BAB 4
USTAZ AQIFF selesaikan kuliah pada kelas kedua dengan ucapan salam kepada murid-murid di dalam kelas Pendidikan Sivik dan Kewargenegaraan. Subjek yang kurang mendapat perhatian pada masa kini. Sikap sivik yang kurang ada pada masyarakat juga kurang di pupuk dalam diri.
Sebentar itu tadi dia teringat akan seorang pelajarnya yang tidak hadir. Namun namanya dia lupa siapa. Kerusi kosong yang tidak berpenghuni itu di tenung lama semasa dalam kelas.
Pantang ada waktu leka sedikit tempat itu di pandang lama dengan pandangan tajam yang menikam. Ketika anak muridnya sedang leka dengan tugasan yang diberikan. Tempat kosong itu menarik perhatiannya sejak masuk ke dalam kelas itu.
“Ustaz! Oo Ustaz Aqiff!”
Cikgu Mama memanggil Ustaz Aqiff yang baru keluar dari kelasnya dan berjalan pulang ke bilik guru. Panggilan Cikgu Mama tidak di hiraukan. Sedari tadi dia cuba mengabaikan panggilan dari wanita itu tetapi nampaknya langkah Cikgu Mama lebih pantas dari kaki Ustaz Aqiff.
“Ustaz!” Cikgu Mama mendepakan kedua belah tangannya. Menahan cikgu lelaki itu dari pergi. Puas dia menjerit memanggil, nampaknya lelaki itu sengaja mengabaikan panggilannya.
“Assalamualaikum, cikgu.” Sapa Ustaz Aqiff. Sebolehnya dia mengalihkan pandangannya dari melihat wajah dan susuk bentuk tubuh Cikgu Mama yang memakai baju kebaya ketat di tubuh.
Tidak henti-henti di dalam hati Ustaz Aqiff beristigfar panjang. Menjaga pandangannya dari melihat sesuatu yang tidak sepatutnya.
Cikgu Mama mencebik. Menyampah pula dengan perangai ustaz lelaki ni yang sengaja membuat pekak tadi. Geram! Salam ustaz di jawab di dalam hati sahaja.
“Ustaz saya nak tanya, petang ni pukul tiga ada mesyuarat tergempar cikgu-cikgu. Ustaz tahu tak pasal ni? Sebabnya saya tanya dekat panitia, diaorang cakap ustaz je yang belum mereka bagitahu sebab tak nampak ustaz dari tadi. Telefon ustaz mati ke? Puas juga saya cuba telefon tapi tak dapat-dapat.” Nafas cikgu wanita itu turun naik tidak menentu. Sembut di buatnya.
“Terima kasih kerana cikgu telah memberikan maklumat tentang mesyuarat yang akan diadakan hari ini.” ucap Ustz Aqiff seadanya, dia memaksudkan kata-kata itu ikhlas dari hatinya.
Keprihatinan yang di tunjukan Cikgu Mama membuatkan dirinya tidak selesa, apatahlagi dengan pakaian sedemikian yang mencolok mata sungguh dia tidak berkenan.
“Ustaz jangan lupa pula untuk datang ya. Katanya ini penting. Semua guru wajib hadir.” Pesan Cikgu Mama lagi tidak jemu-jemu mengingatkan.
“Wajib jika tidak hadir akan mendapat dosa jika di tinggalkan. Jika saya sengaja tidak hadir ke mesyuarat itu apakah saya berdosa juga?” soalan Ustaz Aqiff di sambut angin lalu.
Wajah Cikgu Mama memerah dek terkena pancaran matahari yang kian menegak diatas. Atau apakah kerna soalan yang diajukan kepadanya?
“Tidaklah berdosa, hanya kehadiran ustaz mungkin akan membuatkan ustaz banyak ketinggalan maklumat yang penting. Jika ustaz tidak dapat hadir pada waktu yang di tetapkan, lebih baiklah ustaz beritahu kepada panitia, supaya mereka boleh buat remark tentang perkara yang perlu di berikan kepada ustaz nanti.”
