Abang Vem melepaskan pegangannya tadi. Di biarkan sahaja hantu bungkus tadi jatuh ke tanah dari paras yang tinggi.
Sakit telinga dia dengar si Cipon ni meleweh entah apa-apa. Dah nama hantu, nak mati macam mana lagi? Nak kena bunuh ke apa...?
Si Melah masih lagi dalam perbincangan dengan ahli lembaga hantu-hantu sedaerah, tiba-tiba sahaja ada mesyuarat tergempar malam ni.
"Aduh! Sakit!"
"Tahu pun sakit! Sakit lagi telinga aku dengar kau merepek tadi tahu tak?"
Cipon menoleh pada suara yang berkata, tak di sangka si kacak rupanya. Tersimpul malu dia rasakan tiba-tiba.
"Kau kemana?" Tanya Abang Vem.
"Aku kemana?" Soalan berbalik.
Abang Vem bosan dengan soalan yang di kembalikan semula. Memang sahlah otak dia dah bergegar.
"Melah cakap dengan aku yang kau dah tiga hari tak balik markas, kau kemana?"
Oooo, aku ingat kau risaukan aku. Erm,
"Aku pergi cari maklumatlah. Bila puasa... bila raya,"
"Cari maklumat sampai ambil masa dua tiga hari? Dekat mana kau cari maklumat? Pusat berita TV Al-Hijrah ke?"
"Bukanlah!"
"Habis tu?"
Dengan susah payah dia cuba untuk bangun tanpa bantuan si kacak, Abang Vem tersengeh sahaja.
'Kenapalah aku ni selalu jadi mangsa buli? Benci tahu tak! Nak buat report polis lah macam ni, biar dia orang ni semua kena masuk lokap. Berayalah dalm lokap dengan polis-polis yang tak balik raya tu.' bebel Cipon.
"Rumah Tok Mudim," Jawabnya.
"Apa?!"
Sekilas pandang kearah suara yang tiba-tiba mencelah dari belakang.
Si panjang mengurai rambutnya yang kusut-masai berterbangan bebas atas udara. Seronok eah jadi hantu macam ni.
YOU ARE READING
MELAH 2019
FantasyAssalamualaikum, salam ramadhan. Kali ini sketsa Melah kembali mencuit hati pembaca serta pengajaran setelah hampir setahun lebih mendiamkan diri. Semoga ramadhan kali ini memberikan sepenuhnya makna dan pengertian buat kita, insan yang lemah ini.