloncat. Sedaya upaya cuba meloncat laju dengan langkah yang mampu di besarkan sebesar yang boleh.

"Kau dah sunat? Tak apa, aku sunatkan kau buat kali ke dua! Mari sini kau!" Usik Tok Mudim.

Cipon dah pucat muka. Makin bertambah pucat muka takut dia bila Tok Mudim mula mengejar dari belakang.

"Melaaaaaaaahhhhhh!!!"

-Bersambung-

MELAH 2019Where stories live. Discover now