Tengah hari itu, sekumpulan pekerja upahan hadir di situ untuk kerja-kerja membuat kerja ubah suai pejabat. Sibuk dengan projek baharu, Johan terpaksa menggunakan bilik mesyuarat untuk membuat kerja bersama kakitangan yang terlibat.Lyn hanya berkurung di biliknya sementara beberapa orang pekerja syarikat luar itu memasang satu lapisan pada cermin yang menjadi dinding biliknya. Ketika dia sedang ralit, dia terpandangkan salah seorang pekerja lelaki itu memandangnya dari balik cermin. Pada mulanya dia cuba buat tidak tahu. Tetapi lama kelamaan dia jadi meluat melihat lelaki asing itu tersengih-sengih macam orang miang. Konon kacak benar. Mengajaknya bermain mata.
Dan setelah lapisan pada cermin dipasang, sebahagian besar pekerja itu berlalu. Namun lelaki itu tiba-tiba masuk ke bilik kerja Lyn membuatkan dadanya berdebar-debar.
"My number. Call me when you're free," ujar lelaki itu lantas tersenyum senget.
Lyn terkejut memandang sekeping kad yang diletakkan lelaki itu di atas mejanya. Kad itu tertulis nombor telefon.
"Kenapa I nak kena call you?" balas Lyn benar-benar aneh.
"Mungkin kita boleh keluar dinner atau lunch kalau ada masa nanti."
"You tak nampak ke kat pintu tu ada tulis puan? You tak baca sebelum masuk sini?" tanya Lyn sengit.
"Oh, sorry. Sorry..."
"Sebelum I panggil bos you ke sini, lebih baik you ambil balik kad tu."
"Okey. Okey. Sorry, puan. You nampak macam belum kahwin." Lelaki itu meraup wajahnya sebelum berlalu. Malu habis! Tetapi di hadapan pintu bilik Lyn, dia terlanggar seorang lelaki yang sedang berjalan laju.
"Tepilah! Buta ke???" Akibat terlalu malu, dia naik angin pula kepada Johan. Tubuh Johan ditolaknya sehingga terdorong ke belakang selangkah dua.
Spontan Johan melayangkan tangannya. Penamparnya singgah tepat di pipi lelaki itu.
"Kau jangan nak biadap sangat. Aku halau kau keluar dari sini nanti," ucap Johan sambil dia menuding ke wajah lelaki muda itu. Mungkin baru berusia 24 atau 25 tahun.
Lelaki itu lekas-lekas berlalu. Lyn ternganga melihat perbuatan suaminya. Namun dia buat-buat tidak nampak. Johan berdiri lama memandang gelagat pekerja itu. Kemudian dia memandang ke dalam bilik kerja isterinya pula. Lyn membalas pandangan itu sebelum Johan berlalu ke arah biliknya sambil menggeleng sendiri.
"Dia nampak ke?" bisik hati Lyn sendiri.
Tidak lama kemudian, kelibat Johan muncul lagi berjalan di hadapan biliknya.
"Abang," panggil Lyn.
Johan menoleh sebelum dia melencong masuk ke bilik isterinya.
"Kenapa tampar budak tu?" tanya Lyn.
"Dia tolak abang. Kurang ajar betul," jawab Johan bengang.
Lega hati Lyn. Jadi maknanya Johan tidak nampak budak itu cuba menguratnya.
"Ada apa?" tanya Johan.
"Tak ada apa-apa. Tu aja nak tanya."
"Abang ada kerja," ujar Johan sebelum dia berlalu.
Namun setelah itu, Lyn tergelak seorang.
"Padan muka kau kena penampar dengan laki aku," ujar Lyn geli hati. Spesies Syiha versi lelaki agaknya.
Seketika kemudian Lyn bangun. Tirai biliknya di bahagian sebelah kiri dikembangkan. Sekali gus dia dapat melihat aktiviti di bilik sebelah. Setelah kembali duduk, dia ternampak Johan sedang berdiri di hujung meja sambil menunduk meletakkan dua telapak tangannya di atas meja. Ada dua orang pegawai lain berdiri di sisi Johan sambil menuding kertas A1 yang sedang terbentang di hadapan mereka.
YOU ARE READING
Curangla Lagi 2
RomanceCurang? Perkataan itu pantang bagi semua isteri atas dunia ini. Begitu juga dengan Azlyn. Ketika di kemuncak bahagia, dia diuji dengan kecurangan suaminya Johan. Johan telah membuat hubungan dengan gadis muda di pejabatnya. Sebagai perempuan, sudah...