Part 9

2.3K 11 0
                                    


Penerbangan dari Dubai sudah selamat mendarat di KLIA. Lyn bersama penumpang lain sudah lama mengosongkan perut pesawat. Langkah diayun laju untuk ke balai ketibaan. Johan berjanji akan menjemputnya.

5 minit dia berpusing-pusing di ruangan hadapan balai ketibaan, akhirnya Lyn menemui Johan yang sedang bercakap di telefon bersebelahan dengan kaunter check in hotel. Bibirnya tersenyum mekar apabila terpandangkan lelaki itu. Sayangnya Johan masih tidak perasan kehadirannya. Serta-merta wanita itu terus menarik beg berodanya untuk mendekati lelaki itu.

Lyn berdiri seketika sambil menanti Johan selesai bercakap di telefon. Khusyuk benar lelaki itu sehingga masih tidak menyedari kehadirannya di situ. Namun seketika kemudian Johan menoleh. Kelam-kabut lelaki itu meminta diri kepada teman berbualnya.

"Hai, sayang..." tegur Johan mesra. Tangannya didepangkan kepada sang isteri. Entah berapa lama agaknya Lyn memerhatikan dia berbual di telefon. Gugup, bimbang sang isteri terdengar perbualannya tadi.

"Hai," Lyn membalas mesra. Tubuhnya segera dilontarkan ke dalam pelukan lelaki itu. Setelah 3 minggu dia tidak bertemu dengan lelaki kesayangannya itu, sesungguhnya di teramat rindu. Hiruk-piruk KLIA itu dan pandangan orang kepada mereka tidak dipedulikannya.

"Sorry, abang cakap dengan klien tadi. Tak sedar Lyn dah sampai. This is for you," ucap Johan mesra sambil menyerahkan mawar merah yang sudah disiapkan untuk menyambut ketibaan sang isteri.

"Thank you." Lyn menyambut huluran itu bersama dengan ucapan itu dan senyuman mesra. Ternyata dia gembira dengan sambutan Johan walaupun agak berlainan berbanding selalu.

"Apa hal pulak laki aku ni bagi bunga segala ni? Selalunya tak pernah macam ni,' hatinya sempat bertanya sendiri.

"Abang rindu," luah Johan dalam nada mesra. Sempat dia mengucup dahi wanita itu untuk menyatakan kebenaran kata-katanya.

Lyn ketawa kecil. Bahagia mendengarkan itu.

"Jom, balik. Anak-anak kita mesti dah tunggu tu," ucap Johan lagi.

Lyn akur. Bukan setakat anak-anak yang menanti, tetapi dia sendiri sudah separuh meroyan kerana terpaksa meninggalkan anak-anak dengan Johan. Apatah lagi anak yang bongsunya belum pun bercerai susu daripadanya.

Di dalam kereta dia berceloteh itu dan ini kepada suaminya itu. Bercerita tentang segala urusannya sepanjang 3 minggu berada di bumi Emiriah Arab Bersatu itu. Johan pula kelihatan seronok melayani celoteh sang isteri. Tetapi sepanjang masa itu, Lyn tersedar beberapa kali dia melihat ada panggilan masuk ke telefon suaminya dan dimatikan oleh lelaki itu setelah melihat nama si pemanggil.

Menyedari mungkin Johan enggan melayan si pemanggil kerana mahu memberi perhatian kepada ceritanya, dia segera mengurangkan tahap celotehnya. Kasihan pula dia melihat lelaki itu. Cuba juga menyediakan masa untuknya sedangkan Johan juga banyak urusan lain.

Sesampai di rumah, Lyn terus mendapatkan dua orang anak kembarnya. Terpekik-pekik dua anaknya itu setelah melihat ibunya berada di depan mata.

"Yeay! Mummy dah balik!!! I miss you ," jerit mereka berdua.

Betapa damainya perasaan seorang ibu sepertinya setelah mendengar luahan hati dua orang anaknya. Betapa dia juga terlalu merasai kerinduan itu.

"I miss both of you," ucap Lyn mesra. Kedua-dua anak itu dikucup bergilir-gilir.

"Sekolah macam mana? Okey tak?" soal Lyn kepada anak kembarnya itu.

"Okey. Best sangat, mummy. Teacher Roy baik." cerita Farah Ramadhani agak lantang. Matanya bercahaya memandang sang ibu yang tersenyum kepadanya. Tidak terkesan oleh matanya keletihan di wajah sang ibu.

Curangla Lagi 2Where stories live. Discover now