Bab 2

32 0 0
                                    

BAB 2

MUKHLIS dan Zul duduk di atas motor rondaan mereka. Sejak kebelakangan ini mereka di tegaskan untuk membuat rondaan di kawasan yang telah senaraikan sebagai kawasan panas sekerap mungkin.

Kes penculikan dan kes dadah sama-sama naik bagi kawasan Kampung Peneram. Setiap hari ada sahaja kes culik yang di laporkan bagi kawasan yang terdekat.

T-shirt biru berlogo PDRM tersarung pada tubuh. Jam berganjak ke angka satu pagi. Waktu dimana sesetengah orang bangun dari tidur dan tahajjud, ada yang baru pulang dari kerja dan ada juga yang baru pulang dari masjid usai mengaji.

Mereka berdua masih di posisi sama, menikmati angin malam. Puntung rokok di injak setelah habis di hisap asapnya.

Dalam keadaan kelam malam begitu, sesekali telinga mereka mendengar sayup suara hilaian dari kawasan pokok ara, berdekatan masjid sana.

Remang bulu roma. Tapi mereka buat tidak endah. Kalau di layan mungkin perasaan seram dan takut menguasai diri. Sedangkan mereka perlu berjaga malam. Jadi semua yang tidak penting harus di tebas jauh-jauh.

"Lapar tak?" tanya Zul.

Sememangnya Zul ingin mengelak kerja malam ini. Malam jumaat yang biasanya pekerja bujang seperti mereka berdua memang selalu di tugaskan malam.

"Sikitlah." Jawab Mukhlis.

"Nak pergi makan ke?" tanya Muklis pula.

"Bolehlah. Tak kan nak duduk sini je. Jomlah gerak." Ajak Zul.

Laju kaki Zul melangkah ke dalam pejabat untuk mengambil barangan yang perlu di bawa bersama tika keluar. Barang temannya juga di capai terus.

Mukhlis telah sedia dengan kenderaan motornya untuk keluar dari balai. Sementara menunggu Zul, dia melihat keliling.

Gelap. Hanya ada beberapa kawasan sahaja yang di sinari dengan lampu jalan. Itupun ada yang mati. Jadi tidak sepanjang jalan terang.

Deruan bunyi ekzos motor Zul membingit memecah kesunyian malam. Tiada satu pun kenderaan yang lalu pada waktu ini. Hanya kenderaan pacuan dua roda milik mereka sahaja yang bakal menyelusuri jalan.

"Lokasi?" tanya Zul kepada temannya.

"Gepreklah. Aku lapar nak makan sambal tumbuk ni. Nak berjaga malam lagi." ujar Mukhlis seadanya.

"Hah, boleh juga. Jomlah Universal Sambal, dekat Dahlia tu. 24 jam kan dia buka."

Mukhlis hanya angguk bersetuju.

Mereka berdua keluar dari kawasan balai dan terus ke restoran 24 jam yang di persetujui bersama. Entah mengapa malam itu, kesunyiannya lain macam tidak seperti malam-malam kemarin.

TIDAK berhenti-henti mulut Tok Haji terkumat-kamit membaca ayatul Kursi, selawat ke atas Nabi serta doa-doa harian yang sering di jadikan amalannya setiap hari.

Pukul satu pagi baru selesai segala urusannya di masjid bersama AJK masjid yang lain. Selain perbincangan tentang raya tahun ini dan raya kurban yang akan di langsungkan penyembelihan haiwan di masjid, juga ada beberapa atur cara dalam perbincangan mereka bersama.

Pintu masjid di kunci dan hanya pintu utama masjid di buka untuk kegunaan bersama.

Kuat suara Tok Haji mengaji, mengundang perhatian mereka yang masih lagi dengan isu rambut Melah yang tidak sudah.

MELAH 2019Where stories live. Discover now