Part 4

5K 18 0
                                    

Kata orang, kalau dah berjodoh....

4 hari kemudian, setelah selesai waktu pejabat, Syiha bersama orang lain bergerak meninggalkan ruangan pejabat untuk pulang. Singgah seketika di hadapan lobi bangunan itu apabila ternampak Hanim yang merupakan penyelianya si hadapan lobi itu. Teringin pula dia mahu beramah-tamah dengan wanita akhir 20-an itu.

"Tunggu siapa, Cik Hanim?" sapanya.

"Oh! Tunggu tunang saya. Dia janji nak datang ambil," balas Hanim sambil tersenyum kepada kakitangan yang masih baharu bertugas di jabatannya itu.

"Awak balik naik apa ni?" soalnya pula. Gadis berkulit sawo matang itu direnungnya. Gadis ini semenjak kali pertama dilihatnya lebih sebulan yang lalu, memang suka bersolek tebal. Setiap hari gincunya berbeza warna. Begitu juga dengan pewarna matanya. Sesuailah dengan tugas sebagai pegawai pemasaran yang harus siap kelihatan menarik ketika berada di hadapan klien.

"Naik apa lagi, naik LRTlah," jawabnya.

"Oh.... LRT kat depan itu ya? Nak balik ke mana?" soal Hanim. Baru kali ini dia berkesempatan bertanya banyak kepada Syiha.

"Bandar Tasik Selatan."

Jawapan Syiha membuatkan Hanim terdiam seketika. Dia yang juga kerap menggunakan LRT sebelum memiliki kereta sendiri bagaikan sudah maklum benar dengan laluan transit aliran ringan itu.

"Jauh ke rumah dari stesen itu?"

"Jauh jugak. Tapi nak buat macam mana, saya mana ada kereta," jawab Syiha merujuk pada keadaan dirinya yang baru habis belajar dan baru bekerja. Sudah tentulah belum ada berkemampuan memiliki kereta. Apatah lagi di KL ini serba serbinya memerlukan belanja. Dengan gaji yang tidak sebesar mana, dia hanya mampu memandang sahaja kereta idamannya di ruang pameran kereta.

Jawapan itu disambut dengan anggukan Hanim yang sudah mengerti bicara ada maksud itu.

"Baru habis belajar macam Syiha ini memanglah kena bersusah dahulu. KL ni pulak kalau gaji tak besar dan tak pandai berjimat cermat mana nak mampu pakai kereta. Saya dulu pun begitu," komen Hanim lembut.

Syiha hanya mengangguk bersetuju dengan kata-kata Hanim itu.

"Tapi ada baiknya juga naik kenderaan awam ni, Syiha. Naik KTM atau LRT ini tak perlulah nak beratur panjang dalam kesesakan. KL ni sesak sepanjang masa. Kadang-kadang bosan juga dengan keadaan itu. Saya pun kadang-kadang naik LRT jugak kalau nak cepat sampai. Naik kenderaan awam lebih jimat masa dan duit," sambung Hanim.

"Tapi pagi-pagi jem jugak naik LRT. Ramai orang gunakan LRT sekarang. Kalau tak pandai menyempit, alamat datang lambatlah saya hari-hari," balas Syiha pula.

"Memang. Itu memang sejak dulu lagi dah berlaku, tapi berbanding naik kereta, lagi baik naik LRT. Perjalanan LRT tak jem melainkan di dalamnya itu yang macam tin sardin. Alah! Kita setakat nak menumpang pergi kerja, nak buat apa selesa sangat macam dalam bas ekspres," ulas Hanim separuh berlucu.

Syiha tersenyum sahaja.

Tiba-tiba perbualan mereka diganggu oleh sebuah kereta Bentley yang menderu laju lalu berhenti di hadapan lobi. Walaupun kawasan itu kawasan larangan meletakkan kereta, namun tuan punya kereta itu bagaikan tidak peduli dengan arahan itu.

"Hmm.... ingatkan tunang saya. Rupanya bukan. Mimpi ajalah," ucap Hanim sambil tergelak kecil.

Namun lelucon Hanim itu tidak mendapat perhatian daripada Syiha kerana matanya asyik memandang lelaki yang begitu tampan dengan kaca mata hitam baru sahaja keluar dari kereta itu. Dengan tergesa-gesa lelaki itu meninggalkan keretanya di situ dan masuk ke dalam bangunan tanpa memperdulikan kehadiran mereka berdua. Mata Syiha ralit memandang sehingga bayang sang lelaki menghilang.

"Handsome gila lelaki itu," keluh Syiha tanpa sengaja.

Keluhan itu sempat juga didengari oleh Hanim. Serta merta terpandangkan Syiha masih merenung ke arah lelaki yang baru berlalu itu.

"Handsome memang handsome, tapi laki orang tu, dik oi.... jangan pandang lebih-lebih sangat. Nanti tergoda dengan laki orang, susah pulak," balas Hanim mengingatkan.

"Kenal ke dia tu?" soal Syiha kepada Hanim. Terlupa pula dia yang mahu ke stesen LRT tadi apabila wajah lelaki yang dipujanya dalam diam berada di hadapan mata.

"Apa pulak tak kenalnya. Itu Encik Johan. Vice GM, salah seorang eksekutif di sini. Dia anak Tan Sri Muzhaffar; adik kepada Dato' Adrean; abang kepada bos kita, Cik Ariana," jelas Hanim serba ringkas.

Dada Syiha berdetak.

"Dia dah kahwin?" soal Syiha sekali lagi.

"Dah lama pun. Kalau tak silap, isteri dia sekarang tengah mengandung anak ketiga," cerita Hanim. Teringat dia pernah bertugas di bawah arahan wanita bernama Nur Azlyn itu.

"Kenal ke isteri dia?" soal Syiha lagi. Masih mahu tahu.

"Saya pernah bekerja di bawah arahan Puan Nur Azlyn dulu. Tapi lepas 9 bulan dia bekerja di sini, dia berhenti sebab dapat tawaran kerja dengan airlines. Dia orang tu dah lama kahwin. Anak kembar dia orang pun comel gila."

Penjelasan Hanim itu menerbitkan satu perasaan yang aneh dalam hati Syiha. Entah kenapa, perasaannya merasa lain macam. Pedih dan ngilu bermain-main di tangkai hatinya. Mendengar kisah mengenai keluarga lelaki itu, dia mula dipagut rasa cemburu entah kenapa. Mengapa harus lelaki itu sudah beristeri? Mengapa tidak bujang sahaja supaya dia boleh memikatnya?

———

Islam adalah musuh paling besar Illuminati. Apakah pembaca fikir bahawa serangan terhadap menara World Trade Centre (WTC) yang terjadi pada 9/11 dilakukan oleh orang-orang Islam? Mengapa tidak ada gambar yang diberikan kepada media pada masa kematian Osama Bin Laden?

Pembohongan dan penipuan di atas adalah perancangan yang dilakukan oleh Illuminati agar dunia menaruh sentimen kebencian terhadap umat Islam. Dan mereka telah berjaya melakukan hak tersebut.

Curangla Lagi 2Where stories live. Discover now