Part 14

1.4K 10 0
                                    

Lyn menghempaskan tubuhnya ke atas katil bersama rasa kecewa tidak bertepi. Sakit hatinya bukan kepalang. Suara Johan masih terngiang-ngiang di telinganya sebentar tadi. Semenjak dia pulang dari Dubai 2 minggu yang lalu, dia semakin terperasan perangai Johan yang sudah lain macam.

Puas dia memikirkan apa kenanya dengan lelaki itu. Hari ini sekali lagi Johan memaparkan kepelikannya. Bukankah Johan tahu yang setiap kali hari Jumaat dia akan pulang awal? Mengapa Johan sanggup mempersiakan masa yang ada untuk kliennya sedangkan malam nanti lelaki itu akan terbang pula ke Hanoi?

Geram benar dia dengan lelaki itu yang masih mahu melebihkan soal kerjanya sedangkan dalam tempoh seminggu ini mereka akan terpisah seketika. Semenjak kebelakangan ini mereka amat jarang memiliki masa bersama. Johan pula seperti sengaja mahu mengelak daripadanya. Bermacam-macam alasan diberikan apabila diminta pulang awal ke rumah.

'Buat penat aja aku balik awal untuk dia. Tengok-tengok dia sibuk juga dengan kerja dia. Dia ingat aku tiada perasaan agaknya. Senang aja bagi alasan sibuk!' dengus hati Lyn yang masih membara.

Puas membatukan diri di atas katil, Lyn bersiap untuk menunaikan solat Isyak. Teringat dia akan anak-anaknya, tiba-tiba dia berasa bersalah pula. Kerana marahkan Johan, dia terlupa segala perkara yang lain sehingga dia tidak tahu apa sudah jadi dengan anak-anaknya itu. Sudahlah Johan langsung tidak pulang ke rumah untuk bertemu dengan anak-anak sebelum ke luar negara, kini dia pula mengabaikan anak-anaknya itu.

Akhirnya selesai bersolat Lyn turun ke bawah. Dia menemukan anak-anak perempuannya itu sedang makan.

"Mummy, hari itu kan... waktu mummy pergi kerja jauh.... daddy bawa Dani dengan Dina pergi ICT dengan bibik." Dani membuka cerita saat Lyn sibuk mengacah anak bongsunya.

"Ya ke? Bila daddy bawa pergi sana?" soal Lyn melayan cerita anaknya itu.

"Err.... entah! Dani dah lupa. Kita orang jalan-jalan dengan bibik. Daddy pergi jumpa auntie dekat kedai jauh, mummy. Dani main-main kat situ dengan Dina dan bibik," balas Dani ceria. Di matanya masih tergambar keseronokan yang dilaluinya sebelum ini.

"Daddy jumpa auntie dekat kedai jauh? Auntie mana, sayang?" soal Lyn biasa.

"Kawan daddylah," jawab Dani selamba.

"Seronok mummy. Nanti Dani nak ajak daddy dengan mummy pergi sana lagi. Ada banyak permainan kat sana. Best sangat!" Tanpa sebarang perasaan dia menceritakan lagi pengalamannya sebelum ini.

"Dani nampak auntie tu tarik lengan daddy, mummy. Dia orang pergi jalan kat tempat lain. Dani nak ikut, tapi daddy tak bagi." Sekali Dani melengkapkan ceritanya. Namun saat itu mulutnya mencebik entah kenapa.

Spontan Lyn menuntaskan pandangannya kepada Bibik Sutinah yang hanya membisu sahaja.

"Auntie mana ni, bibik?" Kali ini soalan itu tertuju kepada wanita Indonesia itu pula.

"Saya enggak kenal. Mungkin teman baiknya Tuan Johan."

"Muda ke tua?" soal Lyn masih tidak berpuas hati.

"Err.... muda. Mungkin dalam 20-an gitu," wanita itu menjawab jujur.

Perasaan Lyn semakin dihambat rasa tidak enak. Siapakah kenalan Johan yang berusia semuda itu?

"Dani kata dia jumpa auntie di kedai jauh. Kat mana kedai tu? Jauh sangat ke?" soal Lyn lagi. Semakin bertambah soalannya apabila Bibik Sutinah mengatakan yang dia tidak kenal dengan wanita itu.

Bibik Sutinah terus berdiam. Bukannya dia tiada jawapan, namun sukar dia mahu meluahkannya. Dia pura-pura mengambil lauk seolah-olah tidak mengikuti perbualan itu.

Curangla Lagi 2Where stories live. Discover now