BAB 8
SEPERTI malam-malam kemarin juga, Wahid tidak dapat melelapkan matanya. Sejak kejadian malam kemarin, dia seakan di ganggu dengan bayangan sendiri. Atau sememangnya ianya ada berdekatan dengan dirinya kini.
Wahid seakan dapat merasakan tetapi tidak tahu untuk menggambarkan apa perasaan dia kala itu.
Jauh di membawa pandangannya keluar. Fikirannya kusut apabila memikirkan malam kian larut. Meskipun malam ini dia di temani abangnya Teja, namun dia masih merasakan keseraman seperti malam kemarin.
Puas dia cuba melenakan diri diatas katil selepas solat isyak, tapi entahlah fikirannya terganggu. Meskipun bunyi kipas berputar di siling bilik, dia tetap merasa seram yang menaikan rongga roma.
Sayup angin malam menghembus menyelak rambutnya yang tidak terurus. Jauh dia termenung dengan fikiran yang masih serabut. Teja datang bersama gelas yang berisi air panas.
Sedari tadi dia perasan yang adiknya diamkan diri sahaja di ruang tamu sambil termenung keluar pintu. Entah apa yang di fikirkan Wahid. Dia menggelengkan kepala beberapa kali di dapur sambil menunggu air yang di jerang.
“Bang, kau tak nak duduk dengan Tok Haji?” soalan pertama yang keluar dari mulut Wahid begitu mengejutkan.
Selama dua tahun anak muda ini merajuk dengan Tok Haji. Bukan setakat ingin jenguk orang tua itu dia tidak sudi, malah jejakan kaki ke laman rumah Tok Haji pun dia berdegil tidak mahu.
Apa yang menyebabkan Wahid tiba-tiba mahu beralih arah pula ni? betul-betul musykil dia memikirkan perubahan adiknya secara mendadak.
“Tak payahlah nak buat muka terkejut sangat.” Betah Wahid mengerling abangnya yang tampak sungguh terkejut dengan ucapannya sebentar tadi.
Teja tergelak. “Tak ada angin tak ada ribut kenapa kau tanya aku nak tinggal dengan Tok Haji ke tak ni? Kau demam ea?” soal Teja yang masih tergelak.
“Aku serius tanya ni bang. Kau tak teringin ke nak balik rumah Tok Haji?” posisi duduknya di ubah ke arah Teja.
Benar, Wahid tidak bergurau. Dia betul-betul ketakutan sekarang. Esok abangnya Teja akan kerja shif malam. Tinggal dia seorang diri lagi di rumah. Memikirkan itu sahaja sudah membuat romanya meremang.
Teja masih dengan senyuman tidak percaya di wajah. “Aku rasa macam mimpi pula bila kau dengan rela hati nak tinggal dengan Tok Haji.”
“Terpaksa...” ujar Wahid acuh tak acuh.
Seteguk air melalui tekak. Hangatnya menyenangkan. Teja menghirup sekali lagi air yang di buatnya sebentar tadi, amat menyegarkan.
“Dah kenapanya nak terpaksa pula. Tak salahnya kita tinggal serumah dengan atok sendiri. Tak dosanyalah.” Jawab Teja selamba.
“Bang Teja,” panggil Wahid.
“Apa dia?” sahut Teja masih lagi menikmati aroma kopi segeranya.
“Kau percaya benda tahyul? Macam hantu ke, toyol ke?” Wahid memandang abangnya.
Saja bertanya Teja soalan begitu. Hendak dia terus terang apa yang jadi malam kemarin dia masih ragu-ragu. Takut dia disalah nilai. Memandai-mandai buat cerita yang mungkin tidak wujud dan tiada.
“Aku percaya alam ghaib itu wujud.” Jawab Teja senada.
Dia mengerling adiknya. Sedikit kelat wajah Wahid yang mendiamkan diri selepas dia menjawab pertanyaan tadi.
“Nak bagitahu aku sesuatu ke yang perlu kau kongsikan dengan aku?” pelawa Teja.
Suasana menjadi hening seketika. Adiknya masih membisu seribu kata.
“Aku nak tinggal dengan Tok Haji esok, kau nak sama?”
Ucapan Wahid tidak seperti yang di harapkan Teja. Namun tidak mengapa, dia tidak kisah asalkan adiknya okey sahaja. Dia sedia mendengar dan membantu jika perlu.
Soalan Wahid di jawab dengan anggukan sahaja. Lagipula sudah lama juga dia tidak tidur di rumah Tok Haji. Rindu dengan masakan atuknya. Mendengar Tok Haji bercerita tentang pengalaman hidupnya.
Siapa tahu bisa menjadi tunjuk ajar buat mereka berdua yang sedang meningkat dewasa.
YOU ARE READING
MELAH 2019
FantasyAssalamualaikum, salam ramadhan. Kali ini sketsa Melah kembali mencuit hati pembaca serta pengajaran setelah hampir setahun lebih mendiamkan diri. Semoga ramadhan kali ini memberikan sepenuhnya makna dan pengertian buat kita, insan yang lemah ini.