2

162 0 0
                                    

Malang itu memang tak dapat di hidu, sebab tulah aku selalu di timpa kemalangan. Memang nasib badanlah jadi pocong, tak boleh nak terbang.

"Bila nak sampai dekat pokok ara pun tak tahulah ni." bebel Cipon.

Sejak tiga malam ni, dia tak henti-henti melompat, dengan harapan segera sampai ke tempat Melah untuk menyampaikan berita tentang puasa.

Kesudahannya, orang dah mula berpuasa tapi dia masih lagi dalam perjalanan ke destinasi tapi tak sampai-sampai.

"Pukul berapa dah ni?"

Pom! Pom! Pom!

Dengan muka yang kelat, Cipon hampir sahaja melatah tak tentu pasal.

'Ini kalau budak-budak nakal ni nampak aku, lintang pukang kejap lagi lari ni.'

"He he he he he he he..." Cipon ketawa sinis. Dalam otak dia dah mula merancang nak kenakan budak-budak ni. Siaplah korang.

"Oi, sini... sini... ada orang lalu tu!" Pekik salah seorang budak lelaki dalam sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain mercun dan meriam.

'Amboi... seronoknya mainkan. Ada hati nak kenakan aku ye. Tunggu aku sampai, aku kenakan korang.' Fikir Cipon.

Dia masih meneruskan loncatan meskipun terasa lambat sangat ni. Dari tadi dia melompat, kenapa dekat tempat yang sama je tak berganjak-ganjak ni?

"Ish! Kenapa ni tak bergerak langsung?" Dia makin pelik.

Apa sudah jadi dengan dia ni? Alamak! Aduh, kenapa ni...? Kenapa kaki aku tak jejak dekat bumi ni? Macam mana aku nak lompat macam ni?!

Help! Help! Tolong aku!!!

"Mak!! Pon tak boleh jejak bumi mak!!"Pekik Cipon ketika kakinya makin jauh meninggalkan batas tanah yang selama ini menjadi permaidani untuknya melompat ke sana ke mari.

"Uhuk! Uhuk! Mengapa ini terjadi kepadaku, kenapa aku tak boleh nak melompat lagi macam dulu." Dalam kepiluan sempat lagi dia cuba walaupun hakikatnya dia makin jauh dari tempat tadi.

"Mak, maafkan Cipon mak. Nampaknya dah sampai waktu untuk Cipon pergi dengan tenang buat selamanya. Mungkin inilah detik akhir Cipon akan melihat dunia ini dan meninggalkan semua kawan-kawan Cipon..."

Tiba-tiba suasana menjadi hening. Sedih mencengkam sukma.

"Cipon pasrah andai Tuhan inginkan Cipon kembali ke tempat asal. Terlalu banyak dosa yang Cipon lalukan, mengganggu orang dan ketenteraman mereka. Inilah balasan buat Cipon dalam kehidupan hantu ini.

Selamat tinggal semua. Selamat tinggal teman-teman, selamat tinggal!!!"

Gedebuk!

Bunyi benda jatuh dari paras yang tinggi jatuh ke bumi. Kuat pulak tu,



-bersambung... -

MELAH 2019Where stories live. Discover now