Part 3

6.6K 24 0
                                    


Suasana lobi bangunan Neraca Holdings itu hiruk-piruk setelah kebanyakan kakitangan selesai menikmati makan tengah hari. Rata-rata masing-masing mula berkumpul di hadapan kawasan lif untuk naik semula ke tingkat masing-masing.

Gadis muda itu berdiri yang paling belakang sekali. Dek kerana kelewatannya, terpaksalah dia menanti giliran untuk menaiki lif itu. Setelah sampai gilirannya, dia juga ikut menyempit masuk ke dalam lif yang sudah disumbat dengan seramai-ramai manusia. Sayang sekali, sebaik sahaja kakinya mencecah lantai lif, bunyi amaran segera kedengaran, menandakan berat yang mampu ditampung oleh kotak bersangkut pada tali kabel itu sudah berlebihan.

Mahu tidak mahu, dengan rasa sebal dan malu, gadis muda itu keluar semula dari lif itu. Setelah pintu lif tertutup, dia tinggal sendirian di situ menanti lif yang lain.

Syiha terus menanti sambil bersandar pada dinding bersebelahan dengan pintu lif itu. Matanya meliar memandang hiasan di dinding batu itu. Ada lukisan pemandangan kota luar negara yang sarat dengan bangunan tinggi. Lukisan itu menjadi santapan matanya. Timbul keinginan hatinya untuk menjejaki kota yang kelihatan indah itu biarpun sekadar dipotretkan dengan tangan dan warna.

Sedang pada itu, perhatian Syiha tergugat serta-merta dengan kehadiran seorang lelaki yang turut membawa bersama aroma Chanel No. 5 yang menyengat hidungnya. Lelaki yang mengepit gulungan kertas putih bersaiz A1 di celah lengannya itu berdiri beberapa kaki daripadanya. Kelihatannya lelaki itu juga ingin menanti lif.

Bola mata Syiha tidak mampu beralih daripada memandang lelaki itu. Sudah hampir 3 minggu dia bertugas di Neraca Holdings, inilah kali pertama dia perasan ada lelaki setampan itu. Lelaki berkulit cerah yang memiliki bentuk wajah yang cukup gagah di matanya. Kesan cukuran jambang pada sekitar wajah lelaki itu membuatkan dirinya terpesona.

'Alamak.... kalaulah aku ada pakwe handsome macam ni..... kan best!' hati Syiha berbisik sendiri.

Terkesan dirinya sedang dibaca, Johan menghalakan pandangannya ke arah si empunya mata. Dia segera melemparkan senyuman untuk menyapa. Namun melihat si gadis yang masih mahu merenungnya, Johan kembali memandang angka-angka yang tertera di atas kotak lif itu. Sekolah-olah tidak sabar untuk berlalu dari situ kerana dia tidak sanggup terus membiarkan dirinya dijamah oleh mata sang wanita seperti itu. Tetapi gadis itu masih memerhatikannya membuatkan dia merasa sedikit janggal.

"May I help you?" tanya Johan.

Gadis itu pantas menggeleng sambil tersipu-sipu.

Akhirnya lif yang di tengah terbuka. Dua manusia itu masuk ke lif itu bersama. Johan menekan angka di mana pejabatnya berada.

Syiha hanya tegak berdiri di dalam lif itu menahan debar. Gatal benar mulutnya ini mahu menyapa sang lelaki. Namun melihat lelaki itu sekali pun tidak menoleh ke arahnya, dia jadi malu pula. Daripada gaya, mungkin lelaki itu seorang arkitek ataupun jurutera di syarikat tempatnya bekerja.

Tidak mengapa.... untuk hari permulaan, maklumat yang masih samar seperti ini sudah terlalu mencukupi untuk dirinya. Sementara menanti hari kedua, mungkin dia boleh memikirkan apa yang harus dilakukan untuk memulakan langkah perkenalan dengan lelaki yang sudah mula mengintai ruang hatinya itu.

———-

Seterusnya kumpulan Illuminati membuat sebuah tatanan dunia yang baru yang menyatakan bahawa sekumpulan elit akan memerintah seluruh dunia melalui pemerintah yang sebenar. Banyak tanda atau simbol yang digunakan oleh Illuminati; kadang-kadang tanda-tanda tersebut berbeza-beza. Contohnya: angka 666, mata satu, segi tiga, lambang bendera Israel dan lain-lain lagi.

Semua Presiden Amerika Syarikat dikatakan berhubungan antara satu sama lain. Yang pasti perkara ini dilakukan bagi menjaga kekuatan untuk Illuminati sehingga mereka dapat mengendalikan dunia.

Curangla Lagi 2Where stories live. Discover now