Part 64

842 13 0
                                    

Sejam kemudian...

Melihat Johan sudah terlelap, Lyn keluar dari bilik. Pergi ke luar mencari telefon lelaki itu. Dia menjumpai telefon Johan terdampar di dasar kolam renang.

"Kesian kau telefon. Kau tak salah pun. Nasiblah..." ucap Lyn lantas masuk semula ke dalam rumah. Kembali mendaki tangga untuk naik ke tingkat atas.

"Abang..." Lyn menyentuh kepala sang suami. Johan tersentak sedikit apabila bahunya pula digoyang oleh Lyn.

"Dah pukul 12.30 ni."

Johan menggeliat sedikit. Matanya masih mengantuk. Penat masih tersisa. Tetapi sedar, dia hanya punya masa sehingga waktu makan tengah hari sahaja.

"Malaslah nak pergi kerja," ucap Johan setelah duduk di tengah katil.

"Tadi janji setengah hari aja, kan? Nanti kak long bising," balas Lyn.

"Abang mandi sekejap. Dah mandi?"

"Dah."

"Baru nak ajak mandi sama," balas Johan sebelum dia menyelak selimut.

Lyn sekadar tersenyum sambil memerhatikan lelaki itu berlalu ke kamar mandi. Katil itu dikemaskan semula. Kemudian mencari pakaian lain untuk mereka kembali ke pejabat. Dia hanya terlihat ada sehelai dress yang tidak pernah dilihatnya selama ini. Elok tergantung sendirian di situ. Lyn segera mencapainya. Terpandangkan tanda harga masih belum tanggal, dia mengagak itu baru dibeli. Oleh siapa, dia tidak tahu. Untuk siapa, lagilah dia tidak tahu.

Dress itu diletakkan semula ke dalam wardrobe sebelum dia mencari kemeja buat suaminya. Tetapi sedang dia elok membelek seluar slek untuk lelaki itu, ada tangan memaut tubuhnya dari belakang.

"Dah tengok apa yang abang beli untuk sayang?" tanya Johan lunak.

"Dress tu?" balas Lyn sambil menoleh sedikit kepada suaminya.

"Ya. Cantik?"

"Ingat untuk siapa tadi."

"Untuk siapa lagi kalau bukan untuk isteri abang."

"Manalah tahu untuk si fulanah tu. Lyn dah tengok tadi. Takut nak pakai. Perasan aja orang tu beli untuk kita," ujar Lyn biasa.

"Tengok tu? Mahal abang beli tau. Bocor kocek abang ni. Tu baru sehelai yang sempat abang beli," rungut Johan.

Lyn ketawa lembut sebelum dia meleraikan pelukan lelaki itu.

"Thank you so much," balas Lyn lembut.

"Thank you aja?"

Spontan wanita itu mendekatkan wajah mereka. Bibir lelaki itu disentuhnya beberapa saat.

"Dah?"

Johan menyeringai tanda bahagia.

"Macam nak terlondeh tuala abang ni akibat kena cium."

"Jangan nak mengada-ada. Dah lewat ni. Lyn dah lapar. Berkubang aja atas katil tak mampu mengenyangkan perut," jawab Lyn sebelum dia kembali berpaling ke arah wardrobe, mahu mengambil seluar slek Johan.

"Seluar dalam abang tiadalah, yang."

"Pakai ajalah yang tadi tu."

"Tak naklah. Geli."

"Tak payah pakai," jawab Lyn selamba. Terus dia berlalu untuk mengambil pakaiannya pula.

Ketika dia menarik salah satu laci di dalam wardrobe, dia ternampak pakaian dalamnya yang lama masih ada. Seluar dalam ketika dia sarat hamil dulu. Saiznya faham-faham sajalah.

"Pakai yang ni kalau nak yang bersih." ujar Lyn lantas menyerahkan sehelai seluar kecil wanita.

"Sayang ni... takkanlah abang nak pakai yang itu? Dah kembang getahnya!"

"Jahat, kan??? Mana ada kembang. Saja aja abang tu!" tukas Lyn lantas Johan disebatnya dengan seluar dalam itu.

Mengekek Johan ketawa. Sudahnya dia menyarung seluar tanpa sarung di dalam. Rela tak pakai daripada pakai yang sudah bersisa!

Menggeleng Lyn memandang tabiat suaminya.

"Suka hatilah! Kalau tersepit zip, awang dia.... bukannya awang aku!' ucap hati Lyn sendiri.

Curangla Lagi 2Where stories live. Discover now