Part 36

827 14 2
                                    

Setiba di rumah, riuh-rendah rumah dengan suara anak-anak menyambutnya pulang. Tetapi dia lihat Dani dan Dina sudah bersiap seperti hendak pergi berjalan.

"Daddy, mummy kata malam ni kita pergi Singapore."

"Hah? Nak buat apa?" tanya Johan. Segera teringat yang hari ini hari Jumaat.

"Mummy ajak pergi holiday."

'Ah, sudah! Aku tak tahu apa-apa pun?' keluh hati Johan sendiri. Apa pula yang hendak dibuat oleh isterinya itu?

"Mummy mana?" tanya Johan kepada dua anaknya.

"Kat atas, kemas baju."

Johan bingkas mendaki tangga. Dia menemukan isterinya di dalam bilik. Sedang mengemas sedikit pakaian Zairyl untuk dibawa bersama.

"Nak pergi mana?"

"Holiday."

"Abang ikut."

"No way! I nak pergi holiday sebab I dah tak kuasa nak hadap muka you untuk dua hari ni, balas Lyn lantas kembali ke wardrobe.

Johan menghela nafas panjang sebelum mendekati Lyn.

"Lyn, abang dah tak ada apa-apa lagi dengan dia. Berilah abang peluang sekali lagi."

"I dah tak ada banyak masa sekarang. Flight pukul 11 nanti. Please... I nak kemas baju. Anak perempuan you tu jasad aja ada kat sini. Otak masing-masing macam dah sampai Singapore dah," ujar Lyn serius.

Johan menghela nafas perlahan.

"Apa abang nak buat selama Lyn dan anak-anak tiada?"

"Eh! Layanlah kekasih hati you tu," jawab Lyn lantas ketawa kecil. Sesudah memuatkan pakaian anaknya, beg itu terus ditutupnya.

"Susah nanti Lyn nak jaga anak sendiri. Biarlah abang pergi sama," ujar Johan bersungguh-sungguh mahu mengambil hati isterinya semula.

"I ajak Ary sekali. I bawa adik I juga."

Johan bercekak pinggang sambil memandang isterinya. Susah dia hendak memujuk dalam keadaan isterinya bersikap begini. Mati kutu dia dibuatnya.

"Abang hantar pergi airport ya? pinta Johan lembut.

"Ary datang sini jemput I dan anak-anak."

"Kenapa semua kebaikan yang abang cuba buat Lyn tolak? Apa yang patut abang buat, Lyn? Abang rasa macam tunggul dalam rumah ni!" ucap Johan sedikit keras.

"You boleh buat apa yang you suka. I dah tak peduli," jawab Lyn hanya tenang.

"Lyn, abang sungguh-sungguh minta maaf ni. Abang tak sanggup kehilangan anak-anak dan isteri abang."

Lyn hanya diam. Sesudah mengenakan pakaian Zairyl, anak kecil itu diletakkan ke dalam baby cot. Dia hendak bersiap.

Johan duduk di birai katil menahan kehampaan. Tidak tahu bagaimana hendak melembutkan hati isterinya lagi.

Selesai berpakaian, Lyn menghadap cermin pula. Mengenakan alat solek ke wajah.

Johan kian panas buntut dibuatnya.

"Nak tunjuk kat siapa cantik-cantik macam tu? Saja nak test market ke?"

"Sesiapa yang sudi pandang I. Bukan you seorang saja teringin nak test market, Johan. Nampaknya market I lebih besar berbanding you," jawab Lyn selamba.

Punyalah nak marah sampai tak tahu nak kata apa! Lelaki itu bingkas bangun dan berlalu dari situ. Dahlah pergi holiday tidak mahu bawa dia. Sakit hati kena tinggal!

"Habiskan duit untuk perempuan tu lagi. Padan muka!" ujar Lyn lantas ketawa sendiri saat menghadap cermin. Sakit hatinya akibat peristiwa petang tadi dibalas kawkaw kepada Johan. Tak kuasa dia hendak bagi muka.

"Daddy tak pergi dengan kita ke mummy?" tanya Dina sebelum mereka masuk ke dalam kereta.

"Daddy you dah kena blacklist dengan bank. So, dia tak boleh ikut kita. Am I right, darling?" ucap Lyn selamba. Sempat lagi memerli suaminya.

Ariana ketawa di dalam kereta melihat abangnya tidak terjawab bicara kakak iparnya itu.

"Say goodbye to your father. Tell him not to be sad. We'll be home on Sunday," ujar Lyn dari dalam kereta.

"Bye-bye, daddy. We love you." Bukan main riang lagi Dani dan Dina duduk di belakang bersama Bibik Sutinah.

Johan hanya pegun memandang anak-anaknya dengan riak mendung. Setelah kereta yang dipandu Ariana berlalu, tinggallah dia menjalani 2 hari ini seorang diri.

Curangla Lagi 2Where stories live. Discover now