“Cikgu, saya hargai apa yang cikgu lakukan sekarang. Hanya saya tidak selesa dengan cara cikgu.” Tegur Ustaz Aqiff lembut.
Termangu kejap cikgu wanita di hadapannya yang comel.
“Saya tahu cikgu ada simpan perasaan dekat saya. Sebab tu cikgu cuba dekati saya dengan cara nak kan perhatian walaupun dengan alasan pihak panitia tidak dapat hubungi saya untuk mesyuarat pukul tiga nanti.”
Makin berdebar Cikgu Mama menanti ucapan selanjutnya, yang bakal merobek hatinya tanpa berselindung langsung.
“Pesanan manusia kita asyik ikut dan patuhi sebaiknya dan kalau boleh tidak mahu terlepas langsung dari landasan undang-undang manusia. Tapi kenapa undang-undang ALLAH kita tak boleh ikut ya, cikgu?”
Makin tidak keruan Cikgu Mama dibuatnya bila dirinya di tegur dan terus di tegur tidak henti. Dalam kiasan kata-kata Ustaz Aqiff dia faham sebahagiannya sahaja. Selebihnya dia masih tidak dapat tangkap maksud di sebalik kata ustaz baharu sekolah ini.
“Kita hidup ni ada undang-undang, patuhi arahan ALLAH dan ikuti suruhan-NYA. Namun benda senang macam tu pun kadang kita sukar untuk ikut. Kenapa? Sebab kita terlalu ego dengan Tuhan. Kita terlalu asyik dengan keseronokan hidup dunia ini. Betul tak cikgu?”
Seraut wajah Cikgu Mama langsung tiada segaris senyuman di bibir. Panas telinga lagi adalah.
“Saya kalau nak cari bini pun saya cari yang tahu jaga diri dan tahu malu cikgu. Saya bukan jenis yang serkap jarang nak ambil mana-mana perempuan jadi isteri dan bakal ibu kepada anak-anak saya.”
“Jap!” tapak tangan Cikgu Mama di angkat ke atas muka ustaz. Lelaki itu berhenti membebel, terkejut dengan sergahan wanita mungil didepan mukanya.
“Ustaz, biar saya kasi tahu ustaz siap-siap ea. Saya ni jumpa ustaz bukan nak menyibuk nak tahu hal peribadi ustaz ya. Saya datang cari ustaz sebab nak bagitahu hal penting pada ustaz.
Patutlah pun kenapa ramai sangat cikgu-cikgu tu semua malas nak jumpa ustaz, rupanya macam ni perangai ustaz.”
“Apa maksud awak?”
Cikgu Mama mengeluh kuat. “Hum, cikgu ni tak payahlah nak cakap melebih sangat. Saya datang atas urusan kerja. Dan kebetulan saya jumpa ustaz dalam perjalanan ke kelas saya.
Saya harap ustaz tak fikir yang bukan-bukan ea. Saya pun tak hadaplah nak kan lelaki macam awak ni. Lain orang cakap lain yang awak faham.”
“Eh cikgu ni. Kita ni masih dalam sekolah ya. Tolonglah cakap formal dengan saya sebagai cikgu di sekolah ni.” betah Ustaz Aqiff.
“Ya Rabb... ustaz, apa masalah ustaz sebenarnya ya?” Cikgu Mama makin berang.
Entah kena sampuk apa ustaz di depannya, dari tadi cakap entah apa-apa. Lain yang dia bagitahu, lain pula yang di jadikan isu.
“Em, tak ada apalah.”
Cikgu Mama pergi ke kelasnya tanpa menunggu kata seterusnya dari Ustaz Aqiff. Dari tadi dia cukup berang sudah mendengar kata-kata dari lelaki itu.
Panas telinga, panas hati! Eeee!
YOU ARE READING
MELAH 2019
FantasyAssalamualaikum, salam ramadhan. Kali ini sketsa Melah kembali mencuit hati pembaca serta pengajaran setelah hampir setahun lebih mendiamkan diri. Semoga ramadhan kali ini memberikan sepenuhnya makna dan pengertian buat kita, insan yang lemah ini.