Part 88

2.4K 17 0
                                    

Setiap kali malam menjelma, Johan asyik mengintai ke arah halaman rumahnya. Telinganya kerap terdengar bunyi-bunyi aneh. Dia yakin bunyi itu bukan kerana ada makhluk halus di rumah ini, tetapi dek kerana pagar rumah itu masih belum dibaiki sepenuhnya; sesiapa saja boleh keluar masuk ke dalam kawasan rumah ini. Paling yang dia bimbang, manusia yang akan menceroboh.

Terdengar seperti bunyi alatan pertukangan saling berlaga, Johan segera menghidupkan lampu spotlight. Ruang halaman belakang itu terang benderang jadinya. Dia ternampak haiwan itu berkeliaran di dalam halaman rumahnya.

"Ada lagi dia kat sini," ucap Johan sedikit resah. Perangkap haiwan yang dipasang oleh pegawai Jabatan PERHILITAN tidak mengena haiwan itu.

"Abang," tegur Lyn sebaik sahaja keluar dari bilik.

Johan menoleh ke arah isterinya.

"Pandang apa dari tadi kat sini?"

"Rusa tu ada lagi," ucap Johan lantas menggamit isterinya agar mendekat. Lelaki itu memaut bahu sang isteri setelah wanita itu berada di sebelahnya.

"Dia tak lari ke bila lampu tu dipasang?" ujar Lyn. Kasihan pula dia melihat haiwan itu hanya berkeliaran di halaman rumah tanpa berjumpa jalan keluar.

"Entahlah. Malam dia rabun kut," jawab Johan.

"Dia lapar agaknya tu," ucap Lyn pula. Sama-sama ralit memerhatikan gelagat haiwan liar itu.

"Abang nak turun kejap."

"Tak payahlah halau dia. Badan dia dahlah luka-luka. Nanti dia bertambah takut, lagi teruk jadinya. Dia tak bahaya pun. Esok pagi dia tiadalah tu. Kesian tengok," ujar Lyn.

"Tak.... Abang tak halau," ucap Johan perlahan.

Lun turut mengekori suaminya ke tingkat bawah. Johan keluar membawa sebekas air. Lyn memerhatikan suaminya dari sebalik pintu gelangsar. Rasanya rusa itulah yang membuat musnah pada rumah mereka beberapa hari lalu. Sekarang dia rasa kasihan pula apabila haiwan itu enggan pergi jauh. Macam tersesat.

Teragak-agak Johan ketika mahu mendekati haiwan itu. Semakin dekat, semakin dekat.... rusa itu memandang ke arah Johan. Setelah cukup dekat, lelaki itu memegang tengkuknya. Diusap-usap tanpa henti sebelum mangkuk air itu didekatkan ke haiwan itu. Haiwan itu mula memasukkan mukanya ke dalam mangkuk itu. Air itu diminumnya.

"Macam mana kau boleh ada kat sini? Aku nak bagi kau makan, tapi tak tahu apa kau makan," ucap Johan seorang diri.

Puas menghilangkan dahaga, haiwan itu menoleh seolah-olah mencari siapa yang memberikannyaa minum itu. Kemudian Johan meletakkan mangkuk air itu di bawah. Ketika tunduk itu barulah dia perasan kaki haiwan itu dibelit oleh dawai dan kudisnya sudah membusuk.

"Ya Allah, macam manalah kau boleh jadi macam ni? Kau jangan tendang aku ya, aku cuma nak tolong kau," ucap Johan perlahan. Badan haiwan itu juga ada banyak luka. Darah sudah mengering. Penuh hati-hati lelaki itu tunduk untuk melihat kaki haiwan itu yang cedera. Rusa itu tiba-tiba mengangkat kakinya apabila Johan memegang dawai yang membelit, seolah-olah tidak membenarkan luka itu disentuh.

"Hesy!" bisik lelaki itu ikut terkejut. Sekali lagi dia cuba merungkaikan belitan dawai itu namun rusa itu pantas menjauhkan diri daripadanya.

"Kenapa, bang?" Tanya Lyn setelah suaminya masuk ke dalam rumah.

"Dia sakit. Kaki dia berkudis," ucap Johan perlahan.

"Allah... kesiannya. Nak buat macam mana?"

"Biarlah dia. Kalau esok dia ada lagi, kita panggil Dr. Kang ke sini."

Lyn kembali memandang haiwan itu. Rusa itu sekadar berdiri di tepi tembok pagar. Tidak mahu pergi.

Sebulan kemudian....

"Mummy, lembu tu ada kat situ. Dia minta susu!" jerit Dina.

"Lembu.... lembu! Rusalah! Cakap dengan daddy sana. Mummy nak susukan adik ni," jawab Lyn agak lantang dari ruangan makan.

"Anak sendiri dah 4. Anak angkat 6 yang aku nak kena jaga termasuk yang terbaharu ni!" gerutu Lyn seorang diri.

Setiap hari haiwan liar itu akan pulang mencari Johan. Bapak angkat dia! Tanda berterima kasih agaknya. Haiwan itu sendiri tahu mengenang jasa orang yang pernah menyelamatkannya.

Curangla Lagi 2Where stories live. Discover